Orang perak sila berbangga..aku suka negeri kau..kui kui!
Semalam aku ke
Kuala Kangsar jalan jalan coti coti..aku boleh cakap kuala kangsar memang best.. Makanan best, orangnya friendly, bangunan lama dan banyak yang best, ada sungai airnya sejuk macam ais..dan musim banyak
DURIAN (
ni aku paling like)..hahaha..
En fadir sebagai orang perak bijak sana lagi gagah perkasa memandu cik wun myvi si Hani Piko bawak kitaorng terus ke kuala kangsar, pegi ke
Musium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan)..ala..bangunan yang ada dalam buku teks Kajian Tempatan tu, masa sekolah tingkatan 3, dibina tanmpa menggunakan sebatang paku...itu yang aku ingat.. Tapi sayang masa kitaorang sampai tempat tu tutup, tak boleh masuk..cit! dapat tengok dari luar dan ambek gambar kira ok la.. Aku ingat lagi masa sekolah dulu berangan je aku nak tengok istana ni..haha..
Pas tu,kitaorang pegi galeri Sultan Azlan shah,..nak godek geodek ilmu pasal Sultan Azlan? Galeri ni lagi bijak daripada mr google..gila kau, gambar daripada tahun 1886 pun ada dalam galeri ni..sala silah sultan perak, barang barang lama semua ada..pegi la korang. Tak rugi bayar rm 2 sekali masuk..tapi dalam galeri tak boleh ambek gambar tau..
Bandar kuala kangsar tak de la gah sangat tapi kira ok la..singgah makan pulut cendol, ABC dan laksa..yam yam even laksa agak kureng (
tula tak nak tengok tengok dulu sebelum order) tapi makcik tu sangat mesra.. Pasar keraf tangan pun ada jugak, nak beli parang, pasu, raga, kipas sate, tikar,semua
macam macam ada.. Nasib baik la aku mengamalkan sikap berbelanja mengikut keperluan, kalau tak zazzz jugak duit aku keh keh..
Sungai Ulu Kenas, airnya sejuk dan nyaman, pun best jugak..banyak
batu batu besar aku still boleh TOJON lagi..tak menahan haha..dah la masuk free wayang free pun banyak jugak..lagi pun dah dua tahun lebih aku tak mandi sungai, memang bergelora la aku tengok sungai..
Daripada sungai pegi ke sebuah kampung yang indah permai tepi jalan Kg Pauh, aim utama pastinya adalah DOYAN.. 5 orang sangap durian jumpa durian yang banyak, cuba anda banyangkan.. eh! aku mengaku akulah yang paling sangap, sebab dorang yang lain ni dah biasa sangat makan durian, ada dusun durian la katakan.. Pakcik terimah kasih, murah durian kau plus layanan sungguh istimewa..musim doyan akan datang kami datang lagi ya pakcik..
Kalau seblum ni aku pena lalu je kat Ipoh masa otw pegi Kulim buat farm audit, tapi kali ni aku masuk bandar Ipoh..cari makanan sodap,
Nasi lemak ayam kampung..fuhh! Terbaik wokk!.. Kalau pegi Ipoh korang wajib pegi restoran ni.. Tak dak tempat lain.. Perut kira dah full house pun masi boleh di isi lagi dengan
ayam kampung yang sodap. Masuk masuk je restoran ni nampak lingkaran belut.. yaii!! Cam ular..ini aku unlike..
Ah! Seronoknya ke perak, sebenarnya ada banyak tempat lagi yang best best tak sempat pegi. Sebab kena balik hari lawatan disingkatkan..TAK PA lain hari boleh datang lagi..
Perjalana pulang menyaksikan beberapa kali tingkap di buka dan rasa rasanya ada orang singah berak di RNR hahaha...