Selasa, 31 Mei 2011

Blog aku berat

Aku kan kalau orang masuk dalam blog aku, seboleh yang mampu aku akan membalas kunjungan korang, dan aku sangat menghargai jejak yang korang tinggalkan.. unless aku tak sempat, busy dengan kerja kerja yang lain.. aku yakin korang pun macam tu jugak kan..

Sebab tu mintak mintak la aku tidak teperosok dalam blog blog yang berat.. macam mana blog yang berat tu? kalau korang letak banyak sangat widget, segala macam yang terbang melayang layang, salji salji dan macam macam lagi... ha yang tu la dia.. memang la nampak lawa kan.. tapi..

Lagi satu, aku paling suka kalau ruangan komen tu kuar dalam bentuk pop-up, dan tak de verification.. uh! aku rasa macam nak gigit gigit je blog yang kena double load.. lagi teruk kalau dah taip message, tiba tiba kena letak kod verification pulak.. arghhh.. ada satu tahap tu aku gigih je nak letak komen kan.. tapi..

Sebab tu.. aku harap korang tak kecik hati kalau aku langsung tak tinggal jejak dalam blog macam tu.. sebenarnya aku masuk dalam blog korang..tapi banyak aral melintang, masuk gitu gitu je, pastu kuar balik.. ok, salam ukuah.. nama saya Abu,...ah ah abu  :D

adakah aku perlu samak blog aku ni sebab letak seekor anjen kat sini hahaha..oh! kasihan delou, keberatan dia mengangkat batu bata..

Isnin, 30 Mei 2011

Pesta Kaamatan: Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Hari ni dan esok adalah publick holiday bagi negeri Sabah sebab diorang tengah meraihkan hari kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat negeri di Pinampang.. huhu meriah la gamaknya.. tahu tak korang Pinampang tu lah pusat kebudayaan bagi masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.. kalau korang datang Sabah rugi kalau tak pegi Pinampang.. tambah tambah lagi kalau time macam ni.. seronok tengok budaya masyarakat tempatan..

Menurut kepercayaan orang Kadazan Dusun, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan (makhluk halus). Bambaazon adalah pencipta, berkuasa dan amat memuliakan tanaman padi sebagai sumber makanan...



Kemuncak Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' (Harvest Festival) ada pertandingan Unduk Ngadau 'ratu cantik' tarian tradisi sumazau, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan iaitu ketua pendita.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan..

Jumaat, 27 Mei 2011

Bah Mari Belajar Bahasa Sabah

Permandangan indah Gunung Kinabalu di Daerah Kundasang..sumber

Seperti yang korang semua tahu.. bahasa sabah sangat berbeza dengan bahasa melayu semenanjung dan juga Bahasa Melayu Piawai.. terdapat banyak perkataan yang jika disebut ia meng-identitikan bahasa yang di pertuturkan itu ialah bahasa Sabah..

Untuk pengetahuan korang, bahasa melayu sabah boleh dibahagikan kepada dua jenis logat/ slang/ accent..

1. Bahasa KK atau slang KK - bahasa dipengaruhi oleh suku kaum Kadazan Dusun, Bajau KB(Kota Belud), Murut dan bahasa dari negara jiran Brunei

2. Bahasa Pantai Timur atau merujuk kepada slang Tawau (Sandakan, Lahad Datu dan Tawau) - bahasa yang banyak dipengaruhi suku kaum Suluk, Bajau, Bugis dan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia

Untuk kali ini, aku cuma ingin menerangkankan sedikit dan memberi contoh ayat untuk bahasa KK sahaja.. free free kang aku akan terangkan bahasa/ logat Tawau pulak ok..

Penggunaan perkataan bah
Bah di dalam bahas Melayu Piawai bermaksud banjir besar (flood).
Tetapi di dalam bahasa sabah ia membawa maksud kepada ayat penegasan, ataupun juga digunakan sebagai kata mesra.

Penggunaah perkataan bah boleh berada di mana mana ayat.. ia boleh berada di hadapan, di tengah ataupun di belakang ayat 

Contoh ayat ringkas:
hadapan  - Bah mau tebirak sudah sia ni.. (aku dah nak terberak ni..)
tengah     - Kenapa bah kau berubah.. (kenapa awak berubah..)
belakang - Kawan kau tu tambirang bah.. (kawan awak tu sombong..)

Walaubagaimanapun perkataan bah juga boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu dengan perkataan lain. Ia digunaakan untuk merujuk kepada jaminan atau pengakuan..

Contah perbualan di bawah:
Orang A: Jom kita jalan jalan di KK nanti pukul 5 patang.. (jom, kita lepak kat KK (kota kinabalu) pukul 5 petang)
Orang B: bah.. (ok..)

ah!! bebelit belit dah aku terangkan.. aku pun dah naik pening hahahaha..
Kat bawah ni adalah contoh beberapa perkataan Sabah yang lain dan selalu digunakan dalam pertuturan harian masyarakat sabah..

bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
limpang - baring
ampus - lelah, asma
bantut - pondan/ mak nyah
ngam - sesuai , muat
pancut - pancit
limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
lugai-lugai - tak tentu arah 
ndak/inda - tidak

Antara blogger Sabah yang selalu singgah dalam blog aku ni ialah:







wunny (eik!! sesat..hahaha..)

Bha buli ka kurang tinguk itu penerangan aku diatas.. kalau ada salah kamu urang kasi tau aku ya.. bulih bah kan.. hehehe

Khamis, 26 Mei 2011

Tips, petua, cara untuk mengelakkan perut buncit

Perut buncit adalah masalah yang di hadapi oleh lelaki dan perempuan, tapi nampak sangat lelaki lagi banyak kot hahaha... sebenarnya perut buncit tidak berlaku pada orang yang berbadan gemuk sahaja, tetapi ia juga boleh berlaku pada lelaki/ perempuan yang berbadan kurus.. Perut buncit selalunya disebabkan oleh cara hidup dan amalan pemakanan yang kurang sihat.. untuk mengelakkan masalah perut buncit, berikut adalah langkah langkah yang boleh diambil..


1. elakkan pengambilan garam yang berlebihan.. kalau korang ingat masa sekolah dulu, kita ada belajar tentang konsep osmosis.. so kalau kita mengambil garam yang berlebihan, tahap kepekatan tisu badan kita akn tinggi dan air akan meresap pasuk ke dalam badan(tidak dikumuhkan)..dan dengan itu berat badan akan bertambah..ya kan..

2. elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan. di dalam badan karbohidrat akan di tukar kepada glikogen atau di simpan sebagai sumber tenaga (stock).. jika ia tidak dibakar(tukar kepada tenaga) sama seperti garam, ia akan mengubah tahap kepekatan dalam badan.. sebab tu kita kena bersenam untuk membakar karbohidrat dalam badan.. kan.. kan..

3. elakkan makan makanan yang mempunyai banyak minyak (goreng goreng).. ini sudah jelas terang dan nyata lagi bersuluh, minyak adalah lemak.. lemak dicernakan agak lambat di dalam badan sehingga ia sangat mudah menempel dan bertumpuk di dalam perut..dan...buncit!!

4. elakkan mengambil minuman bekarbonat.. tahu tak jika minuman bekarbonat di minum ia tidak akan dicernakan di dalam badan melainkan tersimpan di dalam perut(keluar sebagai kentut)... mungkin kita dapat membayangkan jika gelembung gelembung udara tadi mengendap di dalam perut...yaaaaa perut akan membuncit..wah well done buncit!!..hahaha

Itu jak yang aku dapat kongsikan kat korang, betul ke tak yang aku cakap ni korang fikir la sendiri ya.. rajin rajin la godek internet ni, jangan asyik main blog jak.. grrr.. jangan jadi buncit...ok! good luck hahaha

Jumaat, 20 Mei 2011

Rahsia Krabby Patty: Sejarah asal usul dan cara menyediakannya

Sapa sini tak kenal Krabby Patty?.. cepat cakap!! makanan sama famous macam dorayaki..
Krabby patty ialah sejenis makanan segera yang terdapat dijua di Krusty Krab.. tau tak mana letaknya Krusty Krab tu? hehehe.. restoran ni terletak kat Bikini Bottem, jauh di dasar lautan.. 
Spongebob adalah orang/makhluk yang bertanggungjawab menemui semula krabby patty ketika dia kembali ke abad ke-12. Ia adalah makanan yang telah diperkenalkan kepada Raja Krabs ketika abad ke-12 untuk menenangkan Naga Obor-obor ahli syihir jahat Planktonimor dari nenek moyang Sheldon J. Plankton. Dengan itu, Krabby patty telah menjadi resepi rahsia keluarga mr. Krab.
Untuk menyiapkan krabby patty, perkedel terlebih dahulu perlu dimasak pada suhu 298 dgree dengan menterbalikkanya menggunakan sudip yang bagus. Selepas itu, perkedel tersebut dimasukkan kedalam lapisan roti bersama bahan bahan yang lain. Untuk menghasilkan krabby patty yang lazat, ia perlu di siapkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, ataupun kekadang mengunakan sihir dan mesin semangat sebagai enasiatif tambahan.
Ingerdients krabby patty adalah sangat sangat rahsia. dalam suatu ketika resepi itu telah terungkap dalam suatu lagu dan yang selebinya tertulis di dalam kertas, disimpan selamat oleh Mr. Krab. Tapi yang pasti antara ramuanya ialah  
1 cawan sesuatu
1 sejumput sesuatu
1 sudu teh sesuatu
1 splash dari sesuatu
Sedikit sesuatu
1 sudu teh sesuatu
4 cawan sesuatu
Sedikit sesuatu dengan beberapa makanan
Krabby patty juga mempunyai kesan sampingan. Sebagai contoh, jika ia dimakan terlalu banyak dalam sesuatu masa, bahagian peha akan mengalami bengkak disebabkan lemak dan pecah. Hal ini pernah dialami oleh Squidward. Tapi jika seseorng/ binatang tidak memakan krabby patty dalam suatu jangka masa yang lama ia akan mengalami penyakait 'Krabby Patty Withdrawal'. Seseorang yang tidak memakan krabby patty ketika mengalami 'Krabby Patty Withdrawal', ia akan mengeluh tentang hal itu selama beberapa minit seperti yang pernah dialami oleh si Petrick.
berguna tak info aku ni..hahahaha
nak lagi..klik kat sini.

Khamis, 5 Mei 2011

Siapa Judas dalam lirik lagu Lady Gaga

I couldn't love a man so purely
Even darkness forgave his crooked way
I've learned love is like a brick, you can
Build a house or sink a dead body
I'll bring him down, bring him down, down
A king with no crown, king with no crown

I'm just a Holy fool, oh baby he's so cruel
But I'm still in love with Judas, baby

Single ni rasanya takkan dah release dalam Malaysia.. kecuali download free la kot dalam 4share.. kalau korang tengok lirik dia, seakan akan Lady Gaga ni sedang menyembah sayitan.. kira black yang betul betul metal la kot versi wanita..auw!!.. lagu ni pun dah jadi kontrovesi kat sana..

"She is trying to rip off Christian idolatry to shore up her talentless, mundane and boring performances. Another ex-Catholic whose head is turned around... Is this the only way to jet up her performance? This isn't random, we are getting closer to Holy Week and Easter."


Siapa judas yang di sebut oleh lady gaga ni?
Judas Iscariot ni adalah pengkhianat Nabi Isa a.s. dia ni la orang yeng bertanggunjawab membritahu tempat persembunyian Nabi Isa a.s kepada musuh baginda orang orang yahudi sehingga mereka menyerbu tempat itu. Menurut islam orang yang disalib tu sebenarnya adalah judas dan bukanya Nabi Isa a.s..
Tengok kat sini dan kat sini..

Selasa, 3 Mei 2011

Osama bin Laden mati dibunuh: fake, penipuan gambar palsu

Kecoh media massa dan blog seantero alam dengan pengumuman rasmi obama pasal kejayaan mereka membunuh ketua kumpulan al-kaeda..

Tapi banyak jugak pihak yang meragui kesahihan dan mengantoikan ke-fake-kan gambar yang ditunjukkan oleh media media us.. amarika ni macam macam diorang boleh buat untuk menjatuhkan semangat orang islam..

Mana mana kau la amarika!! satu dunia dah tau perangai kau.. kalau benar osama telah meninggal dunia, al fatihah kepada arwah..


Korang tengok gambar kat atas.. betul ke tak gambar tu Osama bin Laden, entah entah edit  Photoshop..cuba korang tengak kat sini..

Babab.net