Sabtu, 30 April 2011

Lahad Datu Di Mana

Orang mane?..Sabah?
Ya aku orang Sabah.. Sabah bha..
"kenapa bha kau berubah..kenapa bha.." keh keh..

Tu soalan wajib kalau first kenal atau borak borak dengan sahabat baru kat sini.. aku bangga jadi anak Sabah!! ya betul..aku bangga..

Tapi soalan tu selalaunya tak berakhir kat situ.. kebiasaanya akan di susuli pula dengan soalan bertubi tubi.. macam polis bagai..bla bla...arghhh!!!...

Tak pe la.. diorang tak tahu...so memang wajar pun diorang tanya kan.. hehehe

Sabah kat mane?
Lahad Datu..yup, aku orang Lahad Datu..sebut betul betul ok..bukan Liang Lahad ok...


Kalau korang nak tahu lahad datu betul betul kat mulut peta sabah..toing!! mulut? hahaha.. yang ni kira ramai dah orang perasan...peta Sabah boleh korang bahagikan dengan menyebut:
'tengah tengah' merujuk kepada area pedalaman sabah,
'tanduk/ telinga' merujuk kepada area kudat..
'mulut, muncung/di bawah mulut/ atas muncung' pula merujuk kepada pantai timur (sandakan, lahad datu, tawau)
dan kalau sebut area KK maka di area kk la atau pantai barat...

tag; kedudukan lahad datu di sabah, lokasi lahad datu, lanun di felda sahabat, pencerobohan orang filipina di lahad datu, peta felda sahabat, peta lahad datu, kesultanan sulu menceroboh lahad datu, tuntutan waris kesultanan sulu di lahad datu, mundu di sabah, mundu di lahad datu, lokasi bandar sahabat, lokasi bandar lahad datu

Khamis, 28 April 2011

Gambar Kenangan Temapat Kerja Lama

Dua hari dah aku tak update blog.. rasa mcam seminggu dah kotak kosong ni senyap.. hahaha... bajet blogger tegar..cit!! btw, terima kasih korang yang berkunjung kat sini..

Busy la dua hari ni, tak sempat nak update blog, balik lewat penat sebab ada training... ada jugak buka tengok tengok.. tapi nak bw memang tak sempat.. ni baru nak membalas kunjungan... adoi! bajet pemes again..hempuk sekali....

Ni aku attach gambar aku petang tadi.. gambar kenang kenangan konon masa training buat farm audit tadi. ah! kecik je aku kat tengah tengah.. kena tendang oleh orang sebelah memang aku terus tepelanting masuk longkang.. hahaha..

Khamis, 21 April 2011

Bila aku bosan aku makan

Tido awal sangat dammm... terjaga pukul dua, apa nak buat, dah la esok kena masuk keja awal..cit!!

Tengok facebook pun semua orang dah tidur..buka blog nak blog walking internet pulak sello, lagi la kalau terbuka blog yang banyak widget ..problem betul la pakai berrokbeng ni..

Aku terus buat entry bosan ni,..entry orang lapar bangun pagi pagi buta.. nak turun bawah makan kedai mamak, tapi pikir pikir dengan saiz lemak tepu yang semakin besar ni.. arghhhh! tak jadi..

Dulu kurus sangat, nak jadi gemuk, ni dah berisi mula la pulak rasa risau..banyak macam perangai manusia, yang gemuk nak jadi kurus..yang kurus nak jadi gemuk..tapi dok asyik juga nak bantai makanan berlemak..pastu malas nak senaman..padan muka!! keh keh..cakap pasal diri sendiri..dammmm!

Nak tengok abu versi kurus klik kat sini..jangan gelak..tips untuk menjadi gemuk aku bagi kemudian..
ok 3.14am, nak turun kedai mamak sekarang juga (tips no.1)..sekian!!

Sabtu, 16 April 2011

Tukar tiket kapal terbang Air Asia

Ok memandangkan orang dok balek balek search cara nak tukar tiket kapal terbang, meh sini aku explain sikit, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok.. tukar tiket kapal terbang untuk air asia je.. sebab aku lebih suka syarikat penerbangan tambang murah ni.. Tawau - Kuala Lumpur. kalau nak naik MAS ke Tawau, haram J la nak dapat murah..

Tagline dulu.."Now Everyone Can Fly"..keh keh..

Untuk info korang, lain syarikat lain polisi dia, so jika anda ingin mengetahui pengalaman aku dengan air asia sila la teruskan membaca,..ini adalah sequel daripada entri aku yang lepas.

Ada banyak sebab mengapa orang nak tukar flight.. kalau aku kejadian berlaku dah dua kali..first salah PICIT tarikh masa beli online and yang second sebab cuti tak approve oleh boss.

First yang korang perlu tahu ialah penukaran tarikh dan destinasi boleh di buat 48 jam sebelum penerbangan..itu peraturan nombor satu..even korang terlewat 1 jam pun memang dorang tak nak bagi punya.. pernah sekali aku siap memujuk rayu lagi dengan orang kat kaunter tu.. tapi dia cakap "tak boleh encek..komputer kami tak dapat bagi respon" cit!!..then tiket aku burn cem tu je..

Second, jika korang dah bayar tiket tu..status penerbangan korang adalah SAH/ Conformed, cuba tengok betul betul kertas yang diorang bagi atau korang prin, besar besar kat atas tu..so nak tak nak korang kena ikut flight tersebut dan sebarang penukarna akan dikenakan charge..

Sama seperti nak beli tiket, ada dua cara nak tukar flight, sama ada korang tukar kat internet dalam airasia.com atau korang terus pegi kaunter air asia..kalau nak beli online korang kena ada kredit kat ataupun boleh direct debit daripada akaun bank (ctn CIMB kliks/ Mybank2U).. by call aku tak tahu pulak, sebab aku tak perna buat lagi..

Kalau korang nak tukar dalam internet korang masuk je airasia.com...pastu tekan Penerbangan Saya > Hantar Semula Jadual Perjalanan > tekan Ubah > pilih butang Ubah Suai/ Naik Taraf Penerbangan...pastu korang follow je la arahan seterusnya..ingat tengok betul betul, jangan silap..hehehe..

Aku advice korang supaya tukar tiket kat kaunter air asia, aku tak tahu macam mana diorang kira, tapi pengalaman aku buat perbandingan harga masa nak tukar flight, tukar internet lagi mahal berbanding tukar kat kaunter..kalau korang tukar kat internet, kos penukaran termasuk tiket sama seperti korang membeli tiket baru, malah di tambah pulak dengan charge panelti penukaran tu sekali..bengong tak!!..ka aku yang silap..Awan Dania sila betulkan aku..Charge penukaran dan contoh, sila baca entry aku tentang tips nombor 6..ok..good luck!

Jumaat, 15 April 2011

Pengetahuan Entomologi

Entomologi ialah salah satu cabang zoologi (ilmu tentang kebinatangan) iaitu berkaitan dengan kajian saintifik SERANGGA, termasuk taksonomi, morfologi, fisiologi, dan ekologi diorang. Term entomologi juga digunapakai dalam bidang mengkaji kesan bahaya dan manfaat sesuatu serangga pada manusia.

Ok untuk mengetahui tahap ke-entomologian korang, sila jawap soalan kacang kat bawah ni:

Menatang dalam gambar kat atas tu tergolong dalam kategori apa? (jujur no Mr. Google)
A. kupu - kupu
B. rama - rama

Jawapan akan diupdate dalam tempoh empat hari. Thanks bagi respon..^^

Isnin, 11 April 2011

Jalan jalan ke Kuala Kangsar


Orang perak sila berbangga..aku suka negeri kau..kui kui!

Semalam aku ke Kuala Kangsar jalan jalan coti coti..aku boleh cakap kuala kangsar memang best.. Makanan best, orangnya friendly, bangunan lama dan banyak yang best, ada sungai airnya sejuk macam ais..dan musim banyak DURIAN (ni aku paling like)..hahaha..


En fadir sebagai orang perak bijak sana lagi gagah perkasa memandu cik wun myvi si Hani Piko bawak kitaorng terus ke kuala kangsar, pegi ke Musium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan)..ala..bangunan yang ada dalam buku teks Kajian Tempatan tu, masa sekolah tingkatan 3, dibina tanmpa menggunakan sebatang paku...itu yang aku ingat.. Tapi sayang masa kitaorang sampai tempat tu tutup, tak boleh masuk..cit! dapat tengok dari luar dan ambek gambar kira ok la.. Aku ingat lagi masa sekolah dulu berangan je aku nak tengok istana ni..haha..

Pas tu,kitaorang pegi galeri Sultan Azlan shah,..nak godek geodek ilmu pasal Sultan Azlan? Galeri ni lagi bijak daripada mr google..gila kau, gambar daripada tahun 1886 pun ada dalam galeri ni..sala silah sultan perak, barang barang lama semua ada..pegi la korang. Tak rugi bayar rm 2 sekali masuk..tapi dalam galeri tak boleh ambek gambar tau..


Bandar kuala kangsar tak de la gah sangat tapi kira ok la..singgah makan pulut cendol, ABC dan laksa..yam yam even laksa agak kureng (tula tak nak tengok tengok dulu sebelum order) tapi makcik tu sangat mesra.. Pasar keraf tangan pun ada jugak, nak beli parang, pasu, raga, kipas sate, tikar,semua macam macam ada.. Nasib baik la aku mengamalkan sikap berbelanja mengikut keperluan, kalau tak zazzz jugak duit aku keh keh..


Sungai Ulu Kenas, airnya sejuk dan nyaman, pun best jugak..banyak batu batu besar aku still boleh TOJON lagi..tak menahan haha..dah la masuk free wayang free pun banyak jugak..lagi pun dah dua tahun lebih aku tak mandi sungai, memang bergelora la aku tengok sungai..

Daripada sungai pegi ke sebuah kampung yang indah permai tepi jalan Kg Pauh, aim utama pastinya adalah DOYAN.. 5 orang sangap durian jumpa durian yang banyak, cuba anda banyangkan.. eh! aku mengaku akulah yang paling sangap, sebab dorang yang lain ni dah biasa sangat makan durian, ada dusun durian la katakan.. Pakcik terimah kasih, murah durian kau plus layanan sungguh istimewa..musim doyan akan datang kami datang lagi ya pakcik..


Kalau seblum ni aku pena lalu je kat Ipoh masa otw pegi Kulim buat farm audit, tapi kali ni aku masuk bandar Ipoh..cari makanan sodap, Nasi lemak ayam kampung..fuhh! Terbaik wokk!.. Kalau pegi Ipoh korang wajib pegi restoran ni.. Tak dak tempat lain.. Perut kira dah full house pun masi boleh di isi lagi dengan ayam kampung yang sodap. Masuk masuk je restoran ni nampak lingkaran belut.. yaii!! Cam ular..ini aku unlike..


Ah! Seronoknya ke perak, sebenarnya ada banyak tempat lagi yang best best tak sempat pegi. Sebab kena balik hari lawatan disingkatkan..TAK PA lain hari boleh datang lagi..


Perjalana pulang menyaksikan beberapa kali tingkap di buka dan rasa rasanya ada orang singah berak di RNR hahaha...

Ahad, 10 April 2011

Cuti cuti: Melancong ke Sabah

Kali ni aku nak buat entry untuk merangsang orang..grrr..jangan salah faham pulok, aku nak rangsang korang supaya pegi ke sabah jalan jalan cuti cuti satu malaysia..hehehe

Entry ni mungkin bersiri, cuma kali ni aku nak bagi tumpuan untuk encourage minat korang  sahaja, belom cerita pasal apa yang ada kat sabah lagi ok..tapi aku yakain ramai je kat sini yang tahu sabah ada banyak tempat tempat yang best..




Ok fine, selalu kalau orang lain ajak pegi sabah, first apa yang korang akan fikir?.. 'Tiket kapal terbang mahal la bang..ko nak belanja boleh lah'..itu Kan!! 

Korang pena tak tepikir yang satu hari nanti korang akan pegi sabah jenjalan.. mesti korang nak kan. Oh! Seronoknya jalan jalan, naik flight pegi sabah, tengok negeri orang.. masyarakat, budaya, makanan, permandangn, tempat yang lain yang mungkin kat sini TAK DAK..ala..sesuatu yang lain, pengalaman baru, seronok kan..

Aku ada je kawan dalam fb, dan di tempat kerja yang dorang sebenarnya tak de la apa sangt nak pegi sabah..tapi dorang saja nak jalan jalan tengok tengok tempat orang lain sambil melancong ringan ringan.

Dengar cerita dorang memang best, dorang ni pegi pun tak de la sampai belanja rubu rubu, dah dirancang dengan teliti, so kos tak de la mahal sangat, bagus kan..



Atlist kalau orang lain tanya, anda boleh berkata 'oh aku dah perna pegi sabah!!'.. Sure korang akan bercerita non-stop tentang apa yang korang tahu, tak kirala cerita best ka atau tak best, yang penting ada sesuatu yang anda boleh ceritakan dan orang akan mendengar cerita anda dengan bersemangat.. see.. seronok kan!!.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Sebenarnya kalau nak pegi sabah tak de la rumit sangat, cuba baca entry en wanbu ni..(eh! tapi dia cerita simpel je sebab itu entry GA) tambah tambah lagi kalau korang ada family, member yang tinggal kat sabah, lagi mudah.. Zazzzz je boleh pau dorang lagi hahahaha..

Cuma selalu orang akan fikirkan ialah KOS terutamanya flight,..try tengok entry aku pasal tips untuk mendapatkan tiket kapalterbang yang murah.. sebenarnya tak de la mahal kau kau kalau korang bijak, tiket flight boleh dapat sangat murah untuk penerbangan pergi balik.. I tell u.. yang penting ialah perancanagn yang teliti..ala contoh, beli bulan ni, pas tu lima enam bulan akan datang  baru terbang, bukanya apa pun..yang penting dah beli tiket rm 56 (cth) two way Kuala Lumpur - Kota Kinabalu, tak ke bebaloi..huhuhu..



Rugi korang kalau tak kuar jenjalan... Ya la, kita ni tak de la sehigh klass macam haniz zalikha kan, pegi travel luar negara (hope soon i will), but at least kita kuar, go someware jalan jalan, menjauhkan perjalanan dan meluaskan pengalaman..setuju tak dgn apa yang aku cakap ni? kalau tak..tak nak kawan!!..

Rabu, 6 April 2011

Manusia pertama ke ruang angkasa

Kini hampir genap 50 tahun Yuri Gagarin mencatatkan sejarah sebagai angkasawan pertama berjaya keluar ke angkasa lepas dan mengeliling orbit bumi pada 12 April 1961. Kejayaan Gagarin bukan sahaja dibanggakan oleh Kesatuan Soviet tetapi turut dibangakan di seluruh negara sebagai satu sejarah dunia. Pada usia 27 tahun Gagarin, telah menunjukkan kemenangan Kesatuan Soviet mendahului Amerika Syarikat dan melampaui kejayaan politik mereka pada saat itu.

Gagarin dilahirkan di desa Klushino, luar Moskow, ayah Gagarin adalah seorang tukang kayu, sementara ibunya bekerja sebagai seorang pemerah susu. Pada tahun 1955, Yuri Gagarin memasuki Pilot School Orenburg, bekerja dengan Tentera Udara Soviet sebagai leftenan. Selepas berkahwin dengan pasanganya Valentina seorang lulusan Orenburg Medical School, Gagarin mula melibatkan diri sebagai juruterbang pesawat pejuang. Dan pada tahun 1960, Gagarin bersama-sama dengan 19 yang lain dipilih sebagai calon untuk program luar angkasa oleh Kesatuan Soviet.


April 1961, Yuri Gagarin  telah meluncur ke angkasa daripada Tyuratam Missile Range (kini Kosmodrom Baikonur) menggunkana Vostok 1. Selepas berjaya membuat pusingan orbit bumi secara solo dan berada orbit selama 108 minit, Gagarin berjaya mendarat dengan selamat dekat dengan Sungai Volga. Kejayaan itu menjadikan ia selibriti antarabangsa dan kemudian dianugerahkan gelaran Pahlawan Kesatuan Soviet oleh pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev pada ketika itu.  


Gagarin juga telah dipilih sebagai angkasawan kedua back-up untuk angkasawan Vladimir Komarov misi Soyuz 1 yang dilancarkan ke orbit pada 23 April 1967. Namun Soyuz 1 yang membawa Komarov seorang diri mengalami masalah teknikal semasa memasuki admosfera dan terhempas pada kelajuan tinggi di permukaan bumi menyebabkan Komarov meninggal dunia. Kejadian ini telah disahkan adalah penerbangan fatal yang pertama dalam sejarah Spaceflight. 

Yuri Gagarin tidak lama menikmati status ternamanya sebagai manusia pertama ke luar angkasa. Gagarin telah meninggal pada 27 March 1968 ketika pesawat MiG-15 semasa menjalani latihan rutin berhampiran bandar Kirzach utara-timur Moskow. Umur Gagarin pada ketika itu ialah 34 tahun. Co-pilot Gagarin Vladimir Seregin juga turut meninggal. Punca kemalangan itu tidak diketahui. 

Kini kejayaan 50 tahun Gagarin dikongsi bersama bukan sahaja Kesatuan Soviet tetapi diseluruh dunia. Hari memperingati Yuri Gagarin menembusi ruang angkasa diraikan di kebanyakan bandar besar seperti di New York, Washington DC, London, Tokyo, Moskow, Sydney, Beijing, Delhi hingga ke Nairobi. 

" Ruang angkasa adalah sesuatu yang menyatukan kita semua, ia adalah isu global" kata presiden Russia Medavedev.


Sumber: BBCNews, VivaNews and Wiki.