Kini hampir genap 50 tahun Yuri Gagarin mencatatkan sejarah sebagai angkasawan pertama berjaya keluar ke angkasa lepas dan mengeliling orbit bumi pada 12 April 1961. Kejayaan Gagarin bukan sahaja dibanggakan oleh Kesatuan Soviet tetapi turut dibangakan di seluruh negara sebagai satu sejarah dunia. Pada usia 27 tahun Gagarin, telah menunjukkan kemenangan Kesatuan Soviet mendahului Amerika Syarikat dan melampaui kejayaan politik mereka pada saat itu.
Gagarin dilahirkan di desa Klushino, luar Moskow, ayah Gagarin adalah seorang tukang kayu, sementara ibunya bekerja sebagai seorang pemerah susu. Pada tahun 1955, Yuri Gagarin memasuki Pilot School Orenburg, bekerja dengan Tentera Udara Soviet sebagai leftenan. Selepas berkahwin dengan pasanganya Valentina seorang lulusan Orenburg Medical School, Gagarin mula melibatkan diri sebagai juruterbang pesawat pejuang. Dan pada tahun 1960, Gagarin bersama-sama dengan 19 yang lain dipilih sebagai calon untuk program luar angkasa oleh Kesatuan Soviet.
Yuri Gagarin tidak lama menikmati status ternamanya sebagai manusia pertama ke luar angkasa. Gagarin telah meninggal pada 27 March 1968 ketika pesawat MiG-15 semasa menjalani latihan rutin berhampiran bandar Kirzach utara-timur Moskow. Umur Gagarin pada ketika itu ialah 34 tahun. Co-pilot Gagarin Vladimir Seregin juga turut meninggal. Punca kemalangan itu tidak diketahui.
" Ruang angkasa adalah sesuatu yang menyatukan kita semua, ia adalah isu global" kata presiden Russia Medavedev.
Sumber: BBCNews, VivaNews and Wiki.
9 ulasan:
woaawww baru tahu :)
byk juga ko tau ni...
cayyok...^^
adwa..heheh aku pun baru tau gak..:P
SA: makanya bacalah olehmu..
ha'ah.. dulu Yuri Gagarin memang idola aku.. hehehehhee
yuri gagarin mmg sngt membanggakan..
cit! aku tak tahu..kna menggoogelkan diri dulu..
knp sdh lama kagak update...???
ak libur, kamu juga ikutan libur..???
hahaha
persetan!!
Catat Ulasan