Khamis, 18 Julai 2013

Selamat Hari Jadi Kepada Diri Sendiri

Saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada diri saya sendiri..terima kasih kepada Allah swt diatas semua kurniaanya..rezeki ini, keluarga dan rakan rakan serta kenalan yang baik..

Terima kasih juga kepada semua yang memberi ucapan selamat hati jadi di facebook, instagram, twitter, WhatsApp dan juga melalui pesanan ringkas sms..amin ya rabbal alamin dengan doa doa kalian..

Saya juga mendoakan semoga kita semua sentiasa mendapat barokah dariNya..dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatn yang baik..selamat dunia dan akhirat..

Thank you Allah.

Rabu, 17 Julai 2013

Orang Berkeyakinan Tinggi Mudah Berjaya

Agak lama jugak aku tidak menulis entry tentang pendapat kan.. last time cakap pasal pendapat aku tentang tren wanita bertudung masakini.. ni dah lama tak update otak pun jadi tepu sudah..

Mungkin short entry nak cakap tentang keyakinan diri.. yaaa keyakinan diri dapat menjadikan anda hidup berjaya.. betu la, sebagai orang yang dah berkerja.. menurut pengamatan aku orang yang  berkeyakinan tinggi pempunyai peluang yang sangat cerah untuk pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi, lagi lagi orang yang bijak dan pandai bercakap..ini serius..

Sebenarnya aku agak jeles apabila melihat orang begitu yakin bercakap di hadapan orang ramai dan tak nebes.. lek je dia.. atau secara face to face memberikan pendapat dan hujah.. kadang aku tengok diorang ni tak de la bijak mana pun.. tapi disebabkan cara mereka bercakap ia dapat menarik minat orang lain, tambah tambah lagi dia nak kelentong orang yang bongok..

Pada satu keadaan tu kadang kadang orang tak nampak pun qualification.. ya aku setuju, salah satu cara untuk kita hidup berjaya ialah degan mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa di university.. tapi serius aku nak bagi tahu kat korang.. yang tersangat lah penting ialah keyakinan diri.. keyakinan untuk bercakap, yakin menempuh cabaran, berani merima perubahan dan yakin dan terus yakin.. keputusan super cemerlang cuma sebagai tiket untuk kita get trough je..

Di dalam organisasi, orang yang mempunyai keyakinan diri dan bijak berkata kata dilihat sebagai orang yang unik dan berkebolehan.. apa yang menjadikan mereka mudah untuk dilihat di dalam kesesakan orang ramai.. itula dia package untuk mereka pergi jauh.. dan serius aku kurang dalam hal ini..sodih sob sob..

Selasa, 16 Julai 2013

Berbuka Puasa Di Asam House Setia Walk Puchong

Semalam kami telah berbuka puasa di Asam House Setia Walk Puchong..k bye tu je aku nak bagi tahu hahaha..

Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya..nak cakap apa tu je la..yeeaah kami berbuka puasa bersama kawan kawan..dah lama tak buat entry makan makan..terus jadi bengap pulak..


Asam House. 
Restoran biasa biasa je..tak de la grand sangat macam kat pavilion tu..kebanyakan makanan ala asian foods...menepati selera aku la..kedai dia satu ada kat depan entrances panggung gsc Ioi Mall Puchong wing lama dan yang terbaru dan terkini satu lagi kat Setia Walk kat Puchong gak..menjadi pilihan kitaorang sebab dekat dengan office, kena dgn selera dan tak mahal sangat..

Setia Walk Puchong.
Local business area yang agak high class dan grand..baru je bukak kat puchong ni..mungkin ramai lagi yang tak tahu..ingat nanti aku nak review dalam satu entry khas..tempat yang sangat wauuu ohsem..ada air sepanjang walkway kat tengah tengah di antara dua bangunan..dan lawa..

Kawan kawan office.
Lama tak ngeteh makan bersama sama dengan diorang..emm lama la kot..sejak bulan Ramadhan al kareem ni la..first time dalam bulan puasa kali ni kitaorang berbuka puasa bersama sema..hangout together gather..macam biasa la menggila kejap..haha

Selamat berpuasa kawan kawan.. :)


Tag: lepak dengan kawan office, gambar Setia Walk Puchong, Makan di Setia Walk Puchong, suasana di setia walk puchong, makan di asam house, iftar di asam house puchong, tempat berbuka puasa di setia walk puchong..

Sabtu, 13 Julai 2013

Ole ole Sabah: Kue Cincin Sabah

Aku kalau balik Sabah selalu pening pasal ole ole apa nak bawak balik sini..haha pening la sangat kan..ye la balik kampung kat Lahad Datu selalu orang tanya apa yang best kat LD boleh dibuat ole ole..selalu aku tergamam seketika..emmmm apa ya..hahaha..

Tak de apa yang best kat LD boleh dibawa balik sebagai ole ole..barang kraf, freezer magnet dan apa jadah memang tak de..sebab Lahad Datu bukanlah tempat tumpuan pelancong asing atau pelancong dari semenanjung..balik balik orang sebut tu ha Lembah Danum..hutan tertua mengalahkan hutan amazon, yang pernah dikunjungi oleh Putra William dan Isteri dia..tu je yang ada, tu pun orang putih je selalu datang sana buat research study..kerajaan tak majukan industri pelancongan kat Lahad Datu..sedih..

So secara automatik barangan istimewa yang boleh dijadikan ole ole memang mendukacitakan..haha.. orang tanya apa yg istimewa di LD? Aku cakap la orang sulu..ko nak orang sulu?..ha tu Wawa Zainal..ambik lah hahaha..gurau..

Tapi yang pasti kalau aku balik kampung ramai sangat orang nak kue cincin..aku pos kat fb "sila nyatakan ole ole apa yang korang nak?" Ramai yang sebut kue cincin..

Tahu tak korang acener bentuk kue cincin tu..ha tengok gambar kat bawah..macam tu la..tak de rupa macam cincin pun..tapi dia ada lubang lubang lah..boleh masukkan jari haha.. aku tak tahu dibuat daripada apa, ce google "cara cara buat kue cincin"..


Dari segi rasa..pada aku memang sedap lah..kue tradisional..rasa dia manis dan rangup..keras keras sedikit..crunchy la kot orang putih cakap haha..tapi tak de la rangup macam kerepek ubi haha..manis manis gula melaka..tak manis sangat ala ala belemak sedikit..eh..apa yang aku describe ni haha..lebih kurang macam tu la..mungkin korang boleh bayangkan..

Kalau balik KL aku selalu singgah kat Kunak masa otw pagi airport Tawau, sebab kat LD susah nak dapat..kat Kunak tepi jalan besar memang ada jual makanan yang sesuai dijadikan ole ole..untuk kue cincin ni tak silap aku ada dua jenis packaging..yang rm5 dan yang rm10..ole ole kengkawan aku selalu beli yang rm5 je..beli banyak banyak senang nak bagi bagi..kalau beli kat airport harga dia sangat mahal..so beli ole ole kue cincin dan keropok amplang kat Kunak je lah..

Aku akan balik Sabah bercuti raya kat kampung aku Lahad Datu pada 5 haribulan lapan sampai 14 haribulan..hehe seronoknya..jangan nak pesan ole ole pulak..tak larat dah aku..hahaha..


tag: hadiah dari sabah, ole-ole dari sabah, ole ole yang sesuai di bawak dari sabah, makanan tradisional sabah, budaya sabah, beli bole oleh di sabah, keropok amplang, melancog di pantai timur sabah, jalan jalan di lahad datu, jalan jalan di kunak, jalan jalan di tawau, kedai kerepak di kunak, gambar ole ole dari sabah, gambar kue cincin, gambar sabah.

Cara Check Baki Data Internet Celcom (How To Check Balance Internet Data Usage)

Sekarang ni ramai orang yang pakai hengpong canggih canggih kan..tapi kalau hengpong canggih pun takat nak guna sms, call, tangkap gambar dan dengar lagu je apa barang..baik pakai tiga tiga sekupang je haha..

Satu yang perlu ada bagi pengguna gadget atau headphone canggih ni ialah capaian internet..so mungkin anda menggunakan khidmat internet yang ntah mana satu aku pun tak tahu haha..ada banyak plan yang service provider tawarkan, daily, weekly atau monthly tinggal korang je yang pilih..

Cuma untuk kali ini aku secara saja saja nak update entry ingin mengkhabarkan cara nak check status data yang anda telah gunakan..pengguna celcom pospaid yang melanggan data secara bulanan..aku tak pasti sama ada cara ini boleh pakai atau idak bagi pengguna internet yang weekly dan daily..

Cara simpel nak cek berapa balance data yang tinggal dalam tempoh sebulan..contoh kalau korang melanggan data celcom 3g monthly, setakat ke hari ini (hari ke 2 selapas data untuk bulan July telah dimasukkan oleh celcom) berapa banyak dah data yang korang gunakan..cara dia cuma sms VOL STATUS ke 22188..rujuk gambar di bawah..cara ini juga boleh digunakan untuk broadband..aku dah try kat broadband aku..

Perlu korang tahu untuk pengguna celcom..cycle bill anda adalah pada setiap 13 haribulan..maksudnya penggunaan panggilan dan data akan berakhir dan bermula pada setiap 13 haribulan..so data korang juga akan dimasukkan pada setiap 13hb..

Ok itu je untuk kali ni..thanks singgah baca.. :)

Jumaat, 12 Julai 2013

Berbuka Puasa Di Masjid: Kelebihan Makan Dalam Talam

Ada tak siapa siapa kat sini yang suka berbuka puasa kat masjid..ok kita geng hahaha.. dah dua hari puasa Ramadhan ni aku berbuka puasa kat Masjid..baru dua hari kan terus claimed suka kah kah kah..tak de la, sebab aku kerja petang..masuk pukul 4pm, so petang malas nak pikir apa..dengan member opis kita orang pegi je kat Masjid Al-Husna Taman Wawasan Puchong, dekat dengan tempat kerja..berbuka puasa bersama umat islam yang lain lain..


Banyak kelebihan berbuka puasa kat masjid ni..selain mengimarahkan masjid dengan berbuka puasa dan solat magrib, kita dihidangkan dengan makanan secara percumaaaa hehehe..tak payah fikir nak pegi bazar lagi membazir rambang mata.. selain tu secara tidak langsung kita boleh bergaul dengan masyarakat islam lain di Malaysia..wah! ayat aku hahaha..


Ye la masih bujang ni..apa lagi nak buat..bukannya duduk dengan family pun, kalau kat kampung seronok la berbuka puasa dengan ibu bapa adik beradik tercinta..kita yang merantau ni apa ada..untuk orang yang berjalan jauh (musafir), student student university yang nak jimatkan wang, bujang trang tang tang yang kumpul duit nak kawin dan siapa saja umat islam lain.. boleh lah menjadikan masjid sebagai pusat berbuka puasa kalian sepanjang bulan Ramadhan ni..


Yang seronoknnya aku sungkai (buka puasa) menggunakan talam..makan tiga empat lima orang satu talam haha.. aku datang semenanjung baru rasa makan dalam talam ni..yang kita tahu orang orang tabligh selalunya makan dalam talam kan..kat sini atau mungkin kebanyakan masjid masjid kat Lembah Klang diorang provide makanan berbuka menggunakan talam..


Apa kelebihan makan dalam talam ni? Ada orang cakap makan dalam talam tu adalah sunnah nabi..tapi aku tak cukup ilmu nak cakap "ya"..aku google pun ada sesetengah orang cakap ia bukanlah sunnah dan takde adits pun yang menyatakan secara direct makan dalam talam itu adalah sunnah nabi..tapi ia baik diamalkan berdasarkan hadits berikut..“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)..
Selain tu kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat islam..tidak kah itu dituntut dalam agama kita..ceh..aku macam al fadil ustat Abu sudah haha..betul la kan..cuba korang bayangkan makan satu pinggan dengan orang yang korang tak kenal..cuma mengenali mereka sebagai saudara seislam je..selalunya sambil sambil makan tu borak borak sikit la..tak yah nak awkward sangat haha..nama siapa, keje kat mana, orang mana bla bla bla..


Sedikit aku nak bagi tahu flow macam mana kalau berbuka puasa kat masjid..untuk orang tak pernah tengok atau tak tahu pasal ni...kalau awal sampai tu tak de apa nak buat kome pegilah bertadarus dulu sementara menunggu waktu berbuka..tapi aku dan member ni selalunya dekat dekat nak buka baru sampai..terus duduk je la dengan jemaah jemaah lain di atas tikar yang pihak masjid sediakan..berbuka dengan hidangan ringan je dulu, air panas panas (kopi tarik atau nescafe) dan air ais (soya bandung atau sirap)..pastu solat magrib...lepas solat magrib secara berjemaah barulah makan nasi..macam biasa kena beratur bagai ya..bukan nak berebut rebut..

Ok itu je la..update untuk kali ni..hidup orang bujang trang tang tang di perantauan..macam ini lah macam itu lah haha..


Tag: Masjid kat Puchong, makan di masjid, makan ramai ramai di masjid, Masjid Taman Wawasan Puchong, gambar buka puasa di masjid, iftar di masjid, makan guna talam di majid, nasi ambang

Jumaat, 5 Julai 2013

Jangan Takut Menderma Darah

Ramai orang yang takut nak menderma darah..salah satu faktornya ialah takut sebab jarum..sakit la kata kau kan haha..kena cucuk jarum yang besar.. lepastu takut tengok darah keluar dalam tube masuk kedalam beg..

 

Ada ramai jugak yang nak menderma darah tapi tak lepas..tak cukup berat la..talasimia la, tekanan darah tak cukup la..tapi besar hajat nak menderma..tak pe la..sekurang kurannya dah cuba try..tak lepas apa boleh buat kan..

 

Baru baru ni Kelab Rekriasi company tempat kerja aku mengadakan perogram menderma darah..ok la kali ni aku dapat menderma..program last time aku tak sempat..aku tak pasti aku pegi mana masa tu, tak ingat..tapi beberapa hari sebelum raya haji aku menderma darah kat Alor Setar Kedah, kat Tesco..haha.. kebetulan aku pegi jalan jalan dengan family kazen aku dengan anak anak dia..nampak orang tengah menderma darah..so aku apa lagi menderma lah..

 

Bagus menderma darah ni..sekurang kurangnya kita dapat membantu orang yang betul betul memerlukan darah..kat hospital tu mesti ada ramai pesakit yang memerlukan darah kan..kali ni diorang yang memerlukan, mungkin esok esok kita atau family kita pulak yang kena..masa tu baru nak teringat betapa berharganya nilai setitis darah yang kita dermakan..

Aku ingat lagi..ada satu ketika tu aku yang duduk kat Selangor ni hospital kat Kota Kinabalu call aku mintak tolong dermakan darah aku..see kat mana mana hospital mereka sangat memerlukan darah kita..


Sejak dari itu aku try untuk konsistant demah dara pada setiap tiga bulan, aku tau ini memerlukan komitman yang tinggi tapi aku rasa ini adalah tanggung jawab kita sebagai manusia. Hari ni kita tolong orang lain, mungkin masa akan dating orang lain pulak akan tolong kita, kita tak tahu ada anyak cara je tuhan boleh balas balik kebaikan yang kita telah buat..betul tak?


Kepada kawan kawan diluar sana, cuba la untuk beanika diri untuk mendrma darah, jagan takut, jarum tu Nampak je besar..tapi sebenarnya tak sakit pun..sebab dia dah bius..dia cucuk je kau tak rasa apapun, macam kena gigit semut je pun haha



Baru baru ni ada sorang sahabat, salah sorang ahli daripada persatuan NGO kitaorang telah ditahan di hospital..sebab penyakot Himophilia..ce google penyakit apakah itu.. tapi alhamdulillah, dia dah discharge..pm dalam group fb, dia mengucapkan terima kasih kepada orang yang mendoakan dia..dan ini pesanan beliau.."Saya menyarankan kepada semua pimpinan untuk menderma darah di Pusat Darah Negara bagi sama-sama membantu Pesakit Hemophilia di Malaysia kerana setiap darah yg didermakan akan diproses untuk menjadi Factor VIII (8) untuk digunakan oleh pesakit Hemophilia.."


So, korang korang di luar sana..marilah kita menderma darah..beranikan diri, jangan nak jadi penakut sangat dengan jarum tu hehe..jangan percaya dengan khabar angin mengatakan menderma darah tak elok la, jangkitan penyakit la, pingsan la, tak selamat lah..tu semua tipu..ingatlah, setitis darah yang kita dermakan mungkin akan menyelamatkan nyawa orang lain..

Babab.net