Ok mari cerita pasal Aquaria.. untuk siapa yang nak tahu aje, aku percaya ramai dah yang masuk tengok haiwan darat dan haiwan laut yang tak pernah kita tengok in real life.. tibi banyakla..
Nak masuk kalau Malaysian dewasa kena bayar RM35 dan kalau bukan kena bayar RM45.. peraturan nak bawak kamera, tak boleh on flash, takut ikan ikan tu tekejut mengkali.. jom mulakan..
Pirana jenis red belly .. ugly gak rupa pirana ni, color pun kurang menarik.. cuma skin dia macam sparkling, color gold macam Edward Colin kena sinaran matahari.. itu je.. tak garang pun, tapi berbahaya la haha.. untuk pengetahuan korang pirana adalah spesies ikan air tawar yerr.. mendiami sungai sungai di Amerika Selatan terutamanya di perairan Amazon..
Dalam tu ada gak haiwan haiwan darat, contohnya ialah rama rama, labah labah, ular, cicak dan macam macam lagi.. Gambar kat atas ni ialah spesies kupu kupu terbesar di dunia Attacus Atlas, sebelah frame ni pulak ialah rama rama Rajah Brock, spesies rama rama yang dilindungi..
Selain buaya katak pun pun ada gak.. comel je dia sorang sorang duduk dalam aquarium kecik.. tah selesa ke tak duduk kat situ jauh daripada habitat sebenar.. kodok kodok kodok!!..
Yang ini tak tahu la pulak aku cicak ka biawak kah.. inesen sangat buat muka manja time aku nak tangkap gambar.. kau ingat kau cantek!! hahahaha.. comel kan, nama dia High Yellow Leopard Gecko, tak de 'suction cup' macam spesiesnya yang lain tuk membolehkan dia panjat dinding atau kaca..
Antara permata rimba yang lain, siapa tak kenal spider Tarantula.. uh!! meremang bulu roma aku tengok natang ni.. cukupla tengok dalam tibi huhu.. Mexican Redknee Tarantula ni adalah spesies Tarantula yang beloh hidup lama.. tarantula betina mampu hidup sehingga 30 tahun..
Ini pulak makhluk tuhan spesies dari padang pashir kah kah kah.. minah arab la apa lagi, diorang la paling ramai dalam tu, seronok beno diorang aku tengok.. begini la antara suasana dalam aquaria yerr kawan kawan..
Menyusuri trowong sejauh emmmmm... brapa ya, tak ingat hehehe google la.. cantek kan, hanya perlu berdiri kat flat eskalator dan saksikanlah ikan jos, ikan pari, ikan uji rashid mata besar, ikan jaket, ikan kuning, ikan merah, ikan warna warni.. err aku tak tahu nama dia haha.. amazing race sangat pengalaman ni.. cantek cerius..
Bagaikan satu frame yang bapak besar dengan ikan yang real memang awesome.. lawa dowh, nak bergambar silakan, tapi gelap la sebab tak boleh on flash.. permandangan yang sangat lain daripada yang lain.. ni asyik tengok bangunan konkrit je kan.. sesekali meneroka di persiaran laut dalam pun ok jugak.. konon la.. haha..
Siapa yang tak kenal Nemo atau Clown Fish sila loncat bangunan KB Mall sekarang jugak haha.. nama saintifik Amphiprion ocella ikan yang sangat naaif dan comel.. nak goreng pun tak sampai hati ko tau.. ikan yang mempunyai hubungan simbiosis dengan rumpai laut anemone.. alaa, macam dalam katun Finding Nemo tu, sembunyi dalam rumpai laut yang color oren tu...nemo bersihkan anemone, anemone pulak tempat berlindung bagi nemo..
Kuar aku beli ikan siakap tiga kilo, ikan nemo satu kilo, arapaima berkilo kilo, kuda laut, obor obor, ketam, tembakul dan macam macam lagi.. nak goreng tepung, masak asam pedas dan masak tiga rasa haha.. tak de la, aku beli snowball yang comel aje..
Tu je la, penat aku merapu malam malam.. sori aku tak sempat nak balas kunjungan korang, busy yang amat.. sampai berak pun tak sempat.. yang penting aku great tiger!! haha..
Rasa bersalah pulak, entry ni auto publish.. time ni InsyaAllah aku tengah otw atau berada kat Cameron Highland.. seperi yang aku khabarkan dalam twitter, aku nak pegi melawat ladang teh Hariz dan Izzah kat sana, harap harap diorang ada, aku nak audit ladang diorang ni, GAP ke tak GAP?.. sekali terus mintak sign hahaha merapu lagi aku..
PS: GAP - Good Agricultural Practices..
Gambar raw, tak edit lagi la sayang, tak sempat.. turun nanti baru I buat ok.. ^^
Tag; Gambar ikan di Aquaria KLCC, gambar arapaima besar, arapaima di aquaria klcc, ikan ikan di aquaria klcc, jalan jalan di KL, melawat aquaria klcc, pemandangan dalam air aquaria klcc, bayaran masuk aquaria, gambar tarantula di aquaria klcc, melawat hidupan air di aquaria, cara nak pagi aquaria klcc, barang jualan di klcc