Selasa, 28 Februari 2012

Meneroka Permata Laut dan Rimba Di Aquaria KLCC

Sejak beberapa tahun duduk Kuala Lumpur, ini la pestaim aku masuk Aquaria.. selepas dua tiga tahun, ini adalah kali ketiga aku pegi KLCC, perlu ke nak kira? tak perlu yerr.. apa ada pada KLCC? tak de apa kecuali barang barang dia yang mahal, ramai orang middle east dan I-Setan.. dan pada waktu perayaan akan dibanjiri lebih ramai masyarakat antarabangsa International Love.. kah kah kah..

Ok mari cerita pasal Aquaria.. untuk siapa yang nak tahu aje, aku percaya ramai dah yang masuk tengok haiwan darat dan haiwan laut yang tak pernah kita tengok in real life.. tibi banyakla..

Nak masuk kalau Malaysian dewasa kena bayar RM35 dan kalau bukan kena bayar RM45.. peraturan nak bawak kamera, tak boleh on flash, takut ikan ikan tu tekejut mengkali.. jom mulakan..

Pirana jenis red belly .. ugly gak rupa pirana ni, color pun kurang menarik.. cuma skin dia macam sparkling, color gold macam Edward Colin kena sinaran matahari.. itu je.. tak garang pun, tapi berbahaya la haha.. untuk pengetahuan korang pirana adalah spesies ikan air tawar yerr.. mendiami sungai sungai di Amerika Selatan terutamanya di perairan Amazon..

Dalam tu ada gak haiwan haiwan darat, contohnya ialah rama rama, labah labah, ular, cicak dan macam macam lagi.. Gambar kat atas ni ialah spesies kupu kupu terbesar di dunia Attacus Atlas, sebelah frame ni pulak ialah rama rama Rajah Brock, spesies rama rama yang dilindungi..

Selain buaya katak pun pun ada gak.. comel je dia sorang sorang duduk dalam aquarium kecik.. tah selesa ke tak duduk kat situ jauh daripada habitat sebenar.. kodok kodok kodok!!..

Yang ini tak tahu la pulak aku cicak ka biawak kah.. inesen sangat buat muka manja time aku nak tangkap gambar.. kau ingat kau cantek!! hahahaha.. comel kan, nama dia High Yellow Leopard Gecko, tak de 'suction cup' macam spesiesnya yang lain tuk membolehkan dia panjat dinding atau kaca..

Antara permata rimba yang lain, siapa tak kenal spider Tarantula.. uh!! meremang bulu roma aku tengok natang ni.. cukupla tengok dalam tibi huhu.. Mexican Redknee Tarantula ni adalah spesies Tarantula yang beloh hidup lama.. tarantula betina mampu hidup sehingga 30 tahun..

Arapaima atau ikan naga yang gedabak nak mampus.. uish!! tekejut aku tengok binatang ni, serius.. selalu gak dengar rakan sekerja kaki pancing sebut sebut arapaima.. ooo.. macam ni rupanya bentuk dia.. tapi ni arapaima amerika selatan, spesies ikan air tawar yang terbesar di dunia.. dikatakan boleh melompat dari dalam air untuk menangkap burung burung kecil dekat dengan permukaan air.. hebak kan..

Ini pulak makhluk tuhan spesies dari padang pashir kah kah kah.. minah arab la apa lagi, diorang la paling ramai dalam tu, seronok beno diorang aku tengok.. begini la antara suasana dalam aquaria yerr kawan kawan..

Menyusuri trowong sejauh emmmmm... brapa ya, tak ingat hehehe google la.. cantek kan, hanya perlu berdiri kat flat eskalator dan saksikanlah ikan jos, ikan pari, ikan uji rashid mata besar, ikan jaket, ikan kuning, ikan merah, ikan warna warni.. err aku tak tahu nama dia haha.. amazing race sangat pengalaman ni.. cantek cerius..

Bagaikan satu frame yang bapak besar dengan ikan yang real memang awesome.. lawa dowh, nak bergambar silakan, tapi gelap la sebab tak boleh on flash.. permandangan yang sangat lain daripada yang lain.. ni asyik tengok bangunan konkrit je kan.. sesekali meneroka di persiaran laut dalam pun ok jugak.. konon la.. haha..

Siapa yang tak kenal Nemo atau Clown Fish sila loncat bangunan KB Mall sekarang jugak haha.. nama saintifik Amphiprion ocella ikan yang sangat naaif dan comel.. nak goreng pun tak sampai hati ko tau.. ikan yang mempunyai hubungan simbiosis dengan rumpai laut anemone.. alaa, macam dalam katun Finding Nemo tu, sembunyi dalam rumpai laut yang color oren tu...nemo bersihkan anemone, anemone pulak tempat berlindung bagi nemo..

Kuar aku beli ikan siakap tiga kilo, ikan nemo satu kilo, arapaima berkilo kilo, kuda laut, obor obor, ketam, tembakul dan macam macam lagi.. nak goreng tepung, masak asam pedas dan masak tiga rasa haha.. tak de la, aku beli snowball yang comel aje..

Tu je la, penat aku merapu malam malam.. sori aku tak sempat nak balas kunjungan korang, busy yang amat.. sampai berak pun tak sempat.. yang penting aku great tiger!! haha..

Rasa bersalah pulak, entry ni auto publish.. time ni InsyaAllah aku tengah otw atau berada kat Cameron Highland.. seperi yang aku khabarkan dalam twitter, aku nak pegi melawat ladang teh Hariz dan Izzah kat sana, harap harap diorang ada, aku nak audit ladang diorang ni, GAP ke tak GAP?.. sekali terus mintak sign hahaha merapu lagi aku..

PS: GAP - Good Agricultural Practices.. 
Gambar raw, tak edit lagi la sayang, tak sempat.. turun nanti baru I buat ok.. ^^


Tag; Gambar ikan di Aquaria KLCC, gambar arapaima besar, arapaima di aquaria klcc, ikan ikan di aquaria klcc, jalan jalan di KL, melawat aquaria klcc, pemandangan dalam air aquaria klcc, bayaran masuk aquaria, gambar tarantula di aquaria klcc, melawat hidupan air di aquaria, cara nak pagi aquaria klcc, barang jualan di klcc

36 ulasan:

tirahzairi berkata...

suka tgk nemo tue

syakirahmn berkata...

aquarium dah masukkk, apa lagi abu, lepas ni trip ke dasar laut pulakk. :P

syafiqa berkata...

untung lah abu.
pegi KLCC xajak.fine.bai.

anys nadhilah berkata...

dah lama nak g situ ;( smpai skunk lom termakbul , hehe , dgr cerita pon ok la ,hehe

lieynanilaz berkata...

cantik2nya gambar spesies ikan...

[sutera kasih] berkata...

bu, tiba2 aku rasa mcm berada dlm laut, ndak pun mcm dlm zoo hehe..

ko p cameron? belikan stroberi ya..ya2??

ekin alias berkata...

ada piranha x??? :D

Rtp Farra Arisha berkata...

wow, this is interesting. i love to see the colorful fishes!

blog-tips-kurus berkata...

kenapa tak ajak (belanja sekali!). hehe!

Syazana Zainn berkata...

wiwit lama tak jenguk blog ABU :p

btw, schaze tak penah pi AQUARIA pon..sobsob =..=

nmpak mcm best je..hihi

Cikgu Ma berkata...

salam...lamanya x sampai tang ni...nyaris terlupa...sebuk,

well, teringin jugak nak masuk aquaria ni.. tak penah masuk lagi...

**kalo singgah kat my blog nnt letak link ea...senang nak singgah tang ni lagi =)

Liyana Zahim berkata...

Dah mcm bace majalah national geography dah aku.. Aku pnh msuk aquaria time 2008 dlu.. Kahkah.. Siap mention tahun.. Mmg best. Tp aku tak tau lak rule die takleh on camera flash.. Haa. Dan aku pg takde jmpe itu katak, tarantula.. Aku nmpk ikan je.. Mgki aku terlalu eksaited nk msuk terowong yg ade ikan jos, ikan jaket tu.. Tp tkut gak.. Skali pecah cermin tu tak ke mati kite2 telan dek ikan joss... Weee.. Tkut aku.. Haaa tp aku dlu msuk gune student card weh dpt murah.. Dan aku tatau la nape perlu aku wat karangan kat sini.. Kahkahkah!

FR berkata...

Cantiknya rama rama!

Subhanallah, macam2 nya makhluk yg dok ada ni ^^

hari tu g melaka adalah singgah underwaterworld, tp tak puas pun -,-
aquaria klcc ni tak pernah singgah lagi, Wuwuwuuu. teringin betul XD

Unknown berkata...

Hehe....besar juga eyh!

kalau dr luar nmpak Aquaria KLCC tu mcm kecik je hehehehe

dear anies berkata...

cantikkkk tp syg lom penah smpi

adwafarahin berkata...

untunglaaa~~ adwa dok kl pon x sampai2 lg aquaria nie -__-"

abu yg kuning2 tu cicak ke biawak? err geli geleman tgk

Hanif berkata...

sempat amik gambau minah arab yekk!!!

Mek Onie berkata...

kodok goreng ada?haha

Afzainizam berkata...

uuuuuhhhh mengagumkan tak yah nak nak menyelam kat laut kat sini pun jelas nampak ikan besar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pasang flash brake light

zaty luvlianncez berkata...

rindu pulak lama x gi ctu :)

Jum hayati di sini (^o^)


jiwa-jiwa #1

Cik TeN10 berkata...

tarantula punya pic mmg tak nampak rupa wehh kelam gelemat ! hahaha

snowball ? rupanya mcm mna ? ko tnjuk pn plastik watpe.. mna nmpak snowball ko tu.. adushhh hahaha

bila kau nak dtg jelajah sini pulak ?? =p

YouSOF berkata...

Untunglahhhh dapat masuk sana.. Sepanjang aku hidup kat sana dulu aku selalu lalu je.. Bila tengok gambar² kau ni baru aku terasa rugi tak masuk...


Gambar rerama dengan Gecko memang cunlah!

Nemo tak payah taiplah, memang comel!

Unknown berkata...

haha aku pernah gak masuk tp aku siap nangis sebab aku terlampau takut dok tengok binatang dlm tu.. haha

Sumijelly berkata...

g cameroan?? beli la JAMBU EPAL........sedapppppp woooooooo

http://sumijelly.com

Abu Bagi berkata...

ala kak sumi, tadi orang tu soh beli.. sedap ke.. nmpk hijau semacam.. ingtkan preservative sbb tu tak beli..

rozeeta rashid berkata...

eeii geli tengok tarantula tuu! tak pernah pegi pun lagi aquaria nih. almaklum la bukan orang keyel. haha.

Abu Bagi berkata...

one day mari la sini..

Ezad Skytech berkata...

mcm2 ada ye kat dalam tu..aq yg dok KL pun tak pernah pergi sana...haha~

~Sal Ismail~ berkata...

tahniah Abu..sekurang2nya ko sampai..hehe..~
aku ni ha, dok area kl/selangor da 10 tahun x penahnye aku masuk sana..tp memandangkan sekarang pun masih rezeki kat area sini..akan aku cuba cari peluang juga nnt~ ;p

Daddylicious berkata...

ini kamera bagus...kalau pakai hp jer gelap gelita gambar...:)

Tanpa Nama berkata...

makk !! nak join jugak aih, lama dah tak jejak aquaria sejak study ni :)

Tanpa Nama berkata...

yeay!! dah pernah pegi jugak!! bestkan :)

Lysa berkata...

tarantula tu sangat menyeramkan T_T

shamyheart berkata...

cantik gak kat sana ek.

see, blog ko lagi banyak bagus dari aku.. Pengunjung ramai. blog cantik. komen senang. ramah. entri best2.

Serious, jeles kat ko. Haha~

aNiss :):) berkata...

Lame x pergi tempat mcm tuu. Last g zaman sekolah. Hehe

sayakayrulez berkata...

x kesempatan nak gi aquaria..
once day gua lak terjah..

Babab.net