Sebenarnya aku nak cakap pasal semalam aku bersama dengan rakan sekerja telah mendaki Bukit Broga.. alaa.. siapa je yang tak tahu Bukit Broga ni, kalau yang duduk kat area Lembah Klang mungkin bukit ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.. lebih kurang sejam perjalanan daripada KL, terletak dekat Semenyih, kaki bukit menghadap ladang sawit dan Rabbit Farm menjadikan ia tumpuan kepada warga kota untuk main panjat panjat bukit..
Setiap hujung minggu hampir beratus kot orang yang panjat bukit ni.. agaknya la kot, sebab first time aku naik ni aku tengok ramai gila orang, gigih nak menawan puncak bukit..
Boleh dikatakan agak mencabar jugak la Bukit Broga ni, terutamanya yang tak sekuat aku kah kah kah.. tapi ok je, aku tengok orang gemok pun boleh naik apa, siap ada yang pakai seluar jeans dan pakai selipar jepun ja.. ala paling kuat pun jatuh begolek ke bawah, tak pegi mana pun..hahaha..
Bagi aku pulak Bukit Broga ni kacang aje.. sedangkan Gunung Kinabalu pun aku dah tawan ini kan pulak setakat Bukit Broga ni.. perghh!! belagak betol aku ni hahahahaha... ok mari layan gambar gambar kitaorang...
Kitaorang bermula agak lewat, dah sembilan lebih baru nak mendaki.. orang lain dah ramai yang turun.. untung sahaja cuaca masa tu ok, banyak awan nano.. so tak de la panas sangat..
Ramai ramai kat tepi bukit kadang tengok macam Planet of The Apes pun ada jugak..kah kah kah..
Perasan tak korang kat atas pokok tu ada banyak kasut bergantung.. macam dalam movie Drive Sex, sweet sangat main humban humban kasut sangkut atas pokok.. errr.. sweet la sangat kan.. ntah ntah sedia bawak kasut daripada rumah.. motiff.. hahaha...
Rasanya lagi best kalau datang awal pagi sebelum terbit matahari atau petang sebelum terbenam matahari.. naik turun bukit gelap nanti ada yang masuk gaung hehehe.. mana mana la, yang penting kat sini memang best ber DSLR..
Lepas berhenti bergambar gembar semua, pendakian di teruskan menuju ke puncak..
Meluangkan masa agak lama, rehat panjat pokok dan tulis nama atas signboard.. penat seh.. sebenarnya aku termutah masa sampai kat sini.. mana taknya berlari, sampai kat atas pening terus muntah..
Ok hampir setengah jam lebih kat sini kitaorang pun mula menuruni bukit dalam keadaan cahaya matahari yang terik..
Hujung minggu, bagi warga kota sesiapa yang ingin menghabiskan masa setengah hari bersama keluarga atau rakan rakan dengan aktiviti lasak mungkin di Bukit Broga la menjadi pilihan korang.. bagus, boleh mengeratkan silaturrahim, sebab kerjasama, teamwork diperlukan untuk sama sama menawan puncak bukit.. ceh ceh ceh.. bermotivasi pulak aku sini..
25 ulasan:
bestnya dah sampai signboard Bkt.Broga tu! kelihatan makin botak je jalan nak naik bukit tu..
bestnye mendaki bukit...sgt best^^
gigih adek tuh panjat sekali!
bestnya...nak daki juga...
serius memang cantik sangat pemandangan kat sana bro!
Subhanalllah! :)
Dah ramai blogger yang dok apdet entry pasal bukit broga ni, status kat fesbuk pon dah melambak terpampang kat wall kengkawan pasal keindahan bukit broga ni.. huh! saja bikin jeles.
lepas ni nak panjat jugak bukit tu.. ahh. tak kira, kau kena bawak aku jugak kat sana hahaaa..
aku nak naik sekali bukit ni.
tak pernah naik lagi.
ada satu musim tu,broga baru femes ah, dok perasan semua pegi naik broga sampai sesak atas bukit broga tu.
ok !! aku akan masukkan bukit broga dlm list tempat yg harus diterjah di mesia.. tp taktau bila la nak pi tu.. kah3
wehh ko muntah? ishkk xmacho la wehh.. hahaha =p
psstt.. aku masak okonomiyaki malam ni.. jemput la mai umah aku.. hihi
he he he.. sa tingu orang post2 pasal broga, nampak macam syok.. he he he.. nanti la sa pigi.. :D..
wow! mcm best je tmpat ni..nak kena try daki one day :D
dulu rajin gak pegi. (padahal br sekali) sebab dekat dgn hostel.
ala bu,apasal pegi timming salah,
kalau pegi masa subuh lg best tau!
kuar 2,3 am..perghh..sumpah lawa gila
abu,kalau pegi lagi,ajak aku!hahaha
Alif sangat comel laaaaaa, hihi.
tengok dia teringat cousin kami :D:D
ok ok ok .. semua semua.. nanti kita pegi ramai ramai lagi ya..hehehe
syafiqa.. tu la, tapi kena gerak awal.. tapi ok la gak sbb time sampai atas tak sesak..
fath.. hahaha alif mmg comel dan klakar..
wohohoho...bestnya...aku ritu pergi bukit chiling...syok gak..broga xtinggi sgt...hehehe
whoah. wow. this is so called challenging and interesting activity! di indonesia banyak tempat/bukit yang boleh didaki, and it's more fun if you guys have a trip on there !
dill tak pnah sampai sane lagi. syoknye abu dah sampai.
bila la dapat pegi kan..
dill.
siokknya broga hill..
dill and fatin..mmg pun siok hahahaha
fara.. soon nak jalan jalan gi indonesia gak la..
kalau aku kan abu, konfem pancit dipertengahan jalan,haha
okay, aku x naik smpai puncak pun.. haha tah knape mls nk panjat lg... haha ...tp alhmdulillah dpt menikmati angin bukit yg sejuk ..
x aci tul..
kak sumi duk area kajang pun tak pernah sampai Bukit Broga tuuu...huhuhuh
Sumijelly.com
Wah kak sumi singgah Blog aku la.. Hahaha.. Ajaib sungguh :P
x aci nak naik jugak..
cantik gmbr2 tu
haha jom la naik..:)
tempat ni pon mmg best gilerrr... nak tercabut lutut nak sampai atas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pasang flash brake light
Catat Ulasan