Sabtu, 7 Januari 2012

Lawatan Ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong

Aku harap entry ni tak berat macam apa.. sebab ada sebelas gambar semuanya.. lagipun hari tu aku pernah masuk dalam blog Hamzah Ian, dia letak 20 gambar dalam satu entry.. ok je aku buka.. kah kah lah cara nak sedapkan hati, membuat perbandingan ya kawan kawan.. bukan mengkamerkan atau membundarkan.. ok!! siap dah intro merapu aku hehehe..

Sebenarnya ini cuma gambar kenang kenangan aktiviti kelab KRK MAFC Group.. KRK ni tak silap aku maksud dia kelab rekriasi dan kebajikan ke hape, aku pun tak hengat sebab diorang sebut sebut KRK je kat opis.. aku bukan la komiti kelab ni tapi sebagai rakan sekerja, bagi jugak la sokongan dengan aktiviti syarikat.. gitoh!! hahaha

Semalam kelab KRK buat lawatan amal ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, dekat je kat sini, lebihkurang 20 minit perjalanan daripada tempat kerja, kalau tak jem la.. dan 5 minit je daripada rumah sewa aku ni.. seramai 13 orang staff semuanya mewakili MAFC Group meluangkan masa selama hampir 3 jam bersama dengan anak anak yatim di rumah amal tersebut..

Tuuudiaaa.. pasukan ibu ibu mengangkat barang makanan.. eh tak!! ada yang tak kahwin lagi..

Sesi pengenalan aktiviti dan wakil syarikat di bilik tetamu bersama dengan Ustaz Zawawi (ayah), puan dan cik yang bertugas mengendalikan RALK.. di sini juga kitaorang diperkenalkan dengan seorang kanak kanak yang paling kecik kat ramah amal ni..

Memang jelas terpancar sifat keibuan mereka.. 

Yang ini tak jelas lagi pancarannya.. hahaha

En Khalid sebagai wakil menghulurkan sedikit sumbangan kepada Ustaz Zawawi Ramli.. beliau adalah co-founder RALK bersama sama dengan isteri beliau Ustazah Raba'ah Abdul Aziz..

Wajah anak anak yatim yang menghuni RALK.. antara tujuan utama rumah amal ini memastikan mereka membesar dengan didikan agama.. 


Ada persembahan.. banyak kativiti diorang sebenarnya.. ada juga kebun bunga dan kebun sayur..

Ehemmm... masa anak anak yatim tu nyanyi ramai ramai lagu nasyid something pasal ibu dan ayah .. oh serius memang sedih dowh.. tengok la wanita yang berhati kapas, mana tak menitis air mata.. lain lagi yang nyorok kat tepi tiang hehehe..

Memang tak sah kalau tak bergambar kat mana mana signboard..

Sebelum berangkat pulang.. ambek gambar dulu kat luar ya.. alolololo.. comel je adik kecik tu.. 

Bergambar ramai ramai..  ada penghuni RALK baru duduk depan kat hujung sana, pakai baju biru stokin putih keh keh..

"Anak-anak yatim hatinya terhiris dan sering menitiskan airmata bila melihat kanak-kanak sebaya dengannya dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Mereka juga ingin merasa pelukan ciuman kasih sayang dari seorang ibu atau ayah...rumahamallimpahankasih.com

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih bolehla berbuat demikian melalui cek atau tunai:
  • Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
  • Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan) 
  • Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

"Susah Orang Susah Kita, Senang Kita Dikongsi Bersama" www.rumahamallimpahankasih.com


33 ulasan:

BENA berkata...

wahhh bagus2 aktiiti ko macam nih Abu :)


#dah nampak dah sikit2 ko punya kebapakan tuh . hahaha :)

Abu Bagi berkata...

oh ye ke? nak kahwin la esok hahaha..

YouSOF berkata...

Aku Suka entri kau yang ni!

Siapa tak simpati tengok budak kecik macam t dah tak ada mak bapak kan..

Tengok Kongga teringat pulak kenangan aku bernasyid dulu..

Semoga usaha kau buat entri dapat bantu mereka isnyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

hebatlah kau . tak ramai yg cocern bout bnda2 nieyh cm kau

eddy syrol berkata...

great activity

APAN berkata...

YB aku...rajin turun padang.bagus2...harap murah la lagi rezeki ko dan membe2 sebab buat amal mcm tu :)

Cikgu Ma berkata...

ada can dapat bini pas ni...bergaya pegang baby..hehe


Jom jelajah sini:-
asben ku mesti bergaji 00000.00

Rtp Farra Arisha berkata...

aktivitas yang sangat menguji minda dan fikiran manusia :') alhamdulillah, mereka terlihat gembira dengan kehadiran kalian...

dill berkata...

Encik Abu,

boleh saye berkenalan dengan lebih rapat?

*kenyit2 mata

dill.

Tanpa Nama berkata...

wah mcm best je

ekin alias berkata...

boleh buek suami ni HAHAHA

kajaharuna berkata...

best nye buat kerja amal...

blog-tips-kurus berkata...

mengulas komen pengulas lain:
-cik dill nak b'kenalan
-cik ekin nak buat suami
-alat tu namanya kongga??

*saye copet pic Abu posing dgn semak lalang tu bole? nanti i link, hrp2 > ramai sudi derma RALK ni. :-)

Afzainizam berkata...

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
(Bukhari)

aktiviti sebegini bagus sebenarnya selain dari membantu... sekurang2nya ada rasa dalam hati, bersyukur kita masih ada ibu bapa... mereka semua dahagakan kasih sayang ibu bapa mereka sebenarnya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
excess caj rm400 kereta kemalangan

hani berkata...

awww...
rindunya nak beraktiviti cani jugak.
last aku pg ikut g rumah anak yatim ms tahun 2007 kot, lama dah tu..
bagus lah kamu ni abu..
:)

THE AUTHOR berkata...

bagus company kau yekk,,ada aktiviti sosial yang bagus!!!

Unknown berkata...

wah bgusnya pegi umah ank yatim..
gud2!!!

Anak Wak Mail berkata...

sayu je hati tengok diorang kan..;)

bagus la ko pergi sana,,terhibur hati diorang,,;)

Rina Rahamat berkata...

akak yg menitis air mata baca entri ko..pdhal ayat ngko asik melawak je


agaknya hati akak bukan hati kapas tp hati tisu..

adwafarahin berkata...

x pernah lg buat kerja2 amal cmnie..tp teringin!!

adan berkata...

aku tgk ko pun dah ada pancaran cahaya bro.. sifat kebapakan ada sudah tu... cepat la kau kahwin.. jangan kasi lama bah.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

wohh abu pon teserlah pancaran kasih syg seorang bapa kpd anak kot..ahaha !

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...
erm kolo aku, kompom jugak la nanges.. ppuan kan..sekental mane pon ttp bjiwa lembut..

rozeeta rashid berkata...

fuh lama jugak la berukband ni bertungkus lumus nak load gambar2.

seronoknya kalau dapat terlibat dengan kerja2 amal ni. bagus abu nih. =)

Ce'gu JAERA berkata...

wah, aktiviti yang menarik la.. hebat... bila kita dah terlibat dgn aktiviti amal mcm ni, segalanya akan dpermudahkan kan.,.

semutsengal berkata...

banyak betul aktiviti, tak smpai 20 pun gmbar ?

Unknown berkata...

aktiviti cmni mmg best tp konpem hati ni tak tahan..takut tersedih

tirahzairi berkata...

best~
cedey~
puas~

amny berkata...

macam best je .. (^^)

Abu Bagi berkata...

sngt best..

ciK LyndaWawa berkata...

terpancar sifat kebappan beliau...

Cik TeN10 berkata...

Penghuni baru tu awat nmpak tua semacam jer ?? Keh3.. ;p

FR berkata...

comel comel muka suci betul budak2 ni eh. muka bersih :)

Babab.net