Sabtu, 25 Jun 2011

Tips, Cara, Petua Ingin Menjadi Gemuk

Sapa nak jadi gemok? hahaha...Sebelum korang teruskan memebaca ada baiknya korang tengok enrty aku yang ini dahulu..hensem kan hahaha.. ade ke orang nak jadi 'gemuk'? selalu orang nak jadi kurus jak kan.. jawapanya ialah ada.. aku pernah berada di situasi itu.. maksud gemuk disini ialah berisi tak keding macam yang pernah aku alami.. gemuk sikit sikit jak la..hahahaha..

Tapi aku rasa cara aku ni bukanlah mengikut fakta sains semata mata.. macam auta pun ada jugak, kalau nak terangkan secara saintifik mungkin cara aku ni tak seberapa nak betul.. tapi kalau orang tanya macam mana aku boleh jadi berisi aka 'gemuk'.. inilah jawapan aku..hek keh keh.. sebelum tu mari tengok gambar aku masa 2006 dahulu..

ini adalah gambar aku dan kawan aku bersama sekelompok gadis gadis hehe

Tengok la gambar kat atas tu kurus kan.. tapi kalau korang tengok yang kat sini lagi scary.. dulu aku nak sangat jadi gemuk berisi.. at least, tak de la keding sangat.. ni nampak macam tengkorak hidup jak bejalan kesana kemari hahaha.. aku start mengalami kegemukan masak aku satdy kat Shah Alam, final year..

Tahu apa yang aku buat? macam ni.. korang pernah tak dengar orang cakap kalau kita dermah darah berat badan kita boleh naik, sama ada betul atau tidak aku tak tahu sangat.. tapi itula target aku, nak sangat buat dermah darah supaya berat badan aku boleh naik.. sebab masa aku keding aku tak boleh nak dermah, berat badan aku tak lepas.. tahu tak berat aku masa tu berapa.. cuma 42 kg you.. berat model tu..hahahaha.. 

Syarat dermah darah kena 45kg ke atas.. tapi hasil usaha gigih masa hujung tahun 2007 berat badan aku naik ke 44kg, awal pagi tu memang aku makan banyak pun hahaha.. aku ingat lagi pegawai kesihatan tu (kat PKNS) cakap tak boleh, sebab berat tak lepas.. tapi aku nak jugak plez plez plez.. aku okay.. ha sampai macam tu sekali hahaha.. darah memang lambat kuar, tak silap aku satu bag pun tak penuh macam bag darah orang lain yang aku tengok..

Dan selapas tu aku, aku mula mengamalkan pengambilan supplement, aku makan Multivitamin Appeton dan vitamin C.. kadang kadang tu aku mintak malti kat klink UiTM.. docter kat situ bagi jak.. kawan aku selalu cakap kat aku..'ko ni kurang vitamin, sebab tu ko kurus tahu..!!'  ok fine, dan dengan tu aku pun makanla vitamin banyak banyak..hahaha..


Selain tu aku aku mengamalkan pengambilan minuman berkultur.. aku tak tahu logik ke tak tapi aku rasa minuman tu sangat bagus.. kan minuman ni mempunyai banyak bakteria baik.. sila maca kat sini untuk info lanjut.. bagi aku bakteria ni kena dimasukkan dalam perut aku biar dia makan bakteria jahat dan memperbaiki sistem penyerapan dalam usus aku.. betul ke apa yang aku cakap ni? ahahaha.. dulu aku rasa usus aku ni tersumbat, aku makan banyak pun berat badan tak naik.. aku beranggapan ini disebabkan kebanyakan vitamin ke apa apa keperluan dalam badan aku tidak di serap sepenuhnya oleh usus.. so aku minum la Vitagen/ Yakult ni...

Selapas dermah darah, mengamalkan pengmbilan malti dan minum vitagen selera makan aku bertambah.. aku jadi kuat makan dan kuat tidur sekali hahaha... lebih kuat daripada sebelumnya, nafsu semakin menjadi jadi.. then aku follow jak nafsu aku tu, aku tak kesah dah, dan yang paling penting aku tak biarkan perut aku kosong atau berasa lapar.. dan hasilnya.. taraaaaa.....

ini gambar aku dan kawan kawan kat Putrajaya

Gambar ni masa tahun 2008 final semester.. see nampak lain kan dengan gambar aku yang first.. itu la aku.. paling kurang pun tak la kurus sangat macam dulu.. nak terbang jak kalau ditiup angin..hahaha.. sebab tu aku cakap aku dah bosan dengan soalan kawan kawan lama yang selalu bertanyakan pasal kegemukan aku ni.. sekarang ni aku mempunyai potensi untuk menjadi lebih gemuk daripada ni kalau tak kotrol nafsu aku..

So, korang yang nak naikkan berat badan jangan takut nak dermah darah, selain membatu orang lain, korang jugak akan mendapat faedah daripadanya.. kebaikan mendermah darah kepada kesihatan kita ada banyak okay.. selain tu amalkan pemakan yang sihat, makan supplement dan bersihkan perut korang dengan minuman kesihatan.. ceh ceh!! hahaha..

opocohott!! hahaha.. ini masa kat ulu kenas perak last 3 months, gambar aku yang terbaru ada kat sini..


Babab.net