Korang sambut merdeka kat mana malam ni.. kat bilik jerrr.. ewwww online je kerr.. tak remaja langsung.. orang pegi la berjimba jimba, bergesel gesel kat tempat sesak sana baru la hebat.. baru la betul betul merdeka!!
Bulan ni memang bulan paling malas nak berblog setakat ni.. lapan entry je ok, kau mampu?!.. bulan bulan hadapan tak tahu lagi, ntah ntah tak de entry terus hahaha..
Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ten10 sebab bagi kad raya berserta coklat KitKat daripada jepun.. duit raya jepun pun ada sekali dia bagi.. terharu betul dapat present yang datang daripada Land of The Rising Sun..
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 ni.. mari lah kita sama sama terus berdoa yerr.. agar Malaysia kita ini terus maju aman makmur serta senantiasa menjadi tempat yang selamat bagi kita dan anak cucu cicit generasi akan datang.. We Love Malaysia, I Love Malaysia.. Merdeka Merdeka Merdeka...ewah!!