Sabtu, 30 Jun 2012

Kerja Part Time Jual Mangga

Dua hari ni aku akan berada di Carrefour Mid Valley jadi promoter pulak, rajin kan aku.. cakap la rajin cakap la aku rajin.. beberapa minggu lepas asyik bejalan je kerja kan, so weekend ni mahu mencari uwang lebih kok.. dompetnya udah tipis hahaha..

Ekceli bukanla promoter sangat pun, dalam email email kat opis diorang sebut sampling mango, since kat C4 dia bagi tag 'promoter' so jadi promoter mangga la gamaknya hahaha.. ada beberpa orang telah mengofferkan diri, ada kat Carrefour Tropicana, Carrefour Subang, Carrefour Putrajaya, Carrefour Shah Alam dan banyak lagi la.. tugas kitaorang ialah bagi orang tray sample mango dan introduce kat prospect tentang mango ni.. sekali advice diorang tuk beli.. see promoter la kan...    

Company tempat aku kerja ni tengah melancarkan satu jenis mango yang didatangkan daripada Myanmar, Burmese Mango.. Sien Ta Lone diberi nama.. mango ni adalah mango yang terbaik ada di Malaysia, mengalahkan Indan Mango.. bacaan brix (tahap kemanisan) jauh lebih tinggi berbanding mangga mangga yang lain, wangi pun wangi, kaya dengan vitamin C dan yang paling penting ialah bebas daripada penggunaan racun makhluk perosak.. sila lah beli Puan.. ek!! tetiba jual mangga dalam blog.. motiff!!..   


Ini dalah pengalaman aku yang pertama buat kerja part-time cang gini.. ok la kan, selain dibayar gaji dapat la jugak tolong tolong company kan.. ada la jugak pengalaman sikit cam ne keadaan produce kitaorang kat retail..

Sejak dulu dulu habis SPM atau zaman kat university tak pernah pulak aku kerja part time macam ni.. so, now tahu la aku macam ni rupanya kat belakang tabir, cam mana nak approach orang tuk beli barang yang kita jual, karenah orang bagai..

Terus terang, satu hari je aku kat C4 Mid Valley tadi macam macam customers aku jumpa.. ada yang tray mango macam nak makan sampai kenyang, ada yang tray sekali pastu pusing one round datang tray lagi.. ada yang kerja dia pegi tray semua tester, ada yang bawak tooth stick sendiri dalam poket, ada yang bawak satu family tray sample hahahaha.. macam macam.. belum lagi karenah staff C4MV dengan pekel masing masing..

Habis kerja tadi aku dengan member aku, Amin dan Azrul terus lepak kejap kat Burger King.. dan kejadian paling terok tadi ialah kunci motor aku hilang damn.. kitaorang kat parking lot baru aku perasan kunci aku dah takde, mau tak menggelabah segugus kunci hilang.. semua jenis kunci ada kat situ, termasuk kunci hati.. cek cek naik balik kat atas pegi locker kat C4 semua tak jumpa..

Nasib baik member aku tanya kat pondok jaga kat parking lot.. rupanya kunci aku tertinggal kat motor pagi tadi.. ada sorang awek bagi kat diorang, oh syukur la, kalau tak aku tak tahu nak buat apa.. kepada awek tersebut "terima kasih awak sebab selamatkan saya, sungguh murni hati awak, kita jumpa kat C4 esok ya.. saya belanja awak mangga"..

Babab.net