Aku nasihatkan, baik korang derma darah, besar jasa yang korang buat, mungkin darah yang korang dermakan itu akan menyalamatkan nyawa orang lain.. tahu tak, pusat darah negara mengalu alukan korang berbuat demikian.. pernah sekali hospital daripada Kota Kinabalu call aku kat sini supaya mendermahkan darah aku ni.. see, betapa diroang memerlukan darah..
Aku ni jenis darah O.. orang yang pemurah la agaknya, boleh bagi darah kat semua jenis darah lain, tapi bersifat memilih, ia cuma boleh menerima jenis darah daripada O sahaja.. kasihan kan..hahaha..
Perlu korang tahu:
Keriteria utama orang yang boleh menderma darah ialah
- berat badan melebihi 45kg
- berumur 18-60 tahun
- anda sihat pada hari itu
- tidak berada dalam pengaruh alkohol atau ubat ubatan
- tidur melebihi 5 jam
- tidak mengandung
- kali terakhir menderma 3 bulan yang lepas
1 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan
2-5 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dan percuma bagi pelalian Hepatitis B
6-10 kali - percuma rawatan pesakit luar untuk 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk 6 bulan
11-15 kali - percuma rawatan pesakit luar untuk 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 1 bulan
16-20 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 2 tahun
21-30 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 3 tahun
31-40 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 4 tahun
41-50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 6 tahun
Lebih 50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu..
Sumber: buku merah derma darah tu, daripada rujukan surat pekeliling KPK 5/2005 bertarikah 20 Julai 2005, aku salin jak daripada buku tu keh keh keh
Tengok gigih tak aku.. aku nak suruh korang derma darah ni.. derma darah cepat!!..
Oh ya.. masa dokter tu tenga cek kesihatan aku.. ada orang bertanya "betul ke kalau derma darah badan kita boleh jadi gemuk?"... dokter tu jawab "mitos!!"..
Berikut adalah gambar aku yang tampan ketika menderma darah bersama dua orang makhluk tuhan yang gedik datang menyebok..hahahahaha.
.
ps: entry auto publish, tak sempat nak bw, esok aku balas kunjugan korang ok.. tidur awal hari ni sebab badan agak lesu lesu..^^