Setelah bertahun tahun blog ini terbengkalai beberapa bulan lepas aku try recover balik. Baiki apa yang patut selepas aku terminated domain yang lama. Then aku try post beberapa entry baru.
Nampaknya macam sayang aku nak delete blog ni. Then aku decide untuk teruskan blog ini dengan apa adanya.
Selepas tu aku try check google adsense and gatal tangan apply. Tapi malangnya permohonan aku ditolak. Aku try lagi dan baiki apa yang patut, buang entry-entry yang tak disukai google. Selepastu aku apply semula adsense. Tapi malangnya permohonan aku masih lagi ditolak oleh google.
Kiranya aku dah putus asa dan malas nak fikir dah. So aku ignore je la blog ni dan tak update apa-apa. Disebabkan sakit hati aku malas nak ambik tahu dah.
Ntah kenapa dua hari lepas aku gatal tangan buka blog aku dan konon konon try apply adsense lagi. Lepstu biar je la sebab nak tunggu googl approve pun makan hari jugak.
Dan tadi aku check, alhamdulillah google AdSense untuk blog aku telah diluluskan. Aku betul betul tak sangka. Syukur sangat.
Lepas ni aku kena rajin sikit la kot update blog hahaha. Update info tempat tempat yang best. Yang aku rasa boleh memberi menfaat kepada pembaca.
So pengajaran yang aku boleh dapat kat sini ialah never give up ewahh haha. Btw tq singgah baca blog aku. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan