Selasa, 21 Julai 2020

Menginap Di Sabah Hotel - Sabah Hotel Sandakan

Hi gaiss.. assalamualaikum..ini adalah entry throwback yerr..sebelum PKP baru baru ni aku ada pegi jalan-jalan di Sandakan dengan famly aku..ada la try duduk kat hotel Sabah atau nama dia Sabah Hotel, Sandakan.

Buat mereka yang datang dari semenanjung dan tak tahu atau ingin tahu sedikit tentang hotel ni, boleh la terus membaca.

Hihakkk...sejukkkk

Sabah Hotel ni terletak betul-betul berhambiran jalan utama masuk ke Bandar Sandakan iaitu kat Jalan Utara. Dari tepi jalan boleh nampak di sebelah kiri korang kalau nak masuk badar sebelum masuk ke simpang Agnes Keith House.

Hotel ni biasanya menjadi pilihan bagi pelancong atau orang yang inginkan keselesaan lebih sikit..sebab bayaran sewa satu malam pun agak lebih jugak haha..boleh check kat Agoda.com.

Hotel ini menyediakan ruang bilik yang sangat luas.. environment hotel yang sedikit kehutan hutanan. Terdapat jugak gym, swimming pool, massage dan lain-lain. Kemudahan lain seperti bar dan cafe untuk melantak..lengkap, semua ada.

Duduk kat hotel ni rasa macam tenang je..terasa macam duduk jauh daripada bandar, padahal lokasi dia sangat dekat dengan pusat bandar Sandakan. 

Tapi harap maklum, kalau korang nak pegi beli-beli barang atau cari tempat makan korang kenala drive atau menggunakan grab car..sebab macam yang aku cakap hotel ni stay alone dan tak de kedai yang berhampiran dengan hotel ni.

View dari tingkap bilik..lawa kan.

Tempat parking luas dan tak perlu bersesak-sesak..hotel ni stay alone dan dikelilingi pokok-pokok hutan skunder. Sebenarnya hotel ni dah agak lama tetapi telah melalui beberapa kali proses pengubah-suaian..atau cakap omputeh dia refurbished. Tapi keadaan semua still nampak mewah dan selesa.

So aku dan anak aku dah nampak kolam renang..ofkos la nak terjun, sejenis yang nampak kolam renang terus nak buka baju haha.

Seronoknya mandi kolam..air dia sejuk gila

Tiada ulasan:

Babab.net