Thank you Allah.
Khamis, 18 Julai 2013
Selamat Hari Jadi Kepada Diri Sendiri
Thank you Allah.
Rabu, 17 Julai 2013
Orang Berkeyakinan Tinggi Mudah Berjaya
Selasa, 16 Julai 2013
Berbuka Puasa Di Asam House Setia Walk Puchong
Lama tak ngeteh makan bersama sama dengan diorang..emm lama la kot..sejak bulan Ramadhan al kareem ni la..first time dalam bulan puasa kali ni kitaorang berbuka puasa bersama sema..hangout together gather..macam biasa la menggila kejap..haha
Sabtu, 13 Julai 2013
Ole ole Sabah: Kue Cincin Sabah
Cara Check Baki Data Internet Celcom (How To Check Balance Internet Data Usage)
Jumaat, 12 Julai 2013
Berbuka Puasa Di Masjid: Kelebihan Makan Dalam Talam
Jumaat, 5 Julai 2013
Jangan Takut Menderma Darah
Ramai orang yang takut nak menderma darah..salah satu
faktornya ialah takut sebab jarum..sakit la kata kau kan haha..kena cucuk jarum
yang besar.. lepastu takut tengok darah keluar dalam tube masuk kedalam beg..
Ada ramai jugak yang nak menderma darah tapi tak lepas..tak
cukup berat la..talasimia la, tekanan darah tak cukup la..tapi besar hajat nak
menderma..tak pe la..sekurang kurannya dah cuba try..tak lepas apa boleh buat
kan..
Baru baru ni Kelab Rekriasi company tempat kerja aku
mengadakan perogram menderma darah..ok la kali ni aku dapat menderma..program
last time aku tak sempat..aku tak pasti aku pegi mana masa tu, tak ingat..tapi
beberapa hari sebelum raya haji aku menderma darah kat Alor Setar Kedah, kat
Tesco..haha.. kebetulan aku pegi jalan jalan dengan family kazen aku dengan
anak anak dia..nampak orang tengah menderma darah..so aku apa lagi menderma
lah..
Bagus menderma darah ni..sekurang kurangnya kita dapat membantu orang yang betul betul memerlukan darah..kat hospital tu mesti ada ramai pesakit yang memerlukan darah kan..kali ni diorang yang memerlukan, mungkin esok esok kita atau family kita pulak yang kena..masa tu baru nak teringat betapa berharganya nilai setitis darah yang kita dermakan..
Aku ingat lagi..ada satu ketika tu aku yang duduk kat
Selangor ni hospital kat Kota Kinabalu call aku mintak tolong dermakan darah
aku..see kat mana mana hospital mereka sangat memerlukan darah kita..
Sejak dari itu aku try untuk konsistant demah dara pada setiap tiga bulan, aku tau ini memerlukan komitman yang tinggi tapi aku rasa ini adalah tanggung jawab kita sebagai manusia. Hari ni kita tolong orang lain, mungkin masa akan dating orang lain pulak akan tolong kita, kita tak tahu ada anyak cara je tuhan boleh balas balik kebaikan yang kita telah buat..betul tak?
Kepada kawan kawan diluar sana, cuba la untuk beanika diri untuk mendrma darah, jagan takut, jarum tu Nampak je besar..tapi sebenarnya tak sakit pun..sebab dia dah bius..dia cucuk je kau tak rasa apapun, macam kena gigit semut je pun haha
Baru baru ni ada sorang sahabat, salah sorang ahli daripada
persatuan NGO kitaorang telah ditahan di hospital..sebab penyakot
Himophilia..ce google penyakit apakah itu.. tapi alhamdulillah, dia dah
discharge..pm dalam group fb, dia mengucapkan terima kasih kepada orang yang
mendoakan dia..dan ini pesanan beliau.."Saya menyarankan kepada semua
pimpinan untuk menderma darah di Pusat Darah Negara bagi sama-sama membantu
Pesakit Hemophilia di Malaysia kerana setiap darah yg didermakan akan diproses
untuk menjadi Factor VIII (8) untuk digunakan oleh pesakit Hemophilia.."
So, korang korang di luar sana..marilah kita menderma darah..beranikan diri, jangan nak jadi penakut sangat dengan jarum tu hehe..jangan percaya dengan khabar angin mengatakan menderma darah tak elok la, jangkitan penyakit la, pingsan la, tak selamat lah..tu semua tipu..ingatlah, setitis darah yang kita dermakan mungkin akan menyelamatkan nyawa orang lain..
Ahad, 30 Jun 2013
Berniaga Di Stadium Bukit Jalil
Isnin, 29 April 2013
Setiap Orang Adalah Pemimpin
Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggunjawab dengan apa yang dipimpinnya (Riwayat al-Bukhari).
Sabtu, 27 April 2013
Shopping Di Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga Kuala Lumpur
Entry kali ni bagi tahu korang bagai mana nak ke Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga Kuala Lumpur.. senang je..korang tekan google maps cari direction pasti jumpa punya.. tapi jagan tak tahu area tu memang pack gila dengan kenderaan, susah nak cari parking.. kat lot lot kedai luar KWC area bawah pun parking berlapis lapis..unless korang masuk ke bangunan Kenanga Wholesale City, kat area dalam tu banyak parking.. tapi tengok hari jugak la, kalau weekend..mungkin korang boleh agak..
Kalau tak borong banyak sangat atau datang ramai ramai satu family tak de baby, mungkin public transport boleh menjadi pilihan korang..
Dengan menaiki Monerial atau LRT korang turun kat station Hang Tuah.. daripada situ korang kuar kat laluan sebelah kiri.. jangan ikut arah sebelah kanan pulak tu nak ke Time Squire..
Turun tangga cari signboard tulis Kenanga Wholesale City, ikut je.. memang kena berjalan kaki sikit la.. tak pe la tuk kesihatan haha.. pastu korang dah boleh jumpa banyak kedai kedai yang jual secara borong.. kat sini korang dah boleh start borong barang dah.. macam macam ada..
Kebanyakan kedai kedai kat sini tak layan sangat orang yang tak beli borong.. ada certain kedai tu dah siap siap tampal kat pintu "Wholesale Only"..
Terus je jalan kaki kat tepi tepi kedai sampai hujung korang akan jumpa satu bangunan besar warna kelabu.. ha yang tu la dia Kenanga Wholesale City.. kat dalam bangunan tu lagi banyak kedai jual barang secara borong..
Kat dalam Kenanga Wholesale City ni banyak dah kedai yang boleh beli secara retail.. harga yang di tawarkan pun kira not bad, banyak yang murah murah banding korang beli kat uptown..Tapi kalau korang beli secara borong lagi murah.. boleh dapat separuh harga..
Antara suasana di dalam KWC ni..kalau weekend jangan cakap la..memang ramai gila..aku perasan ramai orang sabah yang datang sini..dengar logat diorang bercakap..memang datang borong laaa...
Pesen pesen sangat up to date.. daripada pesen korea korea ke timur tengah sampai ke pesen amarika.. style.. kalau nak cakap pakaian perempuan memang banyak gila, boleh naik juling mata perempuan kaki shopping kalau datang kat sini..
Kalau lapar sangat penat berjalan pusing satu bangunan boleh lah rehat rehat.. ada banyak kedai makan, aku selalunya makan kat Old Town je.. kalau nak solat pegi tingkat 16..tinggi kat atas sana tinggi gila, gayat tengok bawah.. boleh nampak pemandangan area Kuala Lumpur, nak tahu details pasal lot lot kedai dan kemudahan dalam KWC, pegi je website Kenanga Wholesale City..
PS: Ini entry beberapa bulan yang lepas, lama diperam dalam Draft..baru nak post kali ni dekat dekat nak pilihanraya hahaha..padahal tak de kaitan degan politik pun.. ada beberapa lagi entry dalam draft, ikut tahap kerajinan..kalau ada rajin lebih sikit baru la kena publish hahaha..
Tag: kedai di Jalan Kenanga Kuala Lumpur, Beli Borong Pakaian di Jalan Kenanga, jalan ke Kenanga Wholesale City, Borong baju di jalan kenanga, shopping di Kenanga Wholesale City, lokasi Kenanga Wholesale City, dimana Kenanga Wholesale City, jalan jalan di jalan kenanga, baju murah di jalan kenanga, baju beli borong di Kenanga Wholesale City, baju wanita, tudung, blouse
Isnin, 1 April 2013
Suku Tahun Pertama: Selamat Maju Jaya..eh!!
Cepat je masa berlalu kan..tup tup masuk bulan April dah.. tak sedar betul, macam baru je beberapa minggu lepas kita menyambut tahun baru.. kejap lagi bulan puasa pulak..ce korang kira.. rasanya dah tak sampai seratus hari dah kot bulan Ramadhan akan menemui kita.. InshaAllah jika dipanjangkan umur kita akan berpuasa lagi oyehh!.. eh macam dah nak raya pulaks hahaha..
Apa perubahan aku suku tahun pertama ni? Ada satu benda penting dalam kerjaya aku yang berubah..aku kini berada di bahagian operation.. sebelum ni aku duduk di bahagian management.. hari tu bidang kerja aku ada kaitan dengan study aku masa kat uni..agriculture, sekarang ni lari jauh tersasar dah bidang warehousing...
Kalau korang perasan sebelum ni aku banyak berjalan kan..sekarang ni da tak de dah.. hari tu aku banyak pegi farm, buat audit good agricultural practises (GAP)..aku berjalan daripada selatan sampai ke Cameron Highlands dan banyak tempat lagi, kebanyakannya adalah sebab urusan kerja..cuma sambil sambil je aku singgah kat beberapa tempat setelah urusan kerja selesai..
Dan sekarang aku di bahagian operation ni kerja kat satu tempat je la, tak jalan jalan pegi mana.. kerja masa tak menentu, kadang aku masuk kerja malam, kadang aku masuk siang..tambah tambah lagi aku yang baru nak study segala jadah pasal operation ni.. biological cycle body aku pun rasa macam lain lain dah..kejap lagi sakit urat badan ahahaha.
Harapan kita semua, semoga April dan bulan bulan mendatang ni akan membawa sinar baru kepada kita semua..ewah!! Sinar kecerahan.. (closing out gila haha..)
Gambar kat bawah ni adalah sebahagian daripada staff operation bahagian receiving...always busy with their own things...
Khamis, 21 Februari 2013
Pantai Long Pagong, Tungku Lahad Datu: Aktiviti Keluarga
Ekceli pasal pencerobohan tu awal awal lagi kitaorang dah tau, time tu orang ramai tak tahu lagi, sebab jiran sebelah rumah aku kat Taman Warisan Lahad Datu tu adalah seorang polis bantuan.. aku tanya la apa sebab lately banyak sangat roadblock.. daripada Bandar Lahad Datu ke rumah aku jaraknya cuma lebih kurang 4km, tapi roadblock kemain, tiap hari ada, memanjang..
So, dia bagi tahu la apa sebenarnya yang berlaku.. ada kerahan tenaga dia cakap, semua polis kena bertugas sebab didapati ada beberapa orang Mundu daripada Filipina telah masuk ke Lahad Datu.. mundu tu maksud dia lanun dalam bahasa tempatan kat sana.. macam tu la, sampailah seantero alam tahu pasal pencerobohan tu setelah kenyataan rasmi polis dah keluar.. tu pun setelah beberapa minggu pencerobohan..
Ok berbalik kepada cerita pantai tadi.. aku just nak berkonsi kepada orang orang yang suka mandi kat pantai.. cuma menyediakan sedikit info bergambar kepada pembaca yang mungkin baru ingin mengenalai satu lagi pantai yang baru ditemuai di Tungku Lahad Datu.. pantai ini di beri nama sebagai Pantai Long Pagong..
Bersebelahan dengan Pantai Kahapan, ia merupakan satu lagi daya tarikan kepada masyarakat di sekitar Lahad Datu untuk menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu.. atau juga sebagai tempat untuk mengadakan kativiti hari keluarga company, agensi atau syarikat tepat kerja anda..
Anak bua aku tengah bermain pasir kat pantai.. keh keh keh..kelakar betul budak budak ni..
Keadaan pantai yang surut.. luas betul pantai ni, nak pegi tempat dalam memang jauh.. air bersih dan jernih, keadaan pantai pun bersih, masih virgin lagi hehehe.. tak de pembangunan disekitarnya.. sori gambar banyak kena edit, sebab tu jadi macam tu.. nampak scary plak hahaha..
Ada beberapa buah sampan tengah parking kat sana.. masa ni tak ramai orang lagi, kitaorang sampai awal..
Luas kan, aku sempat pegi tengok ada orang tengah mengutip kerang.. dia korek korek pasir, mula mula ingat diorang buat apa.. aku tanya, pastu dia tunjuk dalam pelastik sambil bagi tahu yang dia tengah mencari kerang.. orang datang nak mandi pantai jugak, saja la tu nak cari kerang..
Sebenarnay aku tak mandi pun.. malas nak basah basahkan badan.. aku cuma berjalan jalan kat pantai sampil tangkap tangkap gambar dan tengok hidupan laut, kulit kerang, memerhatikan kedamaian pantai sambil menghayati ciptaan tuhan.. ewah!! hahaha
Ini adalah ketam yang aku jumpa tergolek golek kat gigi air.. dah mati rasanya, sebab aku tengok tak bergerak gerak pun..so kosider dah mati la kan haha..
Anak sepupun aku, nama dia Mohd. Famie Lo.. comel kan.. putih sangat dia..
So, orang orang kat Lahad Datu, jangan tak tahu ada lagi satu pantai baru ditemuai kat Tungku,, mungkin dah lama la kot tapi ia kini dibuka kepada orang ramai..jalan nak masuk ke pantai Long Pagong daripada simpang jalan besar lebih kurang 1km..menyusuri kebun kelapa sawit..
Kat tepi pantai tu ada disediakan surau, tandas, tempat mandi, jeti dan beberapa buah pondok.. datang jangan tak datang..dan sama sama kita menjaga kebersihan pantai ok..perghh ada pesanan lagi tu.. :)
Tag: Pantai Longpangong Tungku Lahad Datu Sabah, Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu, aktiviti hari keluarga di pantai long pagong lahad datu, mandi pantai di long pagong, air laut jernih di pantai long pagong, jalan menuju ke pantai long pangong, di mana pantai long pangong lahad datu, tangkap ikan di long pagong, pantai long pagong selamat, catik pantai lang pagong
Isnin, 18 Februari 2013
Borong Tudung Di Jalan Masjid India: Galeri Tudung Hajra
Tapi just nak berkogsi dengan korang je la.. kepada gadis gadis, mak orang mak datin, mak hayam dan peniaga peniaga di luar sana nak bergaya dengan memakai tudung yang grand grand, mewah dan mahal daripada Galeri Tudung Hajra.. mencari lokasi kedai ni kat KL, boleh lah korang terus membaca.. ni pun gambar aku tangkap bebaru ni, sebab aku memang selalu pegi kat Masjid India tuh..ada business kecil kecilan hehehe..
Sabtu, 16 Februari 2013
Barang Hilang Di Airport Sandakan
Jumaat, 25 Januari 2013
Tempat Makan Yang Dekat Dekat
Ipoh Station Puchong Utama.. yang ni restoran dia agak unik sedikit.. agak klasik, dan dalam kedai dia terdapat banyak barang barang antik, atau barang barang koleksi menjadi bahan hiasan dalam kedai... menu lebih kepada style ala ala daripada perak gitewww.. dah nama dia pun Ipoh Station kan..
Nasi Kukus Malaya Best.. yang ni tempat paling kerap aku lepak dengan member member aku, paling dekat dengan rumah sewa aku ni dan sempoi.. orang kat sini dah kenal dah kitaorang.. sori gambar tak de nasi dia, sebab malam aku tak makan nasi hahaha.. menu dia satu jenis aje, nasi kukus dengan ayam dara goreng berempah.. malam selalu ramai orang makan kat sini.. sebab utama dia ialah sedap lah..
Kalau habis daripada kerja terus lepak kat sini kata member aku macam kat Korea.. tambah tambah lagi time gerimis, pheeew.. kedai makan kat tepi jalan je, depan McD, dan banyak kereta/ motor lalu lalang.. bising dan suasana agak sebok.. so kitaorang gelar tempat makan ni Korea, contoh ayat.. "weii jom makan kat Korea petang ni" hahaha.. waktu beroperasi 12pm sampai 12am..
Ani Sup Utara mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang duduk kat Shah Alam dan beberapa tempat kat Selangor.. dulu mula makan kat Ani Sup Utara masa study kat UiTM Shah Alam, ada kat seksen dua.. masa tu kedai dia masih yang lama lagi.. sekarang Ani Sup Utara dah rebranding jadi restoran franchise yang nampak lebih klas.. so yang ada dekat Puchong Perdana ni menu dia sama macam kat mana mana restoran Ani Sup Utara yang lain.. dan rasa dia pun lebih kurang sama aje.. sup daging macam biasa, mejadi kegemaran aku dan bubur daging dia pun boleh tahan jugak..
Antara makanan fast food yang paling dekat dengan tempat tinggal aku ialah McD la.. jalan kaki lima minit pun tak sampai.. dekat station minyak shell bersebelahan dengan kedia CD dan 7E.. kalau boring tak de apa nak buat kat rumah biasa aku lepak kat sini.. weekend pepagi breakfast baling best, sebab kopi O dia aku suka..
Korang mungkin pernah terasa dalam satu ketika tu korang nak makan ayam kepsi kan.. so kalau perasaan tu datang kat aku time berada kat rumah.. ha kepsi berhampiran pasaraya OTK je la jawabnya..
Poyo je aku rasa dalam entry ni..larikk!!
Tag: gambar nsi ayam berempah, gambar kat puchong permai, area tempat makan kat puchong permai dan puchong perdana, makanan sedap kat puchong, gambar sup ani sup utara, gambar orang lapar, stesen LRT kat puchong permai, puchong prima..