Khamis, 9 Julai 2020

Percutian Dari Sabah ke Genting Highlands

Hi semua, assalamualaikum..btw ini adalah entry throwback. Bulan sebelas tahun lepas aku ada bawak famly aku jalan jalan kat Genting Highland..planing dia daripada Lahad Datu driving ke Airport Sandakan, fly ke KLIA, naik ke Genting dan ke KL sebelum balik semula ke Sabah. 

Ni KLIA2 hari masa nak pegi stesen bus express untuk ke Genting Highlands

Tapi dalam entry ni aku nak story masa aku pegi Genting je lah. Apa yang best masa tu, pegi macam mana dan pengalaman aku dan keluarga kat sana.

Untuk pengetahuan korang jugak, ini pengalaman firs time anak aku trevel jauh jauh macam ni. First time naik kapal terbang, first time naik bass express, dan first time naik cable car. Dia pun dah pandai kenal benda benda apa yang dia nampak, so memang seronok la dia. Aku dan isteri aku dah beberapa kali ke Genting sebelum ni. Tapi masa tu kami tak rapat lagi la, dia dengan member member life dia..aku dengan member member dan life aku haha.

Tengok muka siapa paling excited haha

Sampi-sampi je dari Sandakan kitaorang tak terus naik ke Genting, sebabnya masa tu kitaorang fly daripada Sandakan dalam pukul 9 malam macam tu..so time malam buta mananya ada transport pegi Genting Highland, unless naik grab la. Tapi setelah tekan mesin kira kira..adalah lebih jimat duduk satu malam kat nearby hotel dekat area area KLIA dan gerak ke Genting keesokan paginya.

Daripada KLIA2 ke Genting Highlands kitaorang menggunakan bas express, tambang dalam RM35 macam tu sorang, aku memang dah beli siap siap masa kat Sabah sebelum gerak ke KLIA2. Boleh beli kat sini BusOnlineTicket. Sampai Genting turun kat Terminal Bas Awana Genting Highlands dan lepas tu naik cable car Awana SkyWay ke SkyAvenue Station untuk pegi ke First World Resort. Resort ni pulak aku dah beli siap siap kat Agoda, dapat la dalam RM150 mcm tu. Semuanya aku dah plan awal awal termasuk nak try gondola yang lantai kaca tu. Ayra mula mula tu takut, last last dia pulak yang paling seronok.

Keadaan bilik kecil tapi selesa

Set nasi ayam..bayar kat mesin, harga emm jangan tanya la.

Beli kasut baru kat Genting Premium Outlet s..murah weyy.

Ayra masuk kedai shopping

So apa aktiviti kitaorang kat sana? Jawapan dia tak da apa sangat, just pegi jalan jalan dan shopping shopping je, Ayra ada laa lari lari kesana kemari gambar dengan patung patung bagai. Game? Kami tak main sangat, satu sebab takut Ayra muntah dan yang lain banyak game tengah under maintenance. Outdoor game pulak memang masih tak buka lagi masa tu, sekarang tak tau la..rasanya belum lagi kot sebab dengar dengar ada issue yang tak setel lagi..emm ntah.

Huhaiii seronok Ayra tengok katun screen besar.

Aktiviti kitaorang begambar, busing pusing, turun naik bangunan masok kedai, round round turun ke Awana SkyCentral shopping kat Genting Premium Outlets makan makan dan tengok tengok ramai pelancong China haha. Cumanya yang dekat SkyAvenue tu memang seronok la, shopping center dia lawa, screen besar besambung sambung satu hall, grafik dan sound system lawa, dan kadang tiba tiba je ada show kat stage dan screen besar dia. Aku sendiri pun rasa teruja haha.

Cable car..yang tak best sangat time ni berkabus.

Lari - lari tak reti penat.

Gituhh.

Dipendekkan cerita, kitaorang balik hotel lewat malam lepas sakit kaki sehari bejalan. Bilik hotel selesa, berbaloi dengan harga walaupun tandas dia sempit cukup cukup untuk duduk berak je. Keesokan pagi dia kitaorang gerak turun ke KL.

Apa apa pun percutian untuk bawak Ayra jalan jalan ke Genting Highlands memang seronok. Boleh la simpan buat kenangan haha..

Isnin, 6 Julai 2020

Blog Lama Tak Update


Hi gaiss, assalamualaikum..tuju tahun blog ini terbengkalai..lama sangat dah tak menulis. Sepanjang tuju tahun ni banyak benda yang dah belaku selepas post aku yang terakhir pada bulan Oktober 2013 bertajuk Kenapa Berhenti Berkerja. 

Sejak dari tu aku berpindah dari Puchong ke kampung halaman Lahd Datu Sabah, dapat kerja baru, berumah tangga, dapat sorang anak pempuan, kehilangan orang yang tersayang ibu aku, hidup berkeluarga anak dan isteri dan banyak lagi perkara perkara yang berlaku sepanjang tempoh tujuh tahun ini. Kalau nak di story satu persatu emmm..say good bye la, tak larat aku.

Tamatkan zaman bujang pada 12 Nov 2016.

Anak kesayangan aku Ayra Adni binti Abu

Apa yang aku boleh katakan disini aku cuba sedaya upaya aku untuk aktif menulis kembali (tak janji ok haha) dan update apa yang patut aku simpan disini sebagai kenangan, jadi rujukan dan sumber inspirasi kepada readers di luar sana..tiberr kalau ada readers la kan haha.

Oh ya satu benda aku nak bagi tau, blog ni dah kembali ke pangkuan jalan..kembali ke blogspot, dulu menggunkan domain .com. Almaklumlah, blog tak berjaga, domain tak bayar semua kelaut. Payah juga nak dapatkan kembali blog ni, nak betulkan URL link semua. Apa apa pun alhamdulillah, aku dah dapat blog ni kembali, dapat baca semua memories aku tuju tahun lepas. Itu yang penting.

Apa apa pun, doakan aku mampu untuk terus menulis..dan yang paling penting doakan aku berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Aku jugak mendokan yang baik baik untuk kalian semua. Aku ada bnyak benda nak throwback tulis kat dalam blog ni haha.. Assalamualaikum.

Doakan aku dan keluarga murah rezeki dan bahagia selalu. Aminn..

Babab.net