Isnin, 6 Julai 2020

Blog Lama Tak Update


Hi gaiss, assalamualaikum..tuju tahun blog ini terbengkalai..lama sangat dah tak menulis. Sepanjang tuju tahun ni banyak benda yang dah belaku selepas post aku yang terakhir pada bulan Oktober 2013 bertajuk Kenapa Berhenti Berkerja. 

Sejak dari tu aku berpindah dari Puchong ke kampung halaman Lahd Datu Sabah, dapat kerja baru, berumah tangga, dapat sorang anak pempuan, kehilangan orang yang tersayang ibu aku, hidup berkeluarga anak dan isteri dan banyak lagi perkara perkara yang berlaku sepanjang tempoh tujuh tahun ini. Kalau nak di story satu persatu emmm..say good bye la, tak larat aku.

Tamatkan zaman bujang pada 12 Nov 2016.

Anak kesayangan aku Ayra Adni binti Abu

Apa yang aku boleh katakan disini aku cuba sedaya upaya aku untuk aktif menulis kembali (tak janji ok haha) dan update apa yang patut aku simpan disini sebagai kenangan, jadi rujukan dan sumber inspirasi kepada readers di luar sana..tiberr kalau ada readers la kan haha.

Oh ya satu benda aku nak bagi tau, blog ni dah kembali ke pangkuan jalan..kembali ke blogspot, dulu menggunkan domain .com. Almaklumlah, blog tak berjaga, domain tak bayar semua kelaut. Payah juga nak dapatkan kembali blog ni, nak betulkan URL link semua. Apa apa pun alhamdulillah, aku dah dapat blog ni kembali, dapat baca semua memories aku tuju tahun lepas. Itu yang penting.

Apa apa pun, doakan aku mampu untuk terus menulis..dan yang paling penting doakan aku berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Aku jugak mendokan yang baik baik untuk kalian semua. Aku ada bnyak benda nak throwback tulis kat dalam blog ni haha.. Assalamualaikum.

Doakan aku dan keluarga murah rezeki dan bahagia selalu. Aminn..

Tiada ulasan:

Babab.net