Tak payah intro panjang panjang.. layan gambar dengan captions je la yah..
Ini lah dia ahli satu kumpulan dengan aku..dari kiri..Markido, Mak Jemah, Markumi, Abu Bagi Duit, Azrool AKA Ustat Don... dan kami kumpulan Ceko Ceko Ahh!! nama diberi.. paling bergaya sekali peeewww.. baju seragam yah sila maklum, Typo Graph di situ beli kat FOS IOI Mall.. RM15 ringgit satu.. err! details aku bagi..
Sebelum memulakan acara mencari harta karun, harus sarapan dulu.. takut pengsan kat wetland, bihun pun boleh.. ringan ringan jerr... ada si Alia Markoni suka menyelit dalam group kitaorang.. pengh!! satu, terus mulut mereng macam dalam gambar haha..
Bergambar dengan para pesaing yang annoying.. bajet je si En. Idham ni, tau la korang menang.. gaya jengan nak freedom sangat (ayat orang jealous) haha..
Sesi taklimat oleh En. Komeng, dia cakap komeng tu maksud dia kelapa laut, kelapa laut yang comel.. eeewww.. comel aku lagi hahahaha.. di sini En. Komeng memberikan taklimat tentang peraturan peraturan permainan.. lepas tu kitaorang membuat senaman ringan dan berciki dance begedik gedik..
Bergambar beramai ramai bersama En. Ariffin.. semua muka kompiden nak menang.. nampak tak aku kat sana nampak tak hehehe....
Kena gambar, so buatla konon konon gigih baca instructions yang si En. Komeng tu bagi.. kertas tu memberikan semua maklumat arahan tugasan dan misi yang perlu diselesaikan dalam game treasure hunt ini..
Main tipu pakai google hahahaha.. tapi itu pun setengah mampus nak cari pokok yang dimaksudkan.. sebenarnya kumpulan kitaorang banyak gelak je, banyak main.. di awal permainan memang tak serius sangat, ada orang tu aku tak rasa dia berfikir untuk mendapatkan jawapan.. pegi belengang je kat tepi tasik tengok flamingo.. selepas pukul 11 lebih baru nak bersungguh sungguh, thinking out of the box la sangat.. sampai ntah pegi mana mana je sesat terkeluar daripada peta cari jawapan.. bengong laaa...
Is annoying betul la kumpulan ni.. annoying annoying annoying hahahaha..
Ini game bola ping pong.. kena ambil bola ping pong dalam lumpur semudian isikan air menggunakan corong ke dalam botol air sampai penuh.. emm tak de motiff, cuma memerlukan ketangkasan je, dan ikut nasib kalau dapat bola yang kena isi botol yang tinggi lambat sikit lah penuh.. kalau dapat botol yang rendah cepat lah penuh.. macam tu je.. btw, kat belakang baju biru berdiri tegak tu nama dia Kak Ana, kemain lagi macam penyelia asrama perati bebudak bersukaneka hahaha..
Sebelum aktiviti basah basahkan diri dalam tasik Wetland Putrajaya, kena pakai life jacket dulu.. takut ada yang lemas.. malang kat Mak Jemah life jacket dia ada defect, tidak berfungsi dengan sempurna.. hampir lemas muka biru.. nasib baik lah dia reti berenang dan ditolong oleh si Ustat Don.. berjaya lah jugak sampai ke seberang dan dapatkan bendera kumpulan..
Sampai dengan jayanya..muka menten happy.. ala tak de apa pun, sebab ada tali boleh pegang masa masuk kat dalam tasik..
Selepas terjon dalam tasik.. aktivit last sebelum penyampaian hadiah adalan sesi BBQ.. makanan lunch semua disediakan.. ayam sedap, cuma takdan nak tunggu sebab lapar sangat..
Eyyy.. tak boleh bela do.. poyo je diorang ni semua.. paling poyo si Asraf Latif ni ngutuk kumpulan kitaorang.. ok tak pe ada lori ada bus, lain kali boleh terbabas..
Wah kemain naik trem.. kat selekoh jerit kegembiraan, suka..
Aku malas nak bagi tahu kitaorang dapat tempat keberapa.. yang pasti dapat voucher Jusco RM10 je.. beli seluar dalam cap1Malaysia pun tak lepas hahahaha
Tag: mencari harta karun di Wetland Putrajaya, aktiviti di wetland putrajaya, bayaran masuk wetland putrajaya, package permianan di wetland putrajaya, flamingo di wetland putrajaya, aktiviti treasure hunt di wetland putrajaya. gambar wetland putrajaya, gambar orang bersukaneka di wetland putrajaya