Jumaat, 27 Julai 2012

Tiket Flight Balik Sabah: Tiket Balik Raya Dah Habis

Aku tadi saja saja la konon nak cek cek harga tiket flight balik Sabah.. tiket aku dah beli sebenarnya, cuma aku nak cek berapa lah konon harga tiket kapal terbang sekarang.. sebab baru baru ni member aku cakap mahal gila sekarang..

So aku check tadi rupanya tiket flight balik Sabah turun kat Tawau dah sold out, dua dua tuk airasia dan malaysia airlines.. huhuhu nasib baik aku dah beli siap siap.. yang ada pun 24 August..sabar la korang yang nak turun Tawau, semua tiket flight dah habis untuk balik beraya.. 

airasia

malaysia airlines 

Tinggal lagi yang nak turun Kota Kinabalu, tu pun one way malaysia airline harga tuk tiket dia dalam RM 877, bapak mahal.. nak turun Sandakan 16, 17  dan 18 August pun semua dah sold out..

Airasia kalau nak turun Kota Kinabalu masih banyak lagi, diorang macam dah tambahkan bilangan penerbangan.. tapi harga tiket all in dalam RM 800 jugak la.. kalau nak turun Sandakan ada beberapa flight lagi, harga all in tuk 17 dan 18 August dalam RM 1052, one way..hahaha mahal gila..

Harga tiket airasia ke Sandakan

Aku beli hari tu pun kira dah lewat.. harga all in turun kat Sandakan dekat dekat RM 500 gak one way.. balik sini dalam RM 300 lebih.. komon komon dekat RM 900 jugak la habis tuk return, so koyak jugak la poket aku haha..

Sofar aku balik Sabah dalam dua kali setahun.. kalau aku gunakan tambang tiket ni semua pegi cuti cuti kat Bali, Bandung, Jakarta, Thailand, Vietnam bagai, boleh dah aku pegi beberapa kali hahaha..  oh sabar je la orang yang kerja kat oversea ni.. ok itu je, bye.. selamat berpuasa..


Tag: tiket kapal terbang balik raya dah habis, harga tiket kapal terbang murah, harga tiket kapal terbnag mahal, tiket balik kampung, harga tiket kapal terbang ke sandakan, tiket bus, tiket kapal balik kampung, tiket promo

Babab.net