Ahad, 29 Januari 2012

Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor Bandar Putri Puchong Selangor

Lama jugak gua tak cerita pasal makan ni kan.. err!!.. anggap je la lama even baru sahaja beberapa entry lepas nampak gambar gua melantak kat Sungai Rengit.. keh keh keh.. tak de tempat nak jalan sebenarya, gua lebih suka jalan jalan tengok tempat orang lain dan juga melantak makan yang lazat itu adalah harus..

Dulu gua pernah post entry tang satu restoran cina muslim daripada Indonesia, tema restoran Jawa Sunda yang pernah dikunjungi oleh Team Jalan Jalan Cari Makan.. so, untuk kali ini gua membawakan satu lagi restoran yang pernah dikunjungi oleh JCM, Chopp TV9, Kosmo, Metro dan Mingguan Malaysia.. memperkenalkan Restoran Baser, Nasi Ayam dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor... lokasi restoran ni di Bandar Putri Puchong ya.. bukan di Johor..

Gua minum air limau ice ja.. sejak akhir akhir ni teh o ice tidak lagi menjadi kegemaran gua.. tukar dah yang lain.. sebab gua rasa teh o ice telah mengemokkan dan membulatkan badan gua..hahaha..

 Kipas pun ada dalam restoran ni tau.. motif la nak bagi tahu ada kipas kan kah kah kah..

Restoran ini bertemakan Lauk Pauk Tradisional Melayu.. kalau baca sejarah awal dia pun, restoran Baser dimiliki usahawan Melayu iaitu Haji Baser bin Haji Senin.. terkenal sejak 1985 lagi di Kota Tinggi Johor.. kini restoran Baser memiliki beberapa buah cawangan dan yang ada kat Bandar Putri ni lah satu satunya di luar Johor.. http://restoranbaser.blogspot.com/

Dua tiga kali datang sini time lunch hour kat tempat kerja baru sekali gua order Mee Bandung Johor.. gua terpesona... dan untuk kali ini gua order lagi.. yam yam memang sedap..

Dalam restoran ni ada banyak frame gabar bandar yang ditenggelami banjir.. reason, gua tak pasti, mungkin itu gambar kota tinggi la kot kena banjir suatu ketika dahulu kala.. unik, lain daripada yang lain dia ini..

Tengok la, lazat yang amat gua makan pun da macam singa dah..arrgummm!! 

Amacam adakah korang juga terpesona? marila kita meneruskan misi mencari makanan yang lazat lazat keh keh keh.. ok fine fine fine... gua memang kuat makan!!

Babab.net