Khamis, 8 November 2012

Bercuti Cuti Ke Kota Kinabalu Sabah: Sewa Rumah Dan Kenderaan Secara Pakej

Selalu sangat orang bertanya dengan aku kalau nak pegi Sabah mana tempat yang best nak lawat eh.. Kota Kinabalu apa tempat yang best? macam mana nak jalan jalan kat sana ar..? ok la dalam entry ini aku akan bagi tahu kat korang beberapa info menarik sekali package jalan jalan di Kota Kinabalu..

Kalau nak cakap tempat tempat yang menarik kat Sabah memang tak cukup satu entry.. so untuk kali ni aku  bawakan khas info menarik bagi mereka yang berhajat besar nak ke dejavu kinabalu, poring hot spring , pusat kebudayaan, pulau pulau yang cantik, tempat makan dan banyak lagi la..

Ramai yang nak datang ke Sabah sebenarnya.. cuma masalah dia, ramai yang tak tahu macam mana nak ke sana? bagaimana nak menguruskan tempat tinggal? tempat tempat mana yang wajib nak pegi? dan banyak lagi.. disini aku akan begi tahu kat korang..

Korang tidak perlu serabut sangat memikirkan tentang sewa hotel, kenderaan, privacy, masa dan macam macam lagi.. terutamanya for those yang gamble takut sesat dan pergi secara berombongan.. korang boleh terus sahaja menyewa penginapan dan kenderaan sekali dengan harga yang murah dan berpatutan..

Harga yang ditawarkan ialah: Sewa rumah + kenderaan secara pakej

1 hari - RM300
2 hari - RM500
3 hari - RM700
4 hari - RM850
5 hari - RM850
6 hari - RM1100
7 hari - RM1200
2 minggu - RM2200
3 minggu - RM3000
4 minggu - RM3500

Kalau pegi jalan jalan macam ni memang tak best pegi sorang sorang kan.. better bawak kawan ramai ramai, dalam 4 5 orang macam tu.. so, kalau korang stay 3 hari tong tong 5 orang dah boleh bayar RM140 sorang, termasuk transport kat sana.. 3 hari beb tak ke murah tu namanya.. 

university condo apartment yang cantik da booom

ada kolam renang lagi.. boleh terjun terjun 

kemudahan yang terdapat didalam rumah sewa

 kawasan penginapan berhapiran dengan tempat tempat yang best di KK..pheeww!!

Pakej ini menyediakan anda rumah condominium (pent house) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi , lengkap dengan perabot, TV, peti ais, mesin basuh. dapur gas, boleh buat BBQ, kolam renang dan banyak lagi.. sesuai untuk bersuka ria.. tapi bahan makanan mentah tidak disediakan ok, beli sendiri kalau nak..


Kenderaan yang disediakan ialah KIA RIO Auto 1.5.. personal driver juga disediakan kalau korang tak de driver atau memang tak reti langsung nak jalan kat sana.. orang tu korang kena bayar RM100 sehari la.. kalau tak nak pun tak pe..

Yang bestnya korang tak perlu nak pening pening kepala, sebab penghantaran dan pengambilan daripada airport atau terminal bas disediakan secara percuma..

So, apa tunggu lagi, orang yang korang perlu hubungi ialah:
En. Tahir - 019-8417520

Dinasihatkan buat tempahan awal awal.. sebab memang sekarang  ni dah makin ramai yang nak ke Sabah jalan jalan.. 

Sebagai warming up.. berikut adalah antara beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di Sabah..

Ke Kundasang, Gunung Kinabalu, Kundasang udara sejuk... tak dapat nak panjat, pegi kat area kaki gunung pun boley.. ke Kinabalu Park permandangan kat sana sangat lawa.. kat ranau ka..ala macam kat tivi tu Dejavu di Kinabalu kat Kundasang.. gamabar yang kat atas ni ialah area puncak gunung kinabalu, jangan tak tahu pulak..

Boleh pagi ke Muzium Sabah, menyimpan banyak ilmu tentang Sabah, sejarah awal dan banyak lagi la.. ekceli aku pun tak pernah masuk lagi hahaha

Perkampungan Kebudayaan masyarakan Kadazan Dusun di Pinampang.. paling best kalau dapat pegi time Pesta Kaamatan.. meriah sebab masa tu la banyak aktiviti kebudayaan diorang buat, pesta menuai padi..

Sila maklum, aku tak de dalam pic ni ok!! hahaha 



Daripada jeti tepi Bandaraya Kota Kinabalu, korang boleh pegi ke Taman Tungku Abdul Rahman.. dengan menaiki bot laju (kadar sewa seperti di atas) 20 minit daripada jeti korang boleh pegi ke lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.. banyak banyak pulau ni, Pulau Sapi je yang aku dah pegi hahaha.. aktiviti yang boleh dilakukan seperi diving, snorkelling dan banyak lagi..

Boleh pagi ke rumah terbalik.. ada jugak kereta kancil terbalik kat sini hahaha.. satu satunya rumah terbalik yang terdapat di Malaysia.. terletak di Kampung Bantayan Telibong, rumah ini menjadi tarikan beribu ribu pelancong..

Pasar Filipina Kota Kinabalu.. terletak di tepi laut pasar pilipin adalah salah satu tempat yang wajib korang pegi.. pelbagai jenis mutiara sabah original dijual di sini.. boleh dijadikan ole ole.. memang juling mata korang tengok hahaha


Makan di Pasar Filipina mungkin menjadi pengalaman menarik bagi korang.. makanan laut yang murah dan sedap..

Ok itu je.. so, apa ditunggu lagi.. musim cuti sekolah dah dekat, pastinya ramai yang mula berfikir fikir untuk pergi bercuti di Sabah terutamanya.. dah sampai kat KK, daripada situ korang boleh pegi ke banyak tempat termasuk tempat tempat yang aku sebutkan kat atas tu..
Apa apa pun boleh hubungi ex-classmate aku..
En. Tahir - 019-8417520



Tag: Jalan jalan ke Kota Kinabalu, jalan jalan cari makan di sabah, jalan jlan cari makan di kota kinabalu, ke Kundasang Sabah, tempat menarik di kota kinabalu, ke pulau taman tunku Abdul Rahman, pakej percutian murah ke Sabah, rumah sewa murah di kota kinabalu, melancong ke Sabah, cuti cuti di Kota Kinabalu Sabah, tempat makan yang best di kota kinabalu, tempat makan yang best di kundasang sabah, harga sewa bot ke pulau pulau sabah, makan ikan bakar di pasar filipina, mutiara di pasar filipina kota kinabalu sabah, membeli belah di pasar pilipn, makan angin di sabah, cuti sekolah melancong ke kota kinabalu sabah, sewa kereta murah di kota kinabalu sabah, harga rumah sewa murah di kota kinabalu, rombongan bercuti ke sabah, pemandangan indah di pulau pulau sabah, seronok bercuti di sabah, kereta sewa melancong ke sabah, kereta dan rumah sewa di kota kinabalu, jalan jalan ke ranau sabah

21 ulasan:

hazanis berkata...

teringin nak ke sabah..:(

cimöt berkata...

aq nak naik kinabalu tu je yg penting.. ritu dh puas jg laa ronda... hahaha

Tanpa Nama berkata...

wahhhh.
next sem elaun naik jadi 1.1k
insyaAllah akan jejak jugak kaki ke sana..
:)

Syazana Zainn berkata...

WAAAAAAA!!!!! SYIOKKKKK!

kalo de rejeki lebih mmg niat di hati nak pi sana :D

thanks bg tips!

mmg berguna sgt tips ni.hikhik

p/s: kawan ko ensem tak? HAHA

Unknown berkata...

wah menarik ni..AK tk pernah lagi sampai ke sana lagi ni..thanks for the info

Wadi AR berkata...

abu pegi sabah bah

YouSOF berkata...

Ada hati nak ke KK satu hari nanti..


Aku sempat berangan kejap masa tengok gambar puncak gunung Kinabalu tu, Allah Maha Besar.

anamizu berkata...

perhhh ! ABU !!! terimasssss kau share psl ni !! aku nak provoke Boss aku ajak buat family day kat Sabah la karang ! yesssssss! eheee

APAN berkata...

pergh...detail habis ko bg...harap depa yg mencari jumpa la entri ko ni...aku lom penah jejak sabah sarawak lg...entah bila akan sampai...kalau ada bajet lebih nak gak ke sne :)

Abu Huzaifah berkata...

wow... senang mcm ni... ak cari kau je k... hehe... ak tringin nak gi sane beb,,, terbaikk...

Unknown berkata...

wow....

Unknown berkata...

Wahh...bagus info ko ni abu...kakak yg duk sabah ni pun byk tempat g x p terutama pulau2 ni...huhuhuhu...

YattAkasah berkata...

penginapan tu memang terbaik la weh..

syakirahmn berkata...

tahu takpe. memang nak pegi. tp howww.

buat lah pasal kundasang and semporna pulak. situ tempat waaaaa menangis tengok. cantik sangat!!

Cikgu Ma berkata...

serius teringin nak p sabah...

Cik TeN10 berkata...

Wahhh besnya tempat penginapan tu !!! Aku pn mmg tgah berkira2 utk melancong sabah/sarawak memandangkan adik aku posting sarawak..bleh la melawat adik sambil2 tu melancong !

[sutera kasih] berkata...

kalo ada sesiapa nk sewa kereta di Sabah, contact la saya, kawan saya ada sewakan kereta.sekian hehe *serius*

btw, i like post ni..aku tempek link ko ni kt post aku yg ada kaitan melancong di Sabah k, jom pegi Sabah!!! :P

Abu Bagi berkata...

Wah tq :)

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


mR B berkata...

BRANDON KK RENT A CAR SERVICES AT KOTA KINABALU
-MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA SEKITAR KOTA KINABALU
-KERETA UNTUK SEWAAN HARIAN,MINGGUAN @ BULANAN
-KHIDMAT PENGHANTARAN PERCUMA KE AIRPORT @ HOTEL
-KEADAAN KERETA YANG BERSIH DAN MEMUASKAN
-DISKAUN DIBERIKAN UNTUK SEWAAN LEBIH DARIPADA 3 HARI
-HANYA SALINAN I/C & LESEN DIPERLUKAN

ATOS PRIMA 1.1 (A) RM100 (24HOURS)
MYVI 1.3(AUTO) - RM100 (24hours)
SAGA BLM 1.3 (AUTO)- RM100 (24hours)
SAGA BLM 1.3 (MANUAL) - RM100 (24hours)
NEW MYVI 1.3 (AUTO) - RM120 (24hours)
SAGA FLX 1.3 (AUTO) - RM120 (24Hours)
NISSAN URVAN 3.0 14seater RM250 (24hours)
----------------------------------------

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI @ SMS @ WHatsapp @ WeCHAt @ CHATON
WEBSITE - * www.kkrentacar.com
EMAIL - * brandon@kkrentacar.com
SMS/CALL - * Brandon - 013-8999-242

LV EmpireHomestays Sabah berkata...

LV Empire Car Rentals & Homestays Kota Kinabalu

KOTA KINABALU CAR RENTAL SERVICES

Kami Menawarkan Perkhidmatan Kereta Sewa Pandu Dan Homestays Di Sabah.

Jenis kenderaan / Harga

Toyota Hilux 2.5(A) RM250 Sehari
Toyota Avanza 1.5 (7Seater) RM170 Sehari
Perodua Axia 1.0(A) RM90 Sehari
Perodua Bezza 1.3 (A) RM100 Sehari
Perodua Aruz RM170 Sehari

Home Stay

CyberCity Aparment Phase 2 Homestay 2 Bilik 1 tandas 15 min ke bandar kk 5 minit ke airport KKIA RM130
CyberCity Aparment Phase 2 HomeStay 3 Bilik 2 tandas RM145 Sehari

Boleh Hubungi Saya En. LV 012-8141172
Layari Blog/Web Kami http://kkrentacar.blogspot.com

Babab.net