Mari buat entry jalan jalan pulak lagi kali ni.. dah lama nak story, nak kongsi apa yang ada kat Cameron Highlands lagi.. sebelum ni aku pernah cerita pasal cuti cuti tempat best di cameron, tempat makan best Cameron Highlands, membeli bunga segar di Kea Farm, ais krim dan ladang strawberry di Kampung Sedia, tumbuhan tanah tinggi, jenis jenis strawberry dan cara nak buat strawberry chocolate.. soon aku cerita ladang kaktus pulak yeekk..
Ok, jika anda berkunjung dan bermalam di Cameron Highlands, satu tempat yang korang harus pegi ialah Pasar Malam Brinchang (Brinchang Night Market).. kedudukan pasar malam ini berada di tepi jalan besar, sebelah menyebelah, di hadapan flat polis dan balai bomba brinchang..
Pasar malam ni dibuka pada setiap Sabtu seawal pukul 4 petang, tapi kalau time cuti sekolah ia akan dibuka pada setiap malam.. sesak jangan cakap la, nak dapat tempat parking memang payah gila..
So, dengan gambar yang aku tangkap.. mari kita lihat apa yang ada kat pasar malam brinchang..
Serangga serangga magnet, yang lekat lekat kat peti ais atau mana mana dinding besi pon boley.. yang penting dia nak lekat.. yang ni dia display kat keta pickup, lekat kat bumbung dinding semua.. nampak lawa dengan lighting dia.. aku pun snap!!
Pelbagai jenis teh boleh didapti di sini.. pelbagai jenis perisa, teh perisa strawberry, perisa lemon, perisa anggur dan banyak lagi.. asam asam pun banyak.. madu, kordial dan jem semua ada.. harga pun berbaloi.. snap!!
Strawberry chocolate lagi la banyak.. berjenis jenis, ada yang letak white chocolate, ada yang tabur dengan chocolate rice macam macam rasa.. dia buat kat situ, boleh tengok cara diorang buat.. hygiene ke tak hygiene.. dan aku snap!!
Suasana pasar malam.. ni pun dekat dekat dah nak tutup.. kitaorang sampai agak lewat sebab singgah makan dulu kat warung ikan bakar nik.. tapi masih ramai orang lagi, barang jualan sayur segar, makanan semua pun masih banyak.. suasana pasar malam lawa snap!!
Bantal Strawberry adalah antara sesuatu yang menjadi kegilan gadis gadis kalau pegi CH.. ya la kan warna merah pink comel cemel bagai.. suka la diorang kan.. snap!!
Gelang gelang, cicin ukir nama pun ada jual.. aku tak seberapa sangat dengan barang barang macam ni sebab pasar malam kat lembah klang pun banyak.. aku prefer barang barang CH.. snap!!
Buat muka annoying orange dengan kawan aku ni, Hani .. pesen pantang tengok orang bergambar, asyik nak menyelit je kerja di hahaha.. layankan sajoh snap!!
Antara barang souvenir yang boleh menjadi pilihan, key-chain murah murah boleh buat ole ole bak bagi satu office hahaha.. suka sebab dia ada tulis cameron highlands, lawa kan.. freezer magnet pun murah, macam macam bentuk dan warna, yang 5 ketul tuk 10 ringgit pun ada, ikut jenis macam macam.. lawa snap!!
Pelbagai jenis kaktus ada dijual di Cameron Highlands ni.. pasar malam ni pun dah boleh nampak, semua cantik cantik dan comel comel.. pelbagai jenis harga ditawarkan, ada yang 3 tuk 10 ringgit dan ada yang dua sepuluh dan banyak lagi la.. penggemar kaktus mesti beli, tambah koleksi.. snap!!
Rasanya ini bunga daisy kan.. ha yang ni pun ada jual, siap kembang lagi bunga dia.. cantek kan, subur pulak tu.. kalau makcik makcik gila bunga mesti dia beli ni.. bunga daisy cantik waktu malam snap!!
Kacaknya kacaknya kacaknya kacaknya hahahahaaha... snap!!
So, I Love Cameron Highlands..
I love, I love pun aku tak nak kena transfer keja kat sana dowh.. tak hadap aku nak bertapak kat Cameron Highlands, kalau takat nak outstation dua tiga hari tu ok lagi.. keja lama kat sana memang aku tak nak la hoii hehe..
20 ulasan:
ok hape keje sana, sejuk. hehe
nak bungaaaaaaaaaaaaaaaa!
tapak kaki ko mesti ada taik lalat ni
cameron!
long time x lepak amik udara sejuk sane
kartikel.. cantik nama kartikel.. bah tak nak kerja kat atas, tak best
onie.. bunga taik ayam nk?! hahahaha :P
wadi AR.. bru je check.. tak de pun hahahaha
khairul.. mmg best, time malam sejuk..
comelnya kaktus..nak kaktus satu.
nak bntal strawberi!!
nyum2 dah lama tak mkan strawberi coklat.. huhuhuhu..
bestnye dpt jln2~
cantiknye serangga tu.hehe
bosku, btul2 muka mu kan, sama oo macam annoying orange.. :D
Kau snap sume benda kau beli tak ni? Hahahahh
Wehh kalau aku g dh lama aku borong cactus bebanyak bwak balik susun kat umah.. Aku mmg suka cactus sbb senang nak jaga.. Comel pulak tu.. Letak dlm pasu yg comel lagi la comel macam aku !! Keh3 saja nak kasi kau muntah hahahh
meriah betul psr mlm nyerr
strawberry kat pasar malam? memang unik.. strawberry chocolate lak tu
Penah pegi sini...best...masa I pegi tu masih sejuk dan berkabus...tak tau la skrg macam mana huhuhuhu
hamboih. jalan saje ko ni.
jeles betui aku tengok ko ;p
nie yg mkin teringin nk p sna nie...huhuhu....
belum berkesempatan lagi untuk ke sini
Nak strawberi......bantal pink
haiiyoo haiiyoo t-shirt wane wani tu memikat hati ohhh!
bla nk p cameron highland ni. asyik tgk abu aje yg pegi T__T
stoberi tu buat wa kecorr. slurrpp.
nice. cara ko tulis entri mcm dh sllu pg sana je.
Btw, ada beli pokok bunga tu. Mati bl bwa blik n tanam. Tp tu pn nk bising2. Ye la suhu xsama. Nak2 dia beli time tgh kmrau.
Catat Ulasan