Walaupun aku ni berasal daripada Sabah tapi ini adalah kali pertama aku masuk pusat bandar Sandakan dan pegi kawasan kawasan yang menarik di sekitarnya.. pernah sekali pun sampai kat hospital Duchess of Kent sebab terlibat dengan kemalangan dan satu lagi sebab penerbangan daripada Sabah nak gi KL.. tu je, tak pegi mana mana pun..
Apa yang menarik kat Sandakan? mungkin korang dah pernah tengok dalam tv.. sebenarnya ada banyak tempat tempat yang menarik.. kalau nak bejalan seharian memang tak sempat.. daripada pusat membelibelah, tempat makan, tempat bersejarah, taman dan pusat pusat pemuliharaan haiwan macam macam ada..
Semalam aku pegi Sandakan, kalau korang baca entry aku yang semalam semalam aku dah bagi tahu (perlu ke nak bagi tahu?)hahaha.. tujuan utama nak menghadiri majlis kahwin, tapi dah alang alang, terus je la pegi bandar, Sepilok dan Labuk Bay.. memang tak sempat nak pegi semua tempat sebab kitaorang balik hari..
Bandar dia pun tak dapat nak explore semua, kitaorang just singgah kat Wisma Sandakan lalu kat Sunday Market, membelih belah kat Sandakan Kain Cantek dan Genting Mall, pastu singgah rehat kat Harbour Garden minum minum dan makan ais kacang.. sedap yam yam.. kena gerak cepat sebab ada beberapa tempat lagi nak pegi..
Kalau bab makan jangan cakap la...
Agak kecewa masa singgah kat Sepilok.. tak dapat nak jumpa orangutan kat situ sebab diorang dah masuk kedalam hutan semula.. kalau nak pegi Sepilok timing dia kena betul sebenarnya, sebab orangutan tu kena bagi makan (orangutan feeding time) pada setiap pukul 10 pagi dan pukul 3 petang, masa nak tengok diorang pun lebih kurang dalam 40 minit je, time diorang makan tu la.. pastu diorang masuk semula ke dalam hutan.. so sad, kitaorang sampai dah pukul 4, memang tak dapat la nak tengok..
Tapi kalau nak sangat korang boleh pegi, sewa penginapan kat Sepilok Jungle Resort.. boleh jalan jalan masuk di sekitar hutan sepilok dan banyak aktiviti lain..visit sepilokforestedge.com
Walaupun tak sempat nak masuk Sepilok tapi kitaorang sempat pegi Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary.. juga antara tenpat yang best kat Sandakan.. kat situ boleh tengok monyet broboscis atau nama tempatan dia monyet bangkatan.. ala monyet yang hidung dia panjang tu bah..hehehe..
Nak masuk Malaysian resident kena bayar rm15 sorang tuk dewasa, rm 5 tuk kanak kanak dan untuk standard digital camera rm 10 sebijik.. yang non resident rate dia lain..
Tengok la monyet monyet tu.. comel dan lucu muka dia hehe.. yang ni confirm tak de kat semenanjung rasanya.. kat pulau Borneo je ada.. dalam gambar kat atas tu ialah feeding time diorang, datang berduyun duyun daripada hutan paya bakau.. ada jantan dan betina (dapat bezakan sebab nampak tetek dan kote dia), ada yang mengandung (sebab nampak perut dia buncit) dan ada jugak yang menggendong anak dia haha.. memeng best la tengok bintang ni.. tengok hidong diorang, klik gambar utuk kejelasan yang nyata.. (time ni la tak puas hati dengan lens kamera sigh!!)..
Selain proboscis monkey@ monyet bangkatan@ monyet panjang hidung ada lagi satu jenis monyet yang colour hitam..ish! lupa nak tanyak orang kat situ yang ni jenis monyet apa.. tapi cak korang tengok, comel kan? hehehe.. monyet ni tak takut, dia datang dekat dengan kitaorang, sebab tu aku dapat tangkap gambar yang terang sikit.. alolololo.. dia suka makan kacang panjang..
Dan yang ini adalah aktiviti bird watching.. ni apa nama jenis burung ni? burung kakak tua ek? ka burang enggang? hahaha.. satu jenis burung je la ya.. kalau nak full package korang boleh menginap di Nipah Resort boleh follow banyak aktiviti macam night walk (fireflies), river cruise, bird watching at paya bakau, jungle tracking (low land forest) dan banyak lagi..
Apa apa pun seronok bejalan semalam.. konvoi, tiga kereta kul 9 malam baru sampai rumah.. memang puas hati la.. korang yang duduk kat semenanjung tu bila lagi nak datang sabah.. mari la sini.. bagus bah!! :)
22 ulasan:
cantiknye pengantin!
sepilok mcm menarik!
dill.
selalu tgk ttg sepilok tu kt tv tp entah bla la akn smpi ke sana
woah... bes la kau kan, bole merayau2 sampai sandakan lagi..
kalau saya, balik sabah teda tempat lain, KK jak..
hahaha
kaw bila kawin abu?hehehe
psst, asiiiknya ya jalan2 terus..hehe. arisha teringin sangat mahu ke sabah, tapi masa slalu mencemburui! wuhuhu. i can't stop laughing when see those monkey..heh..i keep wondering WHY and WHY!!~
Abu, if aku gi Sabah, aku nak booking kau jadi tour guide akulah..hehe.. boley kan..? nnt pi sana takyah lah bayar tour guide..guna kau free jadi tour guide..pastu aku belanja lah kau makan.. haha ..kan..kan..kan..kan.. :D
wahh bestnya tour..teringin jugak nak kesana..p
balik nnti ole2 hahaaa
dari kecik saya teringin nak pergi Sepilok huhuhu
comelnya anak monyet tu!
bwk balik kat aku satu!
hehe
kena pandai timing kalau nak pegi tempat gini...lagi 1, elok menginap kot.nak jalan mesti x puas.tu pun kalau de bajet lebih...aku lom penah smpai sabag lagi...sarawak pun sama :)
wahhhhh....meriahnyeeee
aiseh Abu.. berabis ko bejalan ah.. :-p
suka tgk gamabr-gambar ko..jelas dan terang..satu hr nnt akak misti nk melawat sini
wahhh sakan ko berjalan !! aku teringin gak nak jejalan sna wehh.. tp semenanjung pun aku tak round abes g.. huhu
psttt.. ko bile lg nk nek pelammin??? haha :D
Selalu berkunjung sobat :)
Klik 4information y gan :)
http://4share-information.blogspot.com
Komentar di tunggu sobat
Jangan Follow lupa follow jga :) ( follow back )
Sesama blogger lebih baik saling sapa Dan saling memper erat blogger Indonesia
Salam blogger
bahh kau makan , nampak sangat taknak bagi aku sikit
wahhh,konfem hepi dapat jumpa kaum krabat kt sepilok ni :P
nice pics!
bnyknya monyet.. lbh kurang mcm aku jmpa kat pulau dayang bunting..
Menarik sungguh disana yang tiada di tanah semenanjung....
Unik kalau ada rezeki nak gak berkunjung kesana nanti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
teknik penyaduran chrome electro
Boleh tahan grand pelamin pengantin tu ek.
Muka kau masa makan keropok tu memang paling kacak lah. Tu jugak tanda orang gelojoh ketika makan. ;D
Kalu tengok dari jauh macam monyet bangkatan tu pakai hidung palsu, segak dan lucu. hehe
tah bile la dpt pegi...
masa tak mengizinkan lg,,,
Catat Ulasan