Jumaat, 14 Oktober 2011

Tragedi Oktober Tanganku Patah

Eik sekarang dah bulan oktober la... 13 haribulan baru nak sedar dush dush!! ok! its too much mengada..

Cakap pasal oktober ni, aku ada satu Tragedi Oktober yang memang aku tak boleh lupa la, asal dengar lagu awie tragedi oktober aku mesti teringat, ni semua pasal minat aku yang suka panjat pokok macam monyet masa kecik kecik dulu..

Masa tu aku sekolah rendah darjah lima lagi, kira masih suci lagi la.. aku dan sepupu pegi panjat pokok rambutan kat dusun pakcik aku.. disebabkan kepakaran memanjat yang aku miliki.. aku berjaya menjatuhkan banyak buah rambutan.. tapi yang satu tangkai ni betul betul buat spoil..

Aku tahu rambutan tu memang duduk kat hujung dahan.. sebab aku rasa aku ni hebat, aku nak jugak jatuhkan buah rambutan tu.. aku siap buat kiraan satu dua tiga, serius tak tipu.. pada masa yang sama jugak dalam kiraan yang ke tiga aku dengar bunyi ranting patah.. prek!! aku jatuh dengan ranting pokok rambutan tu sekali, daun dengan buah dia yang aku nak capai tu.. malang sebab tangan sebelah kanan aku ni yang sampai kat tanah dahulu.. masa tu jugak aku rasa macam aduhhh!! siku sebelah kanan aku ni sakit gila babi..

Ketika kejadian aku tak nangis dan tak cakap apa apa pun kat sepupu aku (bukti aku seorang yang gagah).. aku senyap je dan terus balik rumah, tinggalkan diorang dengan rambutan rambutan tu.. masa otw balik tak de orang nampak barulah aku nagis sambil berjalan hahahaha (bukti aku seorang yang pemalu) lawak jugak aku rasa..

Mak aku tak hantar aku pegi kelinik atau hospital.. dia bawak aku pegi berubat kampung pulak dammm.. tahu tahu je la kalau berubat kampung ni..

Beberapa minggu aku tak pegi sekolah sepanjang tu jugak aku berurut kampung, setiap kali tangan aku ni kena buat treatment aku mesti menangis hahahaha (tangan patah kena urut bai, siapa tahan)... cuti sakit duduk kat rumah je mengangkang.. fuh!. masa tu jugak aku risau kalau kalau tangan kanan aku ni tak balance dengan tangan kiri.. aku mesti akan mengalalami kemurungan yang berpanjangan sampai sekarang haha.. sib baik ok..

Selepas kejadian tragedi oktober tu.. aku dah tak seberapa nak panjat pokok dah.. kalau sebelum tu.. pokok taugeh pun aku boleh panjat tau.. dada merah bergesel dengan batang pokok pun aku tak kesah.. mak aku? haruslah mara hahahaha..
Begitulah alkisahnya, sekian.. thanks untuk yang baca... waccca!! gua karate sapa tak baca hahahahaha..

 nasib baik la nikmat tangan ni tidak di tarik.. masih boleh berpeluk tubuh lagi..

32 ulasan:

Eera Shera berkata...

tunjuk hero la tu. saje je nak cover macho dpn sepupu tamau nangeh..haha

Unknown berkata...

eden dah bace.. jangan lak karate ehh.. hehe

embun aRoRa berkata...

hahahahha
hero malaya ni =]

[sutera kasih] berkata...

comelnya gambar si abu hehe
lain2 bah ku komen hahaha
iya bah, dulu2 masa kecik kan nakal..aku pun penah bah tp retak tulang tangan jak jatuh men basikal, syukur nikmat tangan x ditarik huuuu

dill berkata...

erk. tangan patah. sakit oh.

p/s: lawa kasut merah tu~

dill.

ciK LyndaWawa berkata...

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

kehkehkeh..=]

Cik TeN10 berkata...

tahu sbb pe dahan tu patah ?? sbb ko berat !! hahahaha nasib bek ok balik.. :p

adwafarahin berkata...

sebaik tangan mu dpt diselamatkan haha

abu..abu..nakal ko ye!

eddy syrol berkata...

bersyukurlah...!!

safurara berkata...

tu lahhhh budak baik...

APAN berkata...

kecik2 sume pakat nak berlagok hero la kononnya.padan muke ko.haha...
aku lom penah lagi patah2 anggota badan...alhamdulillah :)

paling sakit pun, masa sunat dulu je la kot...

Anif Abdullah| AA berkata...

pokok taugeh kau panjat eh abu..haha..

Tanpa Nama berkata...

ohhsemmm! try mai panjat pokok tembikai blakang rumah gua pulak~mehehehe

jom join!
http://storyofateenagers.blogspot.com/2011/09/pest-kontes-bai-budakampung.html

amna berkata...

tak caya tak nageh.. lalala~

org muo berkata...

untungla x pgi skolah berminggu-minggu :)

harrazdani berkata...

alhamdulillah masih seperti sediakala..huhuhu

Rtp Farra Arisha berkata...

haa. itulah akibatnya klo hero mahu tunjuk kehebatan dirinya..ckckckc.
luckily, kedua2 tangan ok sampai sekarang.

don't naughty2 again ok! take care~

fathiah berkata...

aku lagi terer la dr ko bab panjat pokok ni. tak penah jatuh pun der :D

Syazwan Che Deraman berkata...

tinggi mana bro?.
aku tak pernah lagi patah patah anggota badan ni.
sakit macam mana ye?.
mana sakit ngan sakit gigi?

Unknown berkata...

alhamdulillah sekarang dah ok tu...

Unknown berkata...

nsb bek lah tgn msih ad hehehe

Tanpa Nama berkata...

buas sngt lah ang neyh abu...ahahah !

xpa3 tangan tuh hensem lg..haha !

ewanthology berkata...

Allah nak uji skit je tu

aiEz berkata...

macam mana panjat pokok taugeh abu?hehe..;p

rileks pengalaman tu,ak pn pernah gak..mmg serik tp best,hahaha..

YouSOF berkata...

Huhu boleh tahan hebak aksi kau tu Abu. Aku dulu pun suka panjat² pokok ni. Terasa diri cool sungguh masa tu. ;D



Syukur la kau selamat. Aku kena urut masa jari terseliuh dulu pun NIKMAT sungguh laa.

Tanpa Nama berkata...

Wahahaha, tu la kannn tunjuk macho lg :D Tp kesian ileww kne ubat cara kmpung T^T

Lea Isnawi berkata...

aku x bace abes pun
ko berani ke nak karate aku? :P

Abu Bagi berkata...

ada beberapa orang yang aku nak karate di sini.. Awas!! :P

Addin berkata...

moral of the story , jangan panjat pokok ? hehe :p

~Sal Ismail~ berkata...

hero kg rupanya ko~ =p

Afzainizam berkata...

Oohhhh orang lain panjat kelapa lagi lah handal tau....

EEEMMM ye lahhh ada orang kata kalau tangan patah buat cara tradisional cepat baik... pasal tempat aku ada orang pandai ubat patah-patah tulang ni.... ramai yang datang setiap hari..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jamming show Volume 10

Unknown berkata...

sakit...sakit....saya pernah patah tangan kanan ni huhuh...sebulan lah berbalut plaster putih yg keras tu huhuhuhu

Babab.net