Jumaat, 14 Disember 2012

Tibai Buah Buahan Di Felda Sungai Koyan Raub Pahang

Malas betul nak update entry on time.. selalunya tiga empat lima hari atau berbulan selepas hari kejadian baru nak tulis dalam blog, tak boleh nak jadi wartawan, lampi hahaha.. malas nok, nak buat macam mane.. ni pun kira ok la, berupdate la jugak sikit sikit..

Nak kabo aku daripada makan durian lagi..keh keh.. tak settle settle dengan durian, ye la orang ajak pagi kampung, ada pokok buah buahan kat belakang rumah.. ambo on jerr.. lagi pun ambo memang suka makan buah buahan tempatan hehehe.. ye tempatan..

Ini Gambar pinggan kat R&R Genting Sempah.. singgah sarapan kat sana, masih banyak kabus time tu.. sebab gerak awal daripada Puchong, yerr awal lah sangat.. oh aku baru perasan aku sorang je yang tak terbalikkan sudu dah garfu.. kelas sangat uolzz..hahaha..

Ini lah dia kitaorang kat Felda Sungai Koyan Raub Pahang.. hari tu Felda jugak, tapi kat Felda Kota Kelanggi Jerantut Pahang.. pegi makan durian jugak..fuh!! kemain aku pegi makan durian jauh jauh..

Yang menghadirkan diri, patik hang kebun.. Alia yang gemok, Markumi dan En.Sham.. ni sebenarnya kitaorang pegi rumah kakak kepada En. Sham, Kak Ida.. dia yang ajak datang pegi sana, sebab banyak sangat durian, manggis dan rambutan.. tak de siapa nak makan.. eh! tau tau je kan Kak Ida kitaorang ni pellahap buah buahan..

Aku sampai sampai tak baca bismillah terus pegi panjat pokok manggis yerr.. nasib baik la tak de banyak serangga kat atas pokok tuh.. gigih aku jatuhkan sebesen buah manggis.. pencapaian yang sangat bagus selepas beberapa tahun tak panjat pokok buah..

Umi dan Alia pulak jolok buah manggis daripada bawah dan kutip buah yang aku jatuhkan.. En. Sham pulak kutip buah durian yang dah gugur.. begitulah kitaorang saling membanting tulang dan tolong menolong antara satu sama lain seperti orang desa yang bermasyarakat dan hidup harmoni (wah gitu ayat aku) hahaha..

Terus makan bawah pokok yerr.. yang gambar kat atas ni stock bawak balik Puchong.. tu pun sebab tak larat dah nak makan.. banyak sangak kot..

Kak Ida baik sangat, dah la baik pandai masak pulak tu.. sedap ikan Patin masak tempoyak dia, Alia makan satu jam tanpa henti, jumpa lagi pekasam emmm..memang makanan dia la.. tu dia jugak yang first duduk kat situ..

Kitaorang makan kat luar, bentang tikar.. macam berkelah..nyaman sungguh, suasana kampung sangat.. best laaaa.. nyesal makan banyak sangat durian, dapat makan sikit je nasi, sedap Kak Ida masak..

Huha huha kitaorang pun bersiap nak balik, kena balik awal sebab esok pula nak kerja.. bonet belakang keta En. Sham penuh sumbat dengan durian rambutan dan manggis.. bauh harum sambil ber camwhore..

Bosan dalam keta, aku sempat tidur dua kali, kenyang sangat mengkali.. lepastu bangun terus buat kerja kerja seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.. aku pakai sapu tangan kat kepala inspired by turban Alia hahahaha..

Sempat  gambar signboard besar Bentong yang ada kat tepi jalan.. sila noted aku dah sampai Bentong.. ni je la kerja aku.. dah namanye berjalan jalan kan, so aku pun snep snep je lah..

Ini pulak kat area Pekan Bentong.. daripada atas kereta sempat gambar Masjid Bentong, gerai buah buahan segar dan kedai jual kabinet dapur, tv dan lantai lamina grrrr... cuma sedih tak sempat singgah nyanyi lagu Aizat kat Sungai Lui..

Apa apa pun thanks kat En. Sham.. bawak kitaorang jenjalan makan durian kat Felda Sungai Koyan.. thanks jugak kepada Kak Ida yang very nice and friendly kat kitaorang.. seronok sangat weekend tu.. sampai masa kita jumpa lagi..

Rabu, 12 Disember 2012

Pertandingan Bowling Di Ampang Superbowl IOI Mall

Sabtu baru baru ni company tempat kerja aku MAFC Group dengan kelab KRK telah menganjurkan pertandingan bowling di Ampang Superbowl IOI Mall.. game bermula 8.40pm dan berakhir lebihkurang dalam pukul 12.00pm..tiga game, menjadikan kami sebagai pemenang tempat kedua (kembang idong seketika!)..

Setiap kumpulan kena ada lima orang dan dalam kumpulan tu wajib atleast ada seorang perempuan.. so kitaorang Polkadot Hitam nama diberi diwakli oleh aku, Hamdan, Afiq, En. Fadir dan Mala.. semua hebat hebat kecuali aku.. kalau aku tak de mungkin diorang boleh jadi juara kot hahaha..

Wajah wajah kumpulan naib johan.. dan untuk pengetahuan korang, kumpulan Polkadot Hitam juga telah dianugerahkan sebagai kumpulan terbaik.. ia dinilai berdasarkan kebisingan, team, dan performance.. dapatlah baucer membelih belah di Jusco.... lepas la kot nak beli seluar dalam yang ada potongan harga 70%..

Ini mungkin salah satu punca performance aku drop masa malam tu (ceh! macam performance tip-top)..aku dok sebok pegi mencapap kat kumpulan lain.. jalan jalan, pegi bergambar sana sini hahaha.. aku tak boleh la duduk diam la, macam ada je ulat dalam bontot aku ni.. gatal kalau duduk kat satu tempat je dalam event macam ni..

Tengok tu hahaha..Azrul bawak anak dia si Alif, ramai staff yang bawak anak dia masa event tu, Mr. Mama pun ada.. meriah uolzz.. oh ya semua peserta diberikan sehelai tuala kecik untuk lap ketiak basah semasa pertandingan.. ye la kat, habis baling bola terus terkinja kinja.. mana tak basah keti..

Beberapa kategori telah dipertandingkan.. selain group tempat pertama sampai ketiga ada jugak kategori pemain terbaik lelaki dan perempuan satu hingga tiga, group best performance dan juara longkang..

Wah tuudiaa.. gaya je lebih.. tapi balingan choy!.. horror.. hahahaha.. bertuah betul aku duduk satu kumpulan dengan orang yang hebat hebat.. ada la jugak kenang kenangan daripada kelab KRK MAFC Group sebelum bla very soon..

Dan ini adalah juara juara longkang.. kategori wanita dimenangi oleh Mazunita dan bagi lelaki dimenangi oleh Zulhilmi.. ia dinilai berdasarkan kekerapan bowling masuk ke dalam longkang keh keh keh.. for the record, dua dua diorang ni datang daripada kumpulan yang sama.. dan sah sah la dorang ni nombor satu paling uncit hahaha.. dan dan Mazu pegi berlatih sebelum hari perlawanan.. rupanya rupanya nak belatih merebut hadiah juara longkang hahahaha..

Babab.net