Khamis, 29 November 2012

Dusun Durian, Felda Kota Gelanggi Jerantut Pahang: Hamboi Tajuk Kemain Penjang Macam Kereta Api, Kau Mampu

Entry banyak gambar kembali lagi.. acara bebas nak baca atau terus tengok gambar pun boley.. mana mana, suka hati korang hahaha.. yaa ini adalah entry bergambar aku dan member lain di dusun buah buahan En. Faizal bekas rakan sekerja.. kini beliau sudah kembali ke kampung halaman, mengusahakan ladang sawit bapak beliau.. sudah jadi tauke sawit..apedahal..hehehe

En. Fazal atau lebih dikenali sebagai Pak Andak dengan baik hatinya telah menginvite kitaorang pegi melantak buah buahan tempatan di dusun beliau di Felda Kota Gelanggi Jerantut Pahang, ha'ah buah buahan tempatan.. free aje kawan kawan, bukan setakat durian manggis, dukong, salak dan rambutan pun ada..

Memperkenalkan Pak Andak yang pegang sabit tu, Hamdan yang pegang durian dua bijik dan gua yang kacak kat tengah.. ewah kemain jumpa durian hahaha.. sampai je dusun terus kumpul durian yang ada kat bawah pokok bersepah..

Gerak daripada Puchong pukul 11 pagi.. sampai sana dekat pukul 3 petang.. singgah kejap kat restoran Warisan Pak Mandor, makan nasi sikit sebelum makan durian.. takut perut masuk angin..

Ini la pesen orang yang tak reti belah buah durian.. dua orang tarik.. tu pun tak lepas hahaha.. buah tu jatuh daripada pokok depan depan kitaorang..

Takut jugak kalau kalau buah durian jatuh kat atas kepala.. memang arwah la jadinya.. sebagai langkah berjaga jaga, kitaorang tak duduk bawah pokok durian dah, terutamanya time pokok bergoyang ditiup angin.. kitaorang duduk kat bawah pokok petai..

Emmm sedapnya.. empuk, manis pun manis free lagi.. combo super awesome.. jari aku ada taik kuku sila abaikan hahaha..

Heaven la bila makan durian macam makan nasi.. ada banyak lagi kat depan mata sampai tak larat nak habiskan, banyak sangat kot.. boleh buat mandi atau lumur kat badan

Petua untuk mengelakkan badan terasa panas akibat makan durian.. korang boleh makan buah manggis.. buah manggis kan sejuk orang kata.. tapi sebenarya buah manggis membantu meleraikan karbohidrat yang tinggi pada durian dalam perut kot.. cuba baca kat sini

Kat dusun Pak Andak pun ada pokok manggis.. so makan buah manggis pulak.. petik je daripada atas pokok, segar terbaik dari ladang..

Buah dukong pun ada.. manis, selain durian dan manggis.. aku juga menggemari buah dukong.. apejela yang aku tak gemari kan, macam semua benda aku bedal haha..

Oh sila noted buah rambutan pun aku suka jugak.. buah rambutan masak merimbun atas pokok, syok gila aku tengok.. bestla orang yang duduk kat kampung.. banyak betul buah buahan tempatan..

Salak lagi.. semua aku bedal, tak cukup dua tangan dalam mulut pun aku sumbat..

Tuuu dia aku dengan kusyuknya melantak durian.. orang lain dah tak five, aku still continue lagi kah kah kah.. tengok la, buah durian besepah.. makan kat dusun kena bawak ubat nyamuk ye kawan kawan, nanti badan ada bulat bulat kena gigit nyamok.. tu asap asap tu bakar kotak telur..

Jolok jangan tak jolok..

Kemain Pak Andak jolok buah dukong dan buah salak.. aku tukang pungut dan tukang makan je..

Lama betul tak jumpa En. Faizal aka Pak Andak.. banyak betul cerita yang dikongsi, kuat mencarut macam dulu.. stock tak sanyang mulut hahaha.. apa apa pun thanks to En. Faizal jemput ketaorang datang bertandang di dusun beliau kat Felda Kota Gelanggi, semoga beliau lagi dimurahkan rezeki.. bakal menyambut baby yeng kedua very soon..

Melantak Durian Di Kuala Kangsar
Melantak Durian Di Puchong Permai
Durian Crepe Yang Sedap
Gambar Musim Durian 
Tpis Memilih Buah Durian Terbaik
Tips Badan Panas Makan Buah Durian


Tag: mahan buah buahan tempatan malaysia, dusun durian di pahang, musim durian di pahang, anak felda, jenis jenis durian, pokok salak berduri, melantak durian di dusun, jalan jalan cari pakan di pahang, tips buah durian, bahaya duduk di bawah pokok durian, jeruk salak

Isnin, 26 November 2012

Durian Crepe: Pengedar Durian Crepe



Ha! finally aku dah makan durian crepe yang famous tu.. ntah tetiba je durian crepe menjadi sebutan ramai di dalam internet ni.. aku tengok orang upload gambar di sana sini twitter, facebook dan blog, emmm nampak sedap..

Kebetulan pulak hari ni aku pegi menghadiri Seminar The Sustainable of Malaysian Agricultural Food Safety and Security kat MAHA2012 MAEPS Serdang.. so adala benda durian crepe ni jual kat situ, aku pun beli lah sekadar hedak mencuba, maklumlah curiosity tinggi nak jugak try sedap ke tak benda ni..

Pada aku bagi pengemar durian mereka pasti akan menyukai durian crepe.. mula mula ingatkan benda ni kena goreng atau rebus dulu sebelum dimakan.. rupanya ngaaap! macam tu je hahaha

So tolong peniaga bumiputra, bagi sesiapa yang nak merasa durian crepe ni.. berikut adalah alamat yang tertulis pada pack gambar di atas: Yummy Yellow (Durian Crepe)
Mum's Rich Food 
No.69 Jalan Pulau Lumut U10/76C
Taman Alam Budiman, Sek U10
40170 Shah Alam, Selangor 
Tel: Halim 017-2358535, Asma 0192-2710137

Kalau nak belajar resepi cam mana nak buat durian crepe ni, sila pegi ke blog cik epal, baru je google.. dia dah buat entry pasal ni jugka rupanya..emmm patutla durian crepe jadi famous.. blogger punya kerja rupanya hahaha

ps: habis makan durian sendawa bau macam haram...
ps: esok esok baru update pasal pegi maha hari ni..penat la
ps: I love you

Tag: Durian crepe sedap, mana nak dapat durian crepe, cara cara nak buat durian crepe, menjual durian crepe, sedapkah durian crepe, resepi durian crepe, durian crepe famous, penjual durian crepe, durian crepe bali kat mana

Babab.net