Sabtu, 10 Mac 2012

Melawat Ladang Anggur Tasik Beris Sik Kedah

Siapa tahu sebenarnya Malaysia memiliki ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara.. wah hebak la Malaysia ni, boleh tanam anggur kat low land..

Ladang Anggur Tasik Beris ni terletak kat Sik Kedah.. fuh! jauh gak tempat ni.. kalau daripada Sungai Petani lebih kurang dalam 50 minit gak la.. sesat salah masok simpang, salah jalan, U turn bagai  lebihkurang 2 jam la kot kah kah kah.. sebenarnya nak cari ladang anggur ni kitaorang telah sesat, tahh! empat kereta salah masuk jalan hahahahaha.. masuk dalam ladang getah...

Ladang Anggur Tasik Beris memulakan operasi diorang sejak 2007.. err outdated betol aku ni, tak tahu pun ada ladang macam ni dalam negara kita.. ya la kan ladang ni terletak area Sik hulu sana, mana nak tau..

Gini la rupa paras pokok anggur tu, alaa.. macam tanaman hiasan aje.. ladang anggur terbahagi kepada dua seksyen, iaitu Ladang Anggur Perdana Telaga Batu dan Ladang Anggur Sungai Enam Sik Kedah..  seksyen perdana ni la yang dibuka untuk orang ramai tuk lawatan..  keluasan 4 ekar dan ditanam dengan lebih kurang 1000 pokok anggur..

Kalau korang sampai sini korang berpeluang tuk membeli buah anggur tempatan, cake anggur, jus anggur, key-chain anggur, baju anggur, topi anggur dan wanita anggur keh keh keh.. oh ya, ladang anggur ni menghasilkan 4 jenis anggur iaitu White Melaga, Black Grape, Black Opal dan Loose Pelite.. emm macam macam, tapi aku beli yang kat atas tu aje.. aku tahu anggur itam dan anggur ijau, yang ijau tu lagi manis daripada yang itam.. tak percaya pegila Sik beli dan rasa.. jauh tuuu...

Kepada sesiapa yang nak sangat tengok cam mana anggur di tanam dan rupa bentuk pokok anggur itu, so di sini la tempatny.. tak yah nak pegi eropah luar negara bagai, di sini pun ada...

Bayaran masuk ialah RM 4 henggit bagi dewasa dan Rm 2 bagi kanak kanak.. ada sales gallery, surau dan  tandas.. err tandas pun mau cakap kah!! hahaha.. ok kat sini ada tasik beris yang lawa.. serius lawa.. tak tipu..

Ini la wanita wanita anggur.. pakai baju kurung gi ladang anggur mahu tak vogue hehehe.. sebenarnya kitaorang daripada rumah member kahwin.. so pecah lobang dah, entry ni entry basi keh keh keh.. tak pe la basi pun basi la ya.. yang penting aku dah bagi tahu kat korang kat Kedah ada ladang anggur.. untuk korang yang tak pernah tahu la, sama macam aku..

Anggur adalah antara buah favourite aku.. bukti tengok tu aku melahap anggur setangkai sekali harung.. fyi, anggur adalah buah yang kaya dengan vitamin A, C dan B6 selain mineral lain seperti kalium, kalsium, fosforus, magnesium, besi dan lain lain..  dapat merawat sembelit, senak, keletihan, gangguan buah pinggang dan pencegahan katarak mata.. see bagus kan.. 

Rabu, 7 Mac 2012

WW: Pulau Sipadan

Is thinking to go to Pulau Sipadan again for my Annual Leave on 11-19 March 2012

Babab.net