Isnin, 16 Januari 2012

Basuh Guna Tisu Atau Air Dalam Tangki Flush

Ramai yang dah tahu pasal masalah air yang di hadapi kat Selangor ni.. dalam berita je pun jap tadi ada cakap pasal bekalan air yang tidak mencukupi di Selangor dan mungkin akan merebak ke sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya..

Punca utama adalah disebabkan bekalan air terhad daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Sungai Semenyih.. sekarang ni pun loji rawatan tersebut sedang beroprasi pada tahap yang maksimum, tapi masih tak cukup jugak sebab penggunaan air semakin meningkat sebab cuaca panas dan nak dekat dengan raya cina..

Tapi yang pasti sejak beberapa hari ni kat opis ada je masalah air yang berlaku, gua kurang pasti sama ada itu ada kaitan dengan masalah yang disebutkan kat atas atau masalah teknikal kat tempat kerja, pam rosak ke apa kah, mana la tahu kan..

Kalau gangguan air berlaku kat opis mungkin korang dapat bayangkan masalah masalah lain yang akan timbul antaranya nak solat pun susah, minum air nestle dan alicafe tekan tekan  pun tak dapat, selain masalah nak beristinjak.. 

Dengan itu dinasihatkan check la dulu air tu ya sebelum melampiaskan nafsu serakah dalam toilet, ada ke tak de air.. kang dah berak semua masa nak cebok.. fak!! tak de air.. apa nak buat..hahaha... 

Nasib baik la Islam tu mudah, kalau dah tak de air terdesak sangat dah kencing terpaksa la guna tisu yang disediakan.. kalau tak nak, cebok guna air yang ada dalam tangki flush je la.. untung kalau tangki tu tak tinggi, kalau tinggi masalah bagi orang hobbit macam gua ni haha.. tapi sesuci mana air dalam tangki flash tu kalau dah second, third, forth user.. guna tisu je la ya.. 

Kalau yang perempuan gua tak tahu solusi apa yang paling sesuai tuk korang, luar lingkungan pemikiran gua keh keh.. sebab setahu gua perempuan ni lah yang paling kuat guna air kalau bab bab urusan dalam tandas mahupun di bilik mandi hehe.. 

Suykur la kat flat bajet apartment tingkat lapan tempat gua tinggal ni tak de lagi masalah air.. kalau tak, mengambing la gua tak mandi pegi kerja, seperti zaman silam beberapa kali tak mandi pegi kuliah disebabkan tak de air kat kolej..

So, nasihat gua jangan la nak membazir sangat dengan air.. kurangkan la aktiviti yang mewajibkan korang mengambil hadas besar haha.. basuh keta basuh motor jangan nak royal sangat.. ok, i go amigoss..

Sabtu, 7 Januari 2012

Lawatan Ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong

Aku harap entry ni tak berat macam apa.. sebab ada sebelas gambar semuanya.. lagipun hari tu aku pernah masuk dalam blog Hamzah Ian, dia letak 20 gambar dalam satu entry.. ok je aku buka.. kah kah lah cara nak sedapkan hati, membuat perbandingan ya kawan kawan.. bukan mengkamerkan atau membundarkan.. ok!! siap dah intro merapu aku hehehe..

Sebenarnya ini cuma gambar kenang kenangan aktiviti kelab KRK MAFC Group.. KRK ni tak silap aku maksud dia kelab rekriasi dan kebajikan ke hape, aku pun tak hengat sebab diorang sebut sebut KRK je kat opis.. aku bukan la komiti kelab ni tapi sebagai rakan sekerja, bagi jugak la sokongan dengan aktiviti syarikat.. gitoh!! hahaha

Semalam kelab KRK buat lawatan amal ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, dekat je kat sini, lebihkurang 20 minit perjalanan daripada tempat kerja, kalau tak jem la.. dan 5 minit je daripada rumah sewa aku ni.. seramai 13 orang staff semuanya mewakili MAFC Group meluangkan masa selama hampir 3 jam bersama dengan anak anak yatim di rumah amal tersebut..

Tuuudiaaa.. pasukan ibu ibu mengangkat barang makanan.. eh tak!! ada yang tak kahwin lagi..

Sesi pengenalan aktiviti dan wakil syarikat di bilik tetamu bersama dengan Ustaz Zawawi (ayah), puan dan cik yang bertugas mengendalikan RALK.. di sini juga kitaorang diperkenalkan dengan seorang kanak kanak yang paling kecik kat ramah amal ni..

Memang jelas terpancar sifat keibuan mereka.. 

Yang ini tak jelas lagi pancarannya.. hahaha

En Khalid sebagai wakil menghulurkan sedikit sumbangan kepada Ustaz Zawawi Ramli.. beliau adalah co-founder RALK bersama sama dengan isteri beliau Ustazah Raba'ah Abdul Aziz..

Wajah anak anak yatim yang menghuni RALK.. antara tujuan utama rumah amal ini memastikan mereka membesar dengan didikan agama.. 


Ada persembahan.. banyak kativiti diorang sebenarnya.. ada juga kebun bunga dan kebun sayur..

Ehemmm... masa anak anak yatim tu nyanyi ramai ramai lagu nasyid something pasal ibu dan ayah .. oh serius memang sedih dowh.. tengok la wanita yang berhati kapas, mana tak menitis air mata.. lain lagi yang nyorok kat tepi tiang hehehe..

Memang tak sah kalau tak bergambar kat mana mana signboard..

Sebelum berangkat pulang.. ambek gambar dulu kat luar ya.. alolololo.. comel je adik kecik tu.. 

Bergambar ramai ramai..  ada penghuni RALK baru duduk depan kat hujung sana, pakai baju biru stokin putih keh keh..

"Anak-anak yatim hatinya terhiris dan sering menitiskan airmata bila melihat kanak-kanak sebaya dengannya dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Mereka juga ingin merasa pelukan ciuman kasih sayang dari seorang ibu atau ayah...rumahamallimpahankasih.com

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih bolehla berbuat demikian melalui cek atau tunai:
  • Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
  • Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan) 
  • Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

"Susah Orang Susah Kita, Senang Kita Dikongsi Bersama" www.rumahamallimpahankasih.com


Babab.net