Rabu, 9 November 2011

Bahaya Jika Anak Muda Berkata "Aku Tak Suka Politik!!"


"Anak muda generasi bangsa".. itu adalah hakikat, yang tua akan pergi dan anak muda yang ada sekarang ni akan mewarisi apa yang ditinggalkan.. ok semua dah tahu.. aku saja nak cakap tuk intro hehe..

Kalau korang tanya aku pasal pandangan aku pasal politik negara kita ni.. aku akan jawab "ada kukesah!!" gitu kan kah kah.. "aku tak suka la politik, malas nak ambik tahu".. pegi mamps la.. ini serius, orang lain tu ade lagi yang lebih terok sampai tak daftar mengundi langsung..

Ramai anak muda sekarang ni tak suka sangat ambik tahu pasal politik.. mungkin dorang tengok sendiri daripada media massa, internet etc.. tak nampak mana bestnya berpolitik ni, semua gambaran seperti fitnah, rasuah, sodomi, video seks, cakap besar, janji kosong, gipang dan banyak lagi la.. "tak de politik yang bersih".. inila sebenarnya menyebabkan generasi muda tak suka ambik tahu sangat pasal politik..

Sama ada kita sedar ataupun tidak, itu adalah sesuatu yang berbahaya.. kenapa berbahaya? sebab kita generasi bangsa la..

Bukan nak rasict ke hape.. cuma aku nak nasihatkan tuk diri aku dan jugak teman teman sekalian, kalau kita tak daftar siapa lagi yang nak mengundi? cuba korang bayangkan jika kebanyakan tempat bilangan pengundi adalah bukan melayu? padahal ramai je kat situ bangsa melayu, cuma diorang je yang tak nak daftar hak sebagai pemilih.. tahu tak undi itu menunjukan suara di sesuatu kawasan? cuba korang bayangkan jika politik negara kita ni bukan lagi dikuasai oleh orang melayu, sebenarnya melayu masih kuat adalah disebabkan politik itu sendiri masih dipegang oleh orang malayu, cuba banyagkan kalau dah tak de ape dah.. cukupla kalau dari segi ekonomi kita dah tertinggal.. fikir fikirkanlah..

So, marila kita bermula dengan mendaftar sebagai pemilih, tambahkan bilangan pengundi melayu dalam rekod  SPR.. at least bilangan pengundi melayu tu masih ramai lagi..

Dandan aku nak nasihatkan orang padahal aku ngundi ke tak sebab tampat aku mengundi nun jauh di sana kat lahad datu.. but at least..

Selasa, 8 November 2011

Taip Entry Dulu Atau Letak Tajuk Dulu

Kalau korang nak post entry, korang buat tajuk dulu baru taip entry atau taip entry dulu baru buat tajuk? itu sahaja soalan daripada saya.. sekian dan terima kasih..
ke makan dulu baru buat entry? aku ni asyik makan je kerja.. tak pe metabolisma tinggi kah kah..

Skema jawapan: Kalau aku.. aku taip entry dulu.. siap semua baru aku bagi tajuk apa nak letak.. tapi sebelum taip tu, aku fikir dulu benda apa yang aku nak cakap.. kalau ada ilham, laju je taip tapi kalau tak de ilham, stuck stuck la macam ada benda pejal yang menghalang, melekit lekit.. eeew! benda apa aku cakap ni kah kah.. but then kadang kadang tu meleret jugak, mula mula aku nak cakap lain.. pastu lama lama dah jadi benda lain pulak haha.. itu la aku.. anak pakcik bagi..:P

Babab.net