Selasa, 8 November 2011

Taip Entry Dulu Atau Letak Tajuk Dulu

Kalau korang nak post entry, korang buat tajuk dulu baru taip entry atau taip entry dulu baru buat tajuk? itu sahaja soalan daripada saya.. sekian dan terima kasih..
ke makan dulu baru buat entry? aku ni asyik makan je kerja.. tak pe metabolisma tinggi kah kah..

Skema jawapan: Kalau aku.. aku taip entry dulu.. siap semua baru aku bagi tajuk apa nak letak.. tapi sebelum taip tu, aku fikir dulu benda apa yang aku nak cakap.. kalau ada ilham, laju je taip tapi kalau tak de ilham, stuck stuck la macam ada benda pejal yang menghalang, melekit lekit.. eeew! benda apa aku cakap ni kah kah.. but then kadang kadang tu meleret jugak, mula mula aku nak cakap lain.. pastu lama lama dah jadi benda lain pulak haha.. itu la aku.. anak pakcik bagi..:P

Ahad, 6 November 2011

Gambar: Majlis Gotong Royong Korban, Surau Al-Ehsan Taman Puchong Permai

Macam biasala kalau tibanya Hari Raya Aidiladha pasti ibadah korban akan dilakukan di sana sini.. biasanya buat kat masjid masjid, majlis rukun tetanggan kawasan perumahan dan jugak di kampung.. rasanya di kampung lagi meriah ye dak?

Haiwan yang menjadi korban biasanya kat negara kita ni lembu lah.. kerbau agak jarang, unta lagi la.. unta pun aku tak pernah tengok.. dalam tibi jak banyak..

Ibadah korban sesungguhnya mempunyai banyak kelebihan, Rasulullah saw. bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam (al-futhuhat.blogspot.com)


Dan hari ni aku sempat gi tengok Majlis Gotong Royong Korban anjuran Surau Al-Ehsan Taman Puchong Permai, dua ekor lembu telah menjadi korban..err tengok je la.. tak tolong pun sebab dah ramai sangat orang.. btw, lembu adalah sumbangan daripada YB Dato Dr. Haji Mohamad Satin ADUN 29 Seri Serdang..

 Masyarakat di sekitar kawasan perumahan yang hadir, ramainya kanak kanak banding orang dewas.. suka sangat diorang tengok lembu tu kena sembelih..hehe..

 Lembu yang telah di sembelih.. wah kemain lagi pacik bomba tu.. hebak la, terfikir kalau tak de dah orang orang tua yang gigih macam diorang ni.. siapa lagi yang nak buat.. kena belajar ni..

Menyiat kulit lembu, sib baik aku jadi wartawan bebas time ni.. kalau tak aku pun join sekali menyumbangkan tenaga.. yeah!! alasan hehehe.. sebenarnya kalau kat kampung, aku adalah harapan, harapan tuk timbang timbang daging korban je la... hahaha.. 

Daging yang ingin diagaih agihkan untuk orang ramai.. aku tak ambik sebab rumah aku ni tak de peti ais dan tak de dapur.. aku nak masak kat mana hahaha.. lagipun aku tak reti nak masak masak daging ni.. maklumlah bujang tarang tang tang.. makan luar jak.. 

Babab.net