Isnin, 24 Oktober 2011

Mana Lagi Sedap, Ayam Penyet Kah Kucing Penyet Kah

Selapas berhimpun semalam dan menunaikan tanggunjawab semua bagai.. kitaorang singgah ke Summit USJ terus ke Restoran Ayam Penyet the traditional Indonesian cuisine.. yam yam.. aku memang suka ayam penyet, kalau kat kampung nampak ayam bejalan jalan rasa macam nak penyet penyet je diorang semua, termasuk anak anak ayam.. nak makan keh keh keh...

 Ini la dia payung makan nasi ayam penyet ni hahahaha.. terima kasih, apa tu? nak korek idong ke? hahahaha

Susah bejalan dengan orang politik ni.. nak makan pun Satu, apa apa pun satu malaysia.. kome ni susah bebenor.. baik kome pegi menchako dindin..

aku bukan orang jawa tapi aku suka makan tempe hehehe.. selain ayam, sambal dia aku suka even pedas giler..  sebenarnya aku tak boleh nak makan pedas sangat sebab confirm keesokan pagi dia aku akan sakit perut.. untung kalau tak cirit buih..

 Hidangan sampingan.. sampingan kah?! rasa dia ni very typical indonesian food.. kalau kat sabah rasa dia sebijik macam mie sedaap perisa soto datang daripada indon melalui tawau kah kah kah.. tak tahu kat sini ade ke tak.. tak survey coz lama dah tak makan mie instant..


 Ingat lagi tak korang dengan kucing yang terperangkap bawah keta diselamatkan oleh bomba tu, tak ingat baca kat sini... ni la dia kucing hitam tu.. dah besar pun dia, senang hati buncit sudah, kanyak makan whiskas hahahaha..

Lagi satu kucing yang gemuk dan berat.. nak masak kucen penyet pas ni ngeeeee...

Ahad, 23 Oktober 2011

Gambar Sekitar Himpunan Sejuta Umat Stadium Shah Alam

Bawah ni adalah gambar semasa himpunan sejuta umat kat stadium shah alam petang tadi..
Sebenarnya yang datang tak seramai mana pun, tak tahu la, dalam 5000 pun mungkin tak sampai kot.. biasala kalau aktiviti macam ni.. kalau ada game, konset atau pesta kebudayaan memang la ramai yang datang memberi sokongan..

Perhimpunan ni berjalan dengan lancar dan aman.. pihak penganjur jugak berjaya menyampaikan matlamat dan mesej mereka kepada orang ramai dan juga pihak media..

Syukur la sekurang kurangnya ada jugak usaha untuk mempertahankan agama Islam dan Institusi Beraja dalam Malaysia ni.. sepatutnya kita semua termasuk diri aku sendiri perlu lebih sedar bahawa gejala murtad dalam negara kita ni sebenarnya semakin aktif dan berleluasa..




Ribuan umat Islam yang menghadirkan diri.. mendengar pidato yang di sampaikan oleh para pemidato.. kalau korang dengar mungkin korang teketok sedikit kepala tu tentang betapa seriusnya aktiviti memurtadkan orang Islam dalam negara kita ni..
 
Baca kat sini, Deklarasi Himpunan Sejuta Umat..

Babab.net