Khamis, 13 Oktober 2011

Kuatnya Pengaruh Filem Tempatan

*serius entry panjang.. tak nak baca sila pangkah ^^

Mungkin korang dah tahu pasal cerita video lucah Mimi one Nation Emcees yang tersebar tu kan.. aku tak tengok lagi klip yang dikatakan tengah hot tu, aku pun tak nak tengok sebab aku tak suka lucah lucah ni.. tapi dalam blog blog dah berleluasa di canang canangkan.. sedangkan filem Klip 3gp tak kuar pun dalam pawagam lagi.. apa cer?!



Adegan seks mengairahkan Mimi dan Fikhree Bakar adalah salah satu scene dalam filem Klip 3gp terbitan Grand Brilliance.. namun menurut Aidil klip itu adalah versi yang ditokok tambah oleh pihak tidak bertanggungjawab dan bukan seperti yang diarahkannya (bharian)..


Aidil jugak berasa bersalah kerana hubungan Mimi dan balak dia si Jojo renggang disebabkan aksi ranjang yang dilakonkannya dalam filem tersebut.. Jojo tidak dapat menerima lakonan Mimi.. tapi Aidil dengan pendirinnya sendiri bahawa itu adalah lakonan semata mata dan ia bukanlah Mimi yang sebenarnya.. tahniah Mimi kerana berjaya menjiwai watak dengan baik sekali (gua.com).. bravo..


Emmm.. aku tak tahu nak cakap apa, tapi bagi aku filem Melayu ni dia mempunyai aura tersendiri, maksud aku dia sangat dekat dengan jiwa penonton, even masih ramai rakyat yang masih kurang menyokong filem tempatan.. tapi mungkin sebab filem dia yang diarahkan oleh orang kita yang sememangnya faham dan tahu jiwa dan kehendak masyarakat kita..  dipendekan huraian, maksud aku disini ialah filem melayu sebenarnya memberi pengaruh yang lebih kuat kepada orang kita berbanding filem luar..


Paling kurang pun kalau filem luar, aksi yang best best.. kita akan cakap..'wah! hebanya dia.. dahsyat gilerrrr', dan kalau aksi ganas, lucah.. kita akan cakap 'Bodoh..macam siot, memang kalau orang amareka!'..  


Persoalan juga timbul apabila sejauh mana kita boleh mengawal anak muda kita yang underage supaya tidak menonton filem filem yang dilabelkan sebagai PG dll.. mungkin sesetengah orang boleh lepas tangan dan menyalahkan ibubapa tentang hal ini.. tapi pengaruh kepada anak bangsa siapa nak jawab..


Sebab tu sebenarnya aku lebih rela melihat aksi aksi lucah atau yang terlampu dilakonkan oleh orang luar berbanding lokonan hasil anak bangsa kita sendiri.. mungkin pendapat aku ni sempit, dan tidak adil kepada industry filem tanah air.. tapi entahla.. bagi aku, lakonan2 seperti itu sangat mempengaruhi anak muda kita sekarang.. ya la dilakonkan oleh MELAYU, beragama Islam, bertutur munggunakan bahasa melayu even ada yang campur2 I..I..You..You... tapi seperti yang aku katakan di atas, ia sangat dekat dengan jiwa kita..


Mungkin penggiat seni akan memberikan alasan.. 'Ingin menunjukkan rialiti sebenar masyarakat kita.. supaya menjadi pengajaran kepada kita semua'.. tapi aku tak yakin ia begitu.. dengan aksi gairah, lucah, ganas, kepercayaan karut, tahyul dan bahasa2 tidak sopan yang digunakan pada aku sebenarnya ia lebih banyak medatangkan pengaruh negatif berbanding 'pengajaran' seperti yang dimaksudkan oleh mereka si penggiat seni..


Berkarya la, tapi tak payah la nak menonjolkan perkara perkara yang over sangat.. buat filem filem yang sesuai dengan masyarakat kita dah la.. sebab tu aku suka filem filem allahyarham Yasmin Ahmad.. bagi aku arwah menghasilakn filem yang betul betul original.. biar filem kita dengan identitinya sendiri.. 


Apa apa pun kasihan kat Mimi.. baru nak terjun dalam bidang lakonan terus dihujani dengan cabaran besar.. bad entrance.. ngko pegi belakon adegan porno macam tu siapa suruh.. agak agak la.. tengok trailer je pun mungkin ramai dah yang mencanak anunya.. kan dah betul betul jadi 3gp, simpan dalam henpon, boleh tengok dalam bilik sorang sorang.. pastu teeeettttt...


Sebenarnya aku dah lama kenal Mimi, of cost la dia tak kenal aku.. sebab dia ni dulu study kat UiTM Menggatal KK, ambek kos Diploma in Science.. dia memang aktif masa kat U, so kira famous jugak la.. sama macam si Mark Glenn One In The Million tu.. 


Sekali lagi, apa apa pun.. selamat berkarya kepada penggiat seni tanah air.. ini cuma pendapat peribadi aku yang sangat sempit.. aku cuma melihat daripada sudut pandangan aku sebagai penonton yang hidup didalam kelompok masyarakat sederhana.. tidak pernah berkumpul bersama golongan golongan artis yang sememngnya Glam.. jangan sentap mak hayam sudeh!!..


Sebab tu aku lebih suka melihat teguran Tun Dr Mahadir terhadap lambakan filem seram secara general.. bukan kepada filem seram sahaja tetapi applicable kepada genre filem yang lain jugak..

Rabu, 5 Oktober 2011

Rabu Yang Tak Bisu

Hari ni adalah hari rabu dan ini adalah entry yang tak seberapa nak wordless wednesday, sebab ada banyak gambar dan words.. lama dah gambar ni ada dalam draft.. entry paling cepat dan tangkas aku boleh post sekarang.. aku masih kat Cameron Highland.. ni pun curi curi pakai pc opis sementara menunggu result experimen yang tengah running, matila aku kalau kedapatan/ ketahuan/ kantoi hahaha..

berjumpa dengan jamil kucing.. yeah!! siapa jamil kucing ni?.. try search dalam google.. banyak cerita pasal jamil kucing dan kucing kucing dia kat bukit bintang.. keh keh keh.. lambang kat pintu tuh hehehehe..

mari berkelah dalam dapur hahahaha... cantek spek mata dan topi tu.. ni gambar masa kat rumah en faizal kat kampung melayu subang.. ini kes jalan jalan cari makan la ni hahaha..  

ni lagi dua orang pakai crown.. kelas kau jah!!

siapa cakap lelaki tak reti nak buat kerja kerja dapur, basuh pinggan je la, masak tak berapa sangat.. masak air boleh la haha.. perut kena sensored harap maklum hahahaha...

ni masa open house kat rumah en zahrin kat ampang.. aku banyak makan kambing time ni.. boleh? dulu aku tak makan kambing sebab aku tak tahan dengan bau dia.. sampai kat KL ni aku jadi sangap kambing golek pulak.. hairan bin ajaib betul, baru aku tahu daging kambing golek tu sedap..

habis kambing golek pegi restoran Warisan Sambal Opah pulak malamnya.. ni sapa yang duduk kat subang wajib tahu tempat ni.. nasik lemak yang super sedap.. kalu nak jumpa pegi je dekat dengan masjid subang.. lepak sampai pagi subuh pun boleh.. boleh bersyisah..hehe..

ni la dua orang pelanggan setia Restoran Warisan Sambal Opah sejak tahun 1980.. tengah makan sambil menyebut arr arr arr.. mungkin sedap sangt la tu kot.. ish komee ni... 

lepas tu pegi balun Float A&W pulak hahahaha.. ni memang terbaik punya.. yo ho ho!!

Amacam?.. wordless wednesday tak? hahaha.. oh ya, tolong aku jawab survey kat bawah shoutbox tu.. nak tahu kebanyakan reader abubagi dot kom ni kuat makan ke atau kuat tidur.. saja saja nak tahu.. terima kasih sudi singgah beguling guling.. 

Babab.net