Selasa, 20 September 2011

Tips Cara Nak Kecilkan Pipi

Soalan daripada SuteraKasihYann.. cara nak kuruskan pipi yang tembam.. emmm sebenarnya selain kawan aku yang suka tanya pasal berat badan dia kat opis tu, ada lagi sorang kawan aku problem dengan pipi dia yang tembam macam water melon.. tak de la problem mana pun cuma dia je masalah kalau nak begambar, kepala mesti disengtkan sedikit.. sebab apa? sebab dia tak nak pipi dia nampak besar dalam gambar.. tengok entry aku yang ini.. bomoh siam hehehe..

Kitorang dah tanya apa effort yang pernah dia buat tuk kecilkan pipi dia.. dia pernah mengunakan product cap ayam xxx, gosok dengan kunyit hidup bercampur asam keping dan jugak melumurkan muntah badang barangkali.. tapi keputusannya adalah negatif, tak nampak kesan apa hahahaha.. sekarang ni kitaorang dah nasihatkan supaya menerima pipi dia yang tembam tu seadanya.. hahahaha.. dan dia pun mengucapkan kata syukur.. alhamdulillah..

So, kesimpulanya tak de tips tuk kecilkan atau kempiskan pipi yang tembam disini.. aku dah search da.. yang aku jumpa banyak tentang nak kecilkan paha, betis dan liang liang roma.. oh perut pun ada gak.. ataukah aku yang kurang gigih nak cari.. korang searchla sendiri kalau rajin sangat ok..

Atau yang perempuan mungkin korang cuma perlu bermain dangan warna pada wajah korang, makeup makeup.. ton ton color yang betul supaya pipi korang nampak kecil sedikit.. macam mana nak buat? jangan tanya aku.. aku tak tahu serius aku tak tahu..

Sebelum aku berundur, aku nak bagi tips tuk mencerahkan ketiak pulak.. aku tahu, ketiak korang mesti hitam kan kan kan...hahahahaha.. tu la pakai lagi deadoran macam macam.. tengok ketiak aku ni putih, setia dengan Nivea hahaha..

Ni dia, ambek bua sengkuang, korang parut pastu korang buat masker pada ketiak korang.. seelok eloknya buat masker ketiak ini dua kali seminggu dan lakukannya pada malam hari, 10 minit dalam satu sesi.. oh ya sepertibiasa jangan lupa selawat ya.. supaya lebih afdal..

Isnin, 19 September 2011

Tips Kelihatan Awet Muda

Wah dah lama gila aku tak bagi tips kan!? perasan tak? ah! bajet ramai stalker je aku hahaha.. btw, hari ni aku nak bagi tips.. please take note, tips ini sangat penting ok..

Pada kebiasaanya jika kita bertemu dengan orang yang baru kita kenali, bertanya tentang usia adalah sesuatu yang normal kat Malaysia ni, perasan aku pernah gi oversea haha.. serius itu normal kan.. so hari ni aku nak bagi lima tips untuk kita awet muda.. dan boleh membuatkan orang salah menilai range angka umur anda yang sebenar.. sama yang macam aku alami la..oh!! please perasan again...


Makan makanan bernutrisi 
Apa makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi.. 

Minum air mencukupi 
Jangan biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air.. 

Elakkan sinaran matahari berlebihan
Satu yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik.. 

Lakukan perkara yang korang gemari 
Ikhlaskan diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu... 

Berfikiran positif
Korang perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..

Bagus kan tips kat atas tu.. tak paya beli products yang mahal mahal.. original, terpulang daripada diri korang untuk mengamalkannya.. ok good luck...

Babab.net