Selasa, 12 Julai 2011

Mohd Farizal Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Menghina Lagu Negaraku

gambar daripada trivago.com

Alahai kenapa la jadi macam ni.. tu la kalau cakap atau buat status dalam laman sosial kena la fikir dulu.. main ikut sedap jari jak kan.. benda benda begini pun boleh berlaku.. budak U pulak tu.. manalah letak kepala hotak dia.. kalau jahil/ taksub sangat macam ni la jadinya.. benda simple pun tak boleh nak bezakan mana baik mana yang buruk.. dah jadi kes polis, biar polis selesaikan.. semoga jadi pengajaran buat kita semua.. more info klik kat sini.. facebook Mohd Farizal pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)..

Sabtu, 9 Julai 2011

Hidup Ini Seperti Kertas Double A

Korang perasan tak dalam tivi ka, novel ka, atau dalam entry entry bloggers.. hidup selalu diumpamakan dengan sesuatu benda, ataupun hidupan lain.. perasan tak?.. yang paling banyak sekali orang cakap hidup ini seperti roda, kejap kita berada di atas kejap kita akan berada di bawah, beringat ingat la konon..

Kalau Hamzah Ian pulak sekarang tenga mengumpamakan hidup sebagai sperma, berenang renang menuju kejayaan di dalam tiub fallopio, ada sperma itang, sperma baik dan sperma jahat.. ada jugak sperma yang dipersia siakan.. faham kan..hahaha.. pegi baca entry dia..

Disebabkan hidup kita yang sangant kompleks.. korang boleh terjemahkan hidup korang seperti apa sahaja yang korang suka.. nak cakap hidup ini seperti pokok pisang berangan? hidup ini umpama batu di tepi jalan?.. hidup seperti tong gas di dalam dapur.. atau hidup ini umpama kereta pun boleh jugak.. cuma terpulang pada korang merge kan menatang tu dengan hidup korang..

Sebagai contoh, aku boleh cakap hidup ini umpama kertas Double A di pejapat.. jika ia putih bersih tak berconteng ia sangat berguna, boleh print document penting, boleh print color cantik satu page bernilai 50sen, mahal tau!. tapi kalau dah tersalah print/ conteng kadang kadang orang buang macam tu jak, walhal kat belakang tu masi boleh pakai lagi..ye dak!

Samalah macam hidup kita, setiap orang mempunyai potensi untuk digilap menjadi orang yang lebih cemerlang.. tapi jika kita tersilap dalam memilih jalan hidup orang akan memandang serong terhadap kita, sedangkan daripada sudut pandangn yang berbeza kita masi mempunyai peluang lain dan kesilapan lalu masih boleh dimaafkan even parut lama masih kelihatan lagi.. ceh ceh!!

err.. korang rasa betul ke perumpamaan hidup yang aku bagi ni, main belasah jak kan.. hahaha.. bagi korang pulak, korang nak umpamakan hidup sebagai apa?.. hehehe..

Babab.net