Selasa, 21 Jun 2011

Ketahui Jenis Kentut Anda

Beberapa hari yang lepas aku ada post entry pasal Kebakikan Kentut Dari Sudut Pandangan Positif.. sebenarnya entry itu sangat popular dan telah diview oleh ramai orang setelah aku pingkan entry itu di dalam beberapa wesite.. kalau tak baca lagi sila klik kat sini..
Pada hari ini aku ingin senaraikan jenis jenis kentut pulak, aku harap korang tidak termuntah dengan knowledge kentut yang aku ingin kongsikan.. at least masa korang kentut korang tahu jenis kentut apa yang korang sedang hasilkan.. hehehehe..

Kentut aroma
Kentut jenis ini adalah biasa, kebiasaanya si pengentut baru sahaja makan makanan yang mempunyai bau khas.. bau yang lebih kuat terhasil apabila pengentut memaksa habis kentutnya keluar daripada lubang anusnya..

Kentut tubi tubi
Sudah jelas biasanya kentut ini dihasilkan secara bertubi tubi.. sekurang kurangnya tiga kentut dihasilkan secara berturut turut dengan bunyi yang kuat

Kentut tong kosong
Kentut jenis ini biasanya berbunyi nyaring ataupun kuat tetapi tidak berbahaya.. selalunya kentut ini tidak disertakan dengan bau yang busuk..

Kentut silent killer
Jenis kentut yang bertentangan dengan kentut tong kosong.. kentut ini tidak berbunyi tetapi mengelurkan bau busuk yang sangat menakutkan.. orang yang pakar dalam kentut ini mampu menghasilkan bau yang sangat dahsyat dengan kekuatan tinggi sehingga boleh di hidu di dalam satu ruangan besar seperti kelas/ office.

Kentut melodi 
Jenis kentut yang bernada.. orang yang pakar dalam jenis kentut ini boleh memainkan kentutnya dengan sebuah lagu ringkas..

Kentut cirit
Kentut yang disertakan dengan cairan berwarna keluar daripada lubang anus.. sungguh menjijikkan, biasanya terdapat tanda pada punggung si pengentut..

Kentut tidak sengaja
Selalu terjadi kepada orang yang disapa oleh orang lain secara mengejut ataupun terkejut sendiri.. si pengentut sama sekali tidak berniat untuk kentut pada ketika itu..

Kentut sambil ketawa
Sama ada terkentut semasa ketawa terbahak bahak ataupun terkentut semasa ketawa.. kedua duanya jenis kentut sambil ketawa.. kentut yang disengajakan semasa ketawa terbahak bahak adalah untuk menyembunyikan bunyi kentut si pelaku... 

Kentut sejati
Si pengentut akan mengaku dengan kentut yang dihasilkannya 

Kentut cute
Hanya sedikit gas dan bunyi perlahan sahaja yang dikeluarkan

diolah dari beberapa sumber google

Jumaat, 17 Jun 2011

Kentut daripada sudut pandangan positif

Dulu masa aku study diploma kat UiTM Menggatal KK.. ramai dikalangan rakan sekelas aku termasuk aku sendiri yang berperangai tak senonoh, terutama sekali lelaki.. antaranya ialah suka kentut merata rata samada di dalam kelas ataupun tenga buat amalai di ladang.. bagi kitorang kentut adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan ia perlu dikongsi bersama walaupaun berada di hadapan perempuan kelasmate kitorang yang lain..

Tapi setelah aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam, perangai tak senonoh itu tidak lagi terbawa bawa.. mungkin disebabkan perempuan kelasmate baru yang aku tak kenal sangat, kurangnya rakan sekentut yang melanjutkan pelajaran bersama sama dengan aku dan azam baru aku pada ketika itu untuk menjadi lebih matang..

Bagi aku, dari sudut pandangan yang lain kentut sebenarnya mempunya banyak kebaikan.. di sini aku ingin kongsikan kepada korang beberapa menfaat daripada kentut..

Merilekskan badan.
Aku dapat rasakan sebaik sahaja aku melepaskan kentut badan aku akan terasa lebih rileks.. yea kan? korang pun sama jugak kan.. cuba anda bayangkan anda mengemut selama tiga minit, selesa tak korang rasa? tak selesa kan.. jangan kemut, lepaskan sahaja.. dengan itu badan korang akan menjadi lebih rileks..

Memeriahkan suasana
Jika korang duduk ramai ramai dalam keadaan suram tak de topik untuk dibualkan.. salah satu kaedah yang cepat untuk memeriahkan suasana ialah dengan kentut.. percaya la korang, keadaan akan bertukar menjadi meriah, ceria dengan gelak dan tawa.. hahahaha.. try la korang..

Mengkambing hitamkan orang lain
Jika korang merasa tidak berpuas hati dengan seseorang.. sebenarnya korang boleh mengenakan orang itu dengan kentut.. tetapi harus dingat, pastikan dahulu korang adalah seorang yang bijak berlakon inesen sebaik sahaja melepaskan kentut.. dapat tak yang aku cuba sampaikan di sini? dapat kan..hehehehehe..

Melapangkan suasana
Ramai orang, sesak, sempit dan anda merasa kurang selesa.. kentutlah untuk mendapat keselesaan yang anda inginkan.. pastikan kentut anda adalah kuat dan berbau busuk..

Wangian aroma semula jadi
Kalau korang lupa pakai perfume ketika pegi ke kelas atau ke tempat kerja.. bolehla korang kentut untuk medapatkan wangian semula jadi yang percuma.. perfume beraroma kentut..

Sekian, nak kentut ni..^^

Babab.net