Ahad, 12 Jun 2011

Kebaikan menangis

Siapa kat sini yang suka menangis.. aku tak suka menangis, lama gila dah aku tak menangis.. tak silap aku last time aku menangis masa dekat raya puasa hari tu.. sedih dowh sebab aku tak balik kampung, masa tu aku betul betul homesick, dengar lagu raya terus becucuran air mata aku hahahahaha... ingat balik kelakar jugak aku rasa.. mengong...

Kalau korang nak tahu menangis sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.. aku sarankan supaya korang selalulah mengis sebab ia memberi menfaat yang baik kepada mata dan perasaan anda.. antara faedah menangis ialah...

Membantu penglihatan
Sebenarnya  mata kita mudah terhidrasi oleh pergerakan udara di sekeliling kita.. air mata dapat mengurangkan hidarsi, megelakkan mata menjadi kering seterusnya membantu mencerahkan lagi mata korang.. takyah minum inershine dah.. 

Membunuh bakteria
Air mata dapat berfungsi sebagai pembunuh bakteria, macam antibac jugak la.. tak perlu Eyemo, korang cuma perlu menangis jak.. air mata mengandungi lisozom yang dapat membunuh 90-95% bakteria jahat..

Mengubah mood 
Apa yang korang rasa selepas menangis? tambah nak meroyan atau makin ok?... makin ok kan.. mood sediah dah kurang kan.. so, itu la dia.. mengis dapat mengubah mood anda daripada tak ok kepada mood yang lebih bagus..  ini disebabkan selepas menangis sistem hati, otak dan jantung kita akan menjadi lancar..

aku rasa sedih pulak tengok gambar ni...

Mengurangkan stress
Semasa kita menangis sebenarnya air mata mengeluarkan sejenis hormon stress yang terdapat dalam badan.. hormon tersebut dipanggil endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.. selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi etc..

Jadi apa di tunggu lagi.. menangis la korang sepuas hati, biar sampai mata kau buta macam mata Kasim Selamat..keh keh keh...

Sabtu, 11 Jun 2011

Lawak Lambok

Banyak banyak komen dalam entry aku yang ini.. aku agak tertarik dengan komen daripada Ain Zulaikha, pasal auto play video.. sebenarnya betul la, bukan video jak, lagu adalah yang paling banyak di autoplykan dalam blog.. dah la consume size pastu bikin slow lagi masa load..

oh kat bawah ni lawak daripada Lambok..
Main forward forward email kat opis untuk mengurangkan stress, ada kawan forward gambar ni kat aku.. lucu jugak lawak ni.. aku nak share gelak dengan korang, klik gambar untuk pertumbuhan yang sihat.. keh keh keh..
  

Jumaat, 10 Jun 2011

Jenis-jenis Blog

Sejak aku mula membaca blog orang dan sehinggalah aku memiliki blog sendiri, aku mempunyai tabiat memilih membaca blog.. maksud aku ialah ada beberapa jenis blog aku agak kurang berminat untuk baca.. ini adalah pengakuan jujur dan pendapat aku secara peribadi, maaf kan aku, janganlah aku di beci hahahaha..
Antara blog yang bukan menjadi pilihan aku..



Blog politik
Aku memang sangat tak berminat blog bercakap pasal politik.. sebab kalau cakap pasal politik ia mesti akan berbaur hasutan dan kutuk mengutuk.. menegakkan agenda masing masing, bercakap besar dan aku rasa kalau aku baca otak aku seperti di racun.. sama ada blog penyokong kerajaan kah pembangkang kah dua dua aku tak minat..uh!

Blog money orientation 
Masuk jak blog tu terus dia tawarkan untuk beli buku panduan menjana pendapatan atau jamu jamu kesihatan bagai... serius terus aku pangkah. Kalau dia bagi tahu tips ka, atau tutorial tak pe la jugak.. ni kena nasihat suruh beli product pulak.. tak nak la aku. aku ni jenis yang agak kurang percaya selagi aku tak tengok sendiri benda tu. kalau main cakap cakap jak selalunya aku tidak mudah untuk di yakinkan.. walaupun kadang kadang tu tergerak jugak nak beli kan hahahaha..

Blog emo emo/ kutuk kutuk/ maki maki
Aku cukup tak suka blog yang asyik mengutuk, maki maki orang jak.. memberi nasihat tapi membandingkan orang itu dengan orang ini.. bajet dia tu la paling hebat..aku yang tak stress pun jadi stress sebab baca entry dia.. ah! memang aku tak suka.. check check hampir semua entry dia macam tu.. assalamualaikum jak la hehehe.. sebenarnya ada jak orang yang suka baca entry entry macam tu.. tapi bagi aku tidak..

Hari ini hari Jumaat.. selamat beramal..^^

Khamis, 9 Jun 2011

Beza Adam Dan Hawa: Perbezaan Lelaki dan Perempuan Diawal Pagi













Tag: Gambar lelaki bangun pagi, Gambar perempuan bangun pagi, lelaki lagi bagus, beza pagi dan petang, berus gigi awal pagi, bangun awal pagi gosok gigi

Babab.net