Sabtu, 11 Jun 2011

Lawak Lambok

Banyak banyak komen dalam entry aku yang ini.. aku agak tertarik dengan komen daripada Ain Zulaikha, pasal auto play video.. sebenarnya betul la, bukan video jak, lagu adalah yang paling banyak di autoplykan dalam blog.. dah la consume size pastu bikin slow lagi masa load..

oh kat bawah ni lawak daripada Lambok..
Main forward forward email kat opis untuk mengurangkan stress, ada kawan forward gambar ni kat aku.. lucu jugak lawak ni.. aku nak share gelak dengan korang, klik gambar untuk pertumbuhan yang sihat.. keh keh keh..
  

Jumaat, 10 Jun 2011

Jenis-jenis Blog

Sejak aku mula membaca blog orang dan sehinggalah aku memiliki blog sendiri, aku mempunyai tabiat memilih membaca blog.. maksud aku ialah ada beberapa jenis blog aku agak kurang berminat untuk baca.. ini adalah pengakuan jujur dan pendapat aku secara peribadi, maaf kan aku, janganlah aku di beci hahahaha..
Antara blog yang bukan menjadi pilihan aku..



Blog politik
Aku memang sangat tak berminat blog bercakap pasal politik.. sebab kalau cakap pasal politik ia mesti akan berbaur hasutan dan kutuk mengutuk.. menegakkan agenda masing masing, bercakap besar dan aku rasa kalau aku baca otak aku seperti di racun.. sama ada blog penyokong kerajaan kah pembangkang kah dua dua aku tak minat..uh!

Blog money orientation 
Masuk jak blog tu terus dia tawarkan untuk beli buku panduan menjana pendapatan atau jamu jamu kesihatan bagai... serius terus aku pangkah. Kalau dia bagi tahu tips ka, atau tutorial tak pe la jugak.. ni kena nasihat suruh beli product pulak.. tak nak la aku. aku ni jenis yang agak kurang percaya selagi aku tak tengok sendiri benda tu. kalau main cakap cakap jak selalunya aku tidak mudah untuk di yakinkan.. walaupun kadang kadang tu tergerak jugak nak beli kan hahahaha..

Blog emo emo/ kutuk kutuk/ maki maki
Aku cukup tak suka blog yang asyik mengutuk, maki maki orang jak.. memberi nasihat tapi membandingkan orang itu dengan orang ini.. bajet dia tu la paling hebat..aku yang tak stress pun jadi stress sebab baca entry dia.. ah! memang aku tak suka.. check check hampir semua entry dia macam tu.. assalamualaikum jak la hehehe.. sebenarnya ada jak orang yang suka baca entry entry macam tu.. tapi bagi aku tidak..

Hari ini hari Jumaat.. selamat beramal..^^

Khamis, 9 Jun 2011

Beza Adam Dan Hawa: Perbezaan Lelaki dan Perempuan Diawal Pagi













Tag: Gambar lelaki bangun pagi, Gambar perempuan bangun pagi, lelaki lagi bagus, beza pagi dan petang, berus gigi awal pagi, bangun awal pagi gosok gigi

Rabu, 8 Jun 2011

Tips untuk pengguna broadband

Nak cakap apa? tak de idea nak cakap... emmm.. brokbeng!!
Oh aku nak bagi tips sikit pasal broadband.. ini untuk pengguna broadband, jika anda berminat, sila teruskan membaca.. sedikit yang aku tahu dan mungkin korang pun sudah tahu..

Sebelum tu ingin aku katakan 'ini wilayah celcom'.. cam haram hahaha.. cuba korang tengok fanpage celcom dalam fb, abis diorang kena kutuk kutuk.. tapi aku lek jak.. sofar ok  jak aku pakai.. problem sikit sikit tu adalah..

Ramai sangat orang yang mengadu pasal line tenet dia macam hanjen.. sebenarnya ada beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum dan semasa memiliki berokbeng..

Sebelum beli pastikan coverage line tempat korang ok..
Jangn pakat beli jak.. kena explore dulu tempt korang tu line dia ok ke tak.. ada 3G ke tak?.. ni nanti dah beli baru mengadu lain macam taik.. haram provide internet sello macam siput.. hisap darah.. uit!

Tengok betul betul package yang diorang bagi..
Ni penting.. yang diorang sebut sebut 5GB la, 3GB la 2GB la.. tu bukan speed sebenarnya, samada korang tahu atau tidak aku cuma ingatkan semula.. itu adalah kuota yang diorang bagi, memang la dia cakap unlimited tapi kalau kuota tu dah habis internet korang still boleh pakai tapi line macam haram.. sello nak mapus.. buka fb boleh la.. kalau nak buka blog banyak widget, tunggu la kucing betanduk..

Jangan masuk page yang tak penting 
Pakai internet 2GB jak.. sedap je kan tengok youtube/ porn/ page page yang tak penting, yang tak berfaedah.. cakap tak download pun, tak save pun dalam komputer.. padahal masa berok tu tenga load nak tengok youtube etc, dia tenga download la tu.. contoh korang dah tengok 10 video clip darab 12MB.. dah  berapa banyak size kuota korang dah hilang.. kalau video ok, penting bagai tak kesah la kan.. tapi kalau entah ape ape.. buat rugi jak..

Ahh! bosan bosan bosan... sampai sini jak la, banyak lagi sebenarnya.. malas la nak cakap panjang panjang.. benda basic jak kot.. tak kan tak tahu kan..

Kalau nak tanya apa apa.. bagi jak pelempang kat aku.. jangan segan segan jangan silu silu ok!.. huooha huooha huooha<--- bunyi berok :D

Babab.net