Khamis, 28 April 2011

Gambar Kenangan Temapat Kerja Lama

Dua hari dah aku tak update blog.. rasa mcam seminggu dah kotak kosong ni senyap.. hahaha... bajet blogger tegar..cit!! btw, terima kasih korang yang berkunjung kat sini..

Busy la dua hari ni, tak sempat nak update blog, balik lewat penat sebab ada training... ada jugak buka tengok tengok.. tapi nak bw memang tak sempat.. ni baru nak membalas kunjungan... adoi! bajet pemes again..hempuk sekali....

Ni aku attach gambar aku petang tadi.. gambar kenang kenangan konon masa training buat farm audit tadi. ah! kecik je aku kat tengah tengah.. kena tendang oleh orang sebelah memang aku terus tepelanting masuk longkang.. hahaha..

Khamis, 21 April 2011

Bila aku bosan aku makan

Tido awal sangat dammm... terjaga pukul dua, apa nak buat, dah la esok kena masuk keja awal..cit!!

Tengok facebook pun semua orang dah tidur..buka blog nak blog walking internet pulak sello, lagi la kalau terbuka blog yang banyak widget ..problem betul la pakai berrokbeng ni..

Aku terus buat entry bosan ni,..entry orang lapar bangun pagi pagi buta.. nak turun bawah makan kedai mamak, tapi pikir pikir dengan saiz lemak tepu yang semakin besar ni.. arghhhh! tak jadi..

Dulu kurus sangat, nak jadi gemuk, ni dah berisi mula la pulak rasa risau..banyak macam perangai manusia, yang gemuk nak jadi kurus..yang kurus nak jadi gemuk..tapi dok asyik juga nak bantai makanan berlemak..pastu malas nak senaman..padan muka!! keh keh..cakap pasal diri sendiri..dammmm!

Nak tengok abu versi kurus klik kat sini..jangan gelak..tips untuk menjadi gemuk aku bagi kemudian..
ok 3.14am, nak turun kedai mamak sekarang juga (tips no.1)..sekian!!

Sabtu, 16 April 2011

Tukar tiket kapal terbang Air Asia

Ok memandangkan orang dok balek balek search cara nak tukar tiket kapal terbang, meh sini aku explain sikit, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok.. tukar tiket kapal terbang untuk air asia je.. sebab aku lebih suka syarikat penerbangan tambang murah ni.. Tawau - Kuala Lumpur. kalau nak naik MAS ke Tawau, haram J la nak dapat murah..

Tagline dulu.."Now Everyone Can Fly"..keh keh..

Untuk info korang, lain syarikat lain polisi dia, so jika anda ingin mengetahui pengalaman aku dengan air asia sila la teruskan membaca,..ini adalah sequel daripada entri aku yang lepas.

Ada banyak sebab mengapa orang nak tukar flight.. kalau aku kejadian berlaku dah dua kali..first salah PICIT tarikh masa beli online and yang second sebab cuti tak approve oleh boss.

First yang korang perlu tahu ialah penukaran tarikh dan destinasi boleh di buat 48 jam sebelum penerbangan..itu peraturan nombor satu..even korang terlewat 1 jam pun memang dorang tak nak bagi punya.. pernah sekali aku siap memujuk rayu lagi dengan orang kat kaunter tu.. tapi dia cakap "tak boleh encek..komputer kami tak dapat bagi respon" cit!!..then tiket aku burn cem tu je..

Second, jika korang dah bayar tiket tu..status penerbangan korang adalah SAH/ Conformed, cuba tengok betul betul kertas yang diorang bagi atau korang prin, besar besar kat atas tu..so nak tak nak korang kena ikut flight tersebut dan sebarang penukarna akan dikenakan charge..

Sama seperti nak beli tiket, ada dua cara nak tukar flight, sama ada korang tukar kat internet dalam airasia.com atau korang terus pegi kaunter air asia..kalau nak beli online korang kena ada kredit kat ataupun boleh direct debit daripada akaun bank (ctn CIMB kliks/ Mybank2U).. by call aku tak tahu pulak, sebab aku tak perna buat lagi..

Kalau korang nak tukar dalam internet korang masuk je airasia.com...pastu tekan Penerbangan Saya > Hantar Semula Jadual Perjalanan > tekan Ubah > pilih butang Ubah Suai/ Naik Taraf Penerbangan...pastu korang follow je la arahan seterusnya..ingat tengok betul betul, jangan silap..hehehe..

Aku advice korang supaya tukar tiket kat kaunter air asia, aku tak tahu macam mana diorang kira, tapi pengalaman aku buat perbandingan harga masa nak tukar flight, tukar internet lagi mahal berbanding tukar kat kaunter..kalau korang tukar kat internet, kos penukaran termasuk tiket sama seperti korang membeli tiket baru, malah di tambah pulak dengan charge panelti penukaran tu sekali..bengong tak!!..ka aku yang silap..Awan Dania sila betulkan aku..Charge penukaran dan contoh, sila baca entry aku tentang tips nombor 6..ok..good luck!

Jumaat, 15 April 2011

Pengetahuan Entomologi

Entomologi ialah salah satu cabang zoologi (ilmu tentang kebinatangan) iaitu berkaitan dengan kajian saintifik SERANGGA, termasuk taksonomi, morfologi, fisiologi, dan ekologi diorang. Term entomologi juga digunapakai dalam bidang mengkaji kesan bahaya dan manfaat sesuatu serangga pada manusia.

Ok untuk mengetahui tahap ke-entomologian korang, sila jawap soalan kacang kat bawah ni:

Menatang dalam gambar kat atas tu tergolong dalam kategori apa? (jujur no Mr. Google)
A. kupu - kupu
B. rama - rama

Jawapan akan diupdate dalam tempoh empat hari. Thanks bagi respon..^^

Babab.net