Sabtu, 16 April 2011

Tukar tiket kapal terbang Air Asia

Ok memandangkan orang dok balek balek search cara nak tukar tiket kapal terbang, meh sini aku explain sikit, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok.. tukar tiket kapal terbang untuk air asia je.. sebab aku lebih suka syarikat penerbangan tambang murah ni.. Tawau - Kuala Lumpur. kalau nak naik MAS ke Tawau, haram J la nak dapat murah..

Tagline dulu.."Now Everyone Can Fly"..keh keh..

Untuk info korang, lain syarikat lain polisi dia, so jika anda ingin mengetahui pengalaman aku dengan air asia sila la teruskan membaca,..ini adalah sequel daripada entri aku yang lepas.

Ada banyak sebab mengapa orang nak tukar flight.. kalau aku kejadian berlaku dah dua kali..first salah PICIT tarikh masa beli online and yang second sebab cuti tak approve oleh boss.

First yang korang perlu tahu ialah penukaran tarikh dan destinasi boleh di buat 48 jam sebelum penerbangan..itu peraturan nombor satu..even korang terlewat 1 jam pun memang dorang tak nak bagi punya.. pernah sekali aku siap memujuk rayu lagi dengan orang kat kaunter tu.. tapi dia cakap "tak boleh encek..komputer kami tak dapat bagi respon" cit!!..then tiket aku burn cem tu je..

Second, jika korang dah bayar tiket tu..status penerbangan korang adalah SAH/ Conformed, cuba tengok betul betul kertas yang diorang bagi atau korang prin, besar besar kat atas tu..so nak tak nak korang kena ikut flight tersebut dan sebarang penukarna akan dikenakan charge..

Sama seperti nak beli tiket, ada dua cara nak tukar flight, sama ada korang tukar kat internet dalam airasia.com atau korang terus pegi kaunter air asia..kalau nak beli online korang kena ada kredit kat ataupun boleh direct debit daripada akaun bank (ctn CIMB kliks/ Mybank2U).. by call aku tak tahu pulak, sebab aku tak perna buat lagi..

Kalau korang nak tukar dalam internet korang masuk je airasia.com...pastu tekan Penerbangan Saya > Hantar Semula Jadual Perjalanan > tekan Ubah > pilih butang Ubah Suai/ Naik Taraf Penerbangan...pastu korang follow je la arahan seterusnya..ingat tengok betul betul, jangan silap..hehehe..

Aku advice korang supaya tukar tiket kat kaunter air asia, aku tak tahu macam mana diorang kira, tapi pengalaman aku buat perbandingan harga masa nak tukar flight, tukar internet lagi mahal berbanding tukar kat kaunter..kalau korang tukar kat internet, kos penukaran termasuk tiket sama seperti korang membeli tiket baru, malah di tambah pulak dengan charge panelti penukaran tu sekali..bengong tak!!..ka aku yang silap..Awan Dania sila betulkan aku..Charge penukaran dan contoh, sila baca entry aku tentang tips nombor 6..ok..good luck!

Jumaat, 15 April 2011

Pengetahuan Entomologi

Entomologi ialah salah satu cabang zoologi (ilmu tentang kebinatangan) iaitu berkaitan dengan kajian saintifik SERANGGA, termasuk taksonomi, morfologi, fisiologi, dan ekologi diorang. Term entomologi juga digunapakai dalam bidang mengkaji kesan bahaya dan manfaat sesuatu serangga pada manusia.

Ok untuk mengetahui tahap ke-entomologian korang, sila jawap soalan kacang kat bawah ni:

Menatang dalam gambar kat atas tu tergolong dalam kategori apa? (jujur no Mr. Google)
A. kupu - kupu
B. rama - rama

Jawapan akan diupdate dalam tempoh empat hari. Thanks bagi respon..^^

Babab.net