Isnin, 3 Ogos 2020

UpTown Lahad Datu - Uptown Bandar I-Peak

Hi gaiss.. assalamualaikum, hari ni nak cerita sikit sesuatu yang baru di Lahad Datu..haha bukan la baru sangat rapi sejak beberapa bulan dalam tahun ni jugak la..

Yaa...di Lahad Datu sudah ada Up Town, up town ala-ala di Semenanjung gitu..tapi tak de la besar luas macam Up Town Shah Alam ke apa..tapi ok la bagi penduduk setempat.

Muka hensem..perasan haha

Up Town ni beroperasi pada setiap malam dan lokasi dia ialah di Bandar I Peak. Lebih kurang 5 minit menaiki kenderaan daripada pusat bandar. Bagi pengunjung yang datang ke Lahad Datu yang tidak memilik kenderaan sendiri.. jangan susah broo..e-haling macam grab car dan maxim ada..tambang dalam rm5 ke rm6 ringgit macam tu.

Bawak anak-anak belanja makan bakso.

So apa yang ada di Up Town ni? Memandangkan uptown ni masih baru so tak de banyak benda lagi ada. Tapi nak makan malam, street foods, ikan bakar sayap ayam bakar, sate, goreng, makanan bajau bugis suluk korea bakso-bakso, coto, nasi campur dan goreng-goreng semua ada..banyak la makanan yang boleh menjadi pilihan termasuk buah-buahan.

Selain itu di kawasan up town ni juga ada terdapat gerai-gerai lain yang menjual kasut baru dan terpakai, mainan kanak-kanak baju dan lain-lain. Gerai pakaian terpakai bundle pun belambak. Terdapat jugak lot lot utuk perminan game dan pentas nyanyian. Kot korang nak sumbangkan lau untuk pengunjung yang tenga makan, korang boleh la menyanyi. Tapi pastikan suara korang sedap la haha

Sekitar kawasan gerai.

Bersebelahan dengan Up Town I Peak ni juga terdapat gerai jualan ikan segar. So, siapa nak beli ikan segar bolehla datang ke sini.

Tidak jauh daripada Up Town terdapat juga Pasar Malam I peak..yang ni nanti saya story di entry yang lain ok..bye.

Boleh tengok vedio UpTown Lahad Datu di sini.

1 ulasan:

Marsya berkata...

mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

Babab.net