Selasa, 4 Ogos 2020

Pasir Emas Cafe - Tempat Makan Best Sandakan

Hi gaiss.. Assalamualaikum..bertemu kembali review tidak berbayar restoran tempat makan yang best haha..hari ni bersiaran dari Sandakan pulak.. satu restoran yang dah beberapa kali aku pegi kalau outstation kat sini... Ni dia restoran Pasir Emas Cafe.

Suasana restoran yang tidak sesak dan bingit...keadaan selasa dan tenang.

Lokasi restoran ni ialah di Jalan Bokara, betul-betul berhampiran roundabout replika ikan kerapu..kedudukan restoran juga dekat dengan Pantai Pasir Putih.. cuma perlu menyebrang jalan sikit la untuk ke tepi pantai tu.

Apa yang menarik di restoran ni? Firstly ofcos makanan dia memang sedap, sebab aku dah pernah datang beberapa kali..so aku dah try beberapa jenis menu masakan.. antara favorite aku ialah me basah dia. Selain tu terdapat jugak menu-menu lain, local foods, Chinese food dan western foods pun ada.. grill grill bagai termasuk goreng-goreng.

Pintu masuk utama restoran Pasir Emas Cafe.

Selain makanan dia, aku juga menyukai suasana di restoran ni, tak terlalu sesak dan berada di luar sedikit daripada pusat bandar Sandakan. Sejuk sebab bersebelahan dengan restoran ni terdapat pokok-pokok menghijau. Dan yang best dia tempat paking kereta banyak dan percuma gaisss..

Mee basah seafood menjadi pilihan santapan hari ni.

Daripada segi harga pulak aku bagi rating medium la..tapi makanan dia bagi aku berbaloi dengan harga dia..sedap dia, size hidangan dia dan environment dia.

So untuk korang yang nak mencari tempat makan yang best di bandar Sandakan, Pasir Emas Cafe mungkin salah satu tempat yang korang boleh pertimbangkan. Ok bye...terima kasih.

1 ulasan:

Marsya berkata...

mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

Babab.net