Isnin, 13 Julai 2020

Hiking Di Bukit Taruakan Pulau Sakar Lahad Datu.

Hi gaiss assalamualaikum..jangan tidak tahu di daerah Lahad Datu ada satu aktiviti yang boleh dilakukan pada hujung minggu...iaitu hiking di Bukit Taruakan atau nama orang putih dia Taruakan Hill yang terletak di Pulau Sakar..simple aktiviti dan pasti tidak mengecewakan korang sebab ianya santai, sehat, seronok dan yang paling penting we can enjoy very nice view..yeahh!!!

Nice view, banyak tempt boleh ber ootd.

Untuk ke sana kena menaiki bot dan mengambil masa dalam 15 minit gitu daripada jeti Ko Nelyan Bandar Lahad Datu..aku ni nama ja orang Lahad Datu tapi ini adalah kali pertama aku ke Pulau Sakar. Di dalam pulau ni rupanya tedapat banyak kampung..kampung-kampung kecil sebab tak banyak rumah. Tapi kemudahan lain aku tengok ada je semua, termasuk bekalan elektrik, air bersih, sekolah, masjid dan banyak lagi.

Keadaan kitaorang dalam bot.. excited muka happy

Ok sambung pengalaman aku..sebenarnya aku ke bukit Taruakan ni seba join budak-budak hiking..Team Penjejak, tumpang-tumpang kawan, kebetulan pulak ada member gym join sekali.. so aku tidak la kekok sangat. 

Gerak ke pulau dalam pukul 8.15 pagi..dan sampai di jetty Kg Tarukaan dalam pukul 8.30 macam tu..sampai-sampai je kerkumpul di padang badminton untuk warming up exercise diiringi oleh team organizer Hiking Taruakan Hill dan Team Penjejak..lepastu start la mendaki.

Warming up sebelum start mendaki.

Menurut team Taruakan Hill, track ni cuma sepandang 500 meter sahaja, ah sesuai la dengan aku yang beginner ni haha..dia ada tiga laluan, ikut kesesuain..kalau macam kitaorang ni menggunakan laluan yang mudah sikit sebab kitaorang bawak makanan yang banyak..barang-barang untuk melantak dan BBQ di atas.

Rumah penduduk Kampung Taruakan.

Walaupun 500 meter, tapi newbie macam aku dagan budak-budak yang lain tetap rasa penat..almaklum la benda tak biasa buat haha..laluan treck memang tak susah..tak banyak cabaran..ada sikit anak tangga, ada sikit laluan bertali dan curam pun tak curam sangat. 

Laluan track yang lite lite santai gitu..tapi penant jugak la haha

Walau pun track tak panjang tapi dia ada satu point persinggahan.. point pertama pada ketinggian 300 meter tak silap aku..dan disini pun view dah cukup lawa..

Antara view yang boleh dinikmati ketika berada dipuncak Taruakan Hill.

Sampai di puncak memang puas hati la.. alhamdulillah cantiknya ciptaan Tuhan, view kiri kanan depan belakang semua lawa. Kawasan puncak luas, banyak pondok-pondok..banyak tempat boleh ber ootd, ambik la view dari mana pun semua lawa. Siap ada pondok-pondok atas pokok lagi.

Aktiviti kami simple ja, santai borak bergambar dan BBQ..dan turun dari bukit kami sempat terjun mandi laut kat jetty..

BBQ dengan Team Penjejak

Apa-apa pun trip kali ni..mantap!! 

Nak ke Bukit Taruakan, senang ja cari team hiking yang ada trip ke sana atau contact Puan Fazriani 017-8378939.

Untuk tau lebih..boleh tengok YouTube di bawah..jangan lupa suscribe like dan komen kalau ada cadangan lain..tq.

Mantap!!

VEDIO YOUTUBE

Babab.net