Sabtu, 31 Disember 2011

Goodbye 2011, Welcome 2012

Goodbye 2011 and welcome 2012.. apa yang korang dapat sepanjang tahun 2011, kalau tanya aku emmm.. tak banyak perkembanyan kot, badan je yang kembang.. lemak tepu di sana sini hahaha..

Menurut sains berapa jangka hayat manusia sekarang? usia korang berapa sekarang? berapa yang korang dah pakai? berapa lagi yang tinggal? untung kalau tidak dijemput pulang dengan cara yang sadis dalam masa terdekat.. nauzubillah.. sama ada sedar atau tidak kubur sentiasa melambai lambai kata mari.. tapi bagaimana dengan iman, persediaan untuk berhadapan kepadaNya.. marilah kita fikir bersama sama ya, disusuli dengan tidakan remedial action..

Sepatutnya sepanjang 12 bulan yang lalu sudah banyak pencapaian yang awesome kita perolehi, peningkatan ekonomi diri dan keluarga.. takkan nak macam tu je kan, kawan kawan dah maju ke hadapan sedangkan kita duk asyik macam tu je.. tak kahwin kahwin lagi.. damn!! kahwin jugak yang di sebut hahahaha

Kalau jodoh dah sampai kahwin la, apa lagi nak tunggu.. yang paling penting rancang perjalanan hidup, nak kahwin usia berapa dan persediaan darisegi ekonomi, kemantapan zahir dan batin, bersedia tuk menjadi seorang suami atau isteri yang tiptop, barula boleh proceed.. betul tak..

Apa apa pun mari kita mengucapkan selamat datang kepada 2012, semoga apa yang dirancang untuk tahun 2012 akan tercapai dengan jayanya aminn.. mari buka lembaran baru, azam yang baru.. kalau azam 2011 tak tercapai carryforward la pegi tahu 2012.. berapa kali nak carryforward itu terpulang hahaha..

Btw, tahniah kepada korang yang berjaya mencapai azam tahun 2011, menjadikan ia suatu kenyataan well done..

gambar hiasan

Jumaat, 23 Disember 2011

Jiran Aku Yang Suka Ketok Ketok Dinding

Sudah lama aku nak mengadu kat korang.. ni cerita pasal jiran sebelah rumah sewa aku ni yang aku tak kenal.. muka dia pun rasanya aku tak pernah tengok, mungkin pernah la kot tapi aku tak tahu yang tu adalah jiran aku..

Aku nak tanya kat korang, ada tak ritual yang main ketok ketok dinding setiap malam?.. maksudnya acara jampi jampi ke hape ketok dinding nak summon jin atau sayitan seperti menggunakan batu, tukul atau benda benda keras.. setiap malam pulak tu..

Ketok ketok ni kejap je pun.. tak lama, biasanya dia start dalam pukul 12 malam sampai pukul 2.. lebih kurang macam tu la.. frequency putus putus, kalau dah ketok empat lima kali kemudian dia stop dan diulang dalam empat lima kali sehingga larut malam.. pelik kan..

Agak agak ape yang dia ketok tu? takkan nak gantung frame gambar tiap tiap malam.. takkan nak bunuh semut sampai bunyi kuat macam tu..

Since aku dah setahun lebih duduk kat sini, aku da macam lali dah.. aku saja tak nak fikir negatif sebenarnya.. anggap je la bunyi tu disebabkan hujung katil dia bergoyang goyang terhantuk ke dinding, bergoyang goyang disebabkan apa aku pun kurang jelas untuk jawapan yang itu hahahahaha...  nah kan, 12.24am dia dah mula ketok dah.. aishhhh..

gambar hiasan

Isnin, 19 Disember 2011

Hari Keluarga Di Felda Sahabat

Memikirkan nasib kalau hujung tahun.. memang busy gila babi hahaha.. bajet aku kerja dalam Finance Department pulak kan, kalau hujung tahu diorang ni la yang paling busy..

Yang lain busy jugak apa!? macam Quality Department, aku kena siapkan audit dan product sampling yang still outstanding, report dia lagi, kalender tuk next year dan yang ni pulak Carrefour punya requirement..arghhh.. ok!! busy la sangat kan, padahal asyik dok online ajer kerjanya hahahaha..

Penat bekerja kalau tengok gambar gambar lama pun syok jugak, upload dalam blog baru la best, ada orang cakap "kegembiraan yang sebenar hanya dapat dirasaai apabila ianya dikongsi".. ok fine fine aku nak kongsi la ni..
Layan la gambar aku di saat waktu terhenti..

Big family.. orang dia pun kebanyakannya big big jugak.. aku selalu cakap aku kuat makan, sebenarnya sifat kuat makan aku tu adalah sifat warisan turun temurun, kitaorang semua kuat makan tau..

Asal bekumpul je mesti nak makan, mulut mesti mengunyah 24 jam macam haiwan ruminan.. tahu tak apa tu haiwan ruminan? haiwan macam kambing lembu kerbau rusa tu la.. perasan tak diorang asyik mengunyah je kerjanya..

Btw, ni ramai lagi ni yang tak join.. dua tiga keluarga lagi tak dapat sebab busy..

Time aku kat Sabah hari tu musim buah, tapi musim buah pun yang aku tengok rambutan ajer yang ada.. buah terap pun ada tapi tak masak lagi, pokok terap jiran sebelah rumah pakcik aku hahaha.. nasib baik tak masak kalau tak sudah tentu aku dah curi kah kah kah... mesti korang tak tahu buah terap kan? buah tu tak de jual kot kat semenanjung, rasa dia sedap.. cuba tengok kat sini..

"aku cari kau sampai ke lubang cacing!!" yang ni pelik, lubang dan taik ada tapi cacing dia tak de, jumpa anak cacing pun tapi yang masih freshies lagi..

Sebenarnya kitaorang pegi memancing kat kolam pakcik aku.. dekat je daripada rumah, beguling guling pun boleh sampai.. kolam tu pun saja saja, tak besar mana.. daripada dibiarkan kosong baik dia masukkan ikan.. boleh jugak kitaorang main mancing mancing kalau datang..

Memancing bukanlah minat aku.. bosan la, nak tunggu dapat ikan.. sebab tu aku pelik dengan orang gila mancing, ada yang datang daripada KL gih Sabah sebab nak mancing.. emmm kalau dah hokbi, nak cakap apa kan..

Tengok la aku nak ikat tali pancing pun payah kah kah.. seronok mancing pun sebab ramai ramai, siap ada pondok lagi pakcik aku buat.. ni ramai ramai kat pondok buat bising hahaha.. cam mana aku nak dapat ikan..

Ini gambar censored sebenarnya, berat rasa nak upload, censored sebab apa? hehee.. tapi nak tunjuk jugak even aku tak minat mancing.. gigih aku nak dapatkan ikan merah yang sebesar meja komputer dalam kolam tu hahaha.. oh aku tipu sebesar kaki saiz 6 aku tu je kot.. ops!! tersebut saiz kaki disini..

Pakcik aku lucu.. dia cakap "korang pegila mancing tapi kalau dapat ikan besar yang merah tu korang jangan ambil, lepasakan balik ke dalam kolam" hahahaha.. aku kalau dapat terus aku masukkan keta aku, tak nak tunjuk kat dia hahahaha nasib baik aku tak dapat.. satu apa ikan pun aku tak dapat..

Menang gaya aje la aku kalau bab bab mancing ni.. tapi gaya macam nak cocok apentah hahahaha macam tu ke gaya orang kaki pancing..

Tak de sorang pun yang dapat ikan merah tu ya, pakcik aku cakap diorang dah didik "kalau nampak mata kail jangan makan" katanya ciss.. semua pun dapat ikan talapia sebesar penampar.. malu nak tunjuk kecik aje, tapi goreng pun sodap.. err aku tak bak balik rumah, first sebab aku memang tak dapat, second aku tak seberapa dengan ikan air tawar..

Makigh malas nak cakap banyak tang gambar ni.. budak budak suh suh! pegi main petik petik bunga sana...


Wah ni cawboy sudah mari mau tangkap itu kambing hahahaha yariba yariba.. amacam ada gaya tak aku kah kah kah.. aku dah boring sebab tak dapat ikan, mula la aku buat kerja kerja lain.. tangkap gambar sana sini even tak reti mana... setai abu!! kata Onie

Jangan terkejut kalau aku sebut diorang tengah buat apa.. tak pasti pulak kat KL ni ade ke tak.. diorang tengah buat "Jalan Kote".. buat macam karipap tapi isi dia kat dalam mee hoon goreng, makan dengan kuah cili api.. ya cili api.. orang bugis kuat makan pedas, tapi aku pulak sakit perut kalau makan pedas banyak sangat.. bugis murtat barangkali aku ni hahahaha

Tak plan pun nak buat kueh, mee hoon balance daripada picnik kat Pantai Kahapan, tengah rehat rehat tengok tv tetiba diorang pagi buat kueh pulak.. apa lagi makan je la..

Habis semua makan makan, rambutan, mancing, buat jalan kote bagai tiba masanya tuk pulang.. sebelum pulang begambar dulu ramai ramai.. aku kat mana? yang ambek gambar ni la.. aku ni tak de la nak interframe je kan huk huk..

Cerita panjang panjang aku tak sebut pun mana rumah pakcik aku ni.. ni kat Felda Sahabat 2 Anjung Teduh, daripada pantai terus pegi buat lawatan sambil belajar secara mengejut kat sini.. seronok memang seronok..

Aku tahu kauorang bukannya baca pun kan.. sebab entry panjang sangat, korang tengok gambar je kan hehehe.. tak pe la, pas ni aku nak post link blog ni kat fb diorang.. kegembiraan aku dan mereka..

Sabtu, 17 Disember 2011

Pantai Kahapan, Edit Gambar Dalam Google+

Apa ingat budak ohsem!! tu je ka yang tak takut dengan warna hahaha.. btw, abis rosak gambar gambar ni aku kerjakan.. jeles aku dengan Umie dan Syakey yang hebak tangkap dan edit gambar..  ini pun saja aku kacau kacau gambar dalam g+ tu.. aku baru tahu rupanya album kat situ dikonekkan dengan gambar gambar daripada blog.. 

Even gambar yang tak di publish pun boleh nampak.. tapi setting still lagi privacy lah sehingga kita sendiri yang ubah setting dia.. siap boleh edit online lagi, sama ada yang dah publish dalam blog atau pun tak.. dan application tools semua daripada picnik.com.. see, memang google dah integrasikan g+ dan blogspot menjadikan ia lebih menarik dan blogger friendly..

Oh btw, speaking to the devil (ayat tak kena dan macam haram).. kat bawah ni adalah sedikit gambar aku dan keluarga masa kat Sabah hari tu.. 

Kitaorang pegi Pantai Kahapan, terletak dekat dengan Felda Sahabat.. pantai ni tak lawa sangat sebab tidak dibangunkan oleh pihak berwajib..

Sebenarnya di sekitar Lahad Datu ada je beberapa kawasan yang menarik tapi macam tu je la.. ni yang aku geram dengan wakil rakyat kat sini, tengok muka aku kat atas geram tak? geram tak?.. kemudahan untuk penduduk tempatan diorang macam tak nak ambil tahu.. tutup mata je, tak nak bangunkan.. ceh ceh.. menyimpang sedikit pulak entry aku hahahaha..

Kebanyakan yang pegi ni adalah kazen dan anak anak buah aku, datang dengan tiga buah kereta.. sehari sebelum aku balik puchong hari tu.. seronok jangan cakap la.. gambar gambar macam ni la yang buat aku rindu kampung push push aku nak balik sabah lagi dah lagi..

Jeti usang ni sebenarnya nampak lawa.. sesuai tuk orang yang gila begambar duduk kat situ atau nak buat pre wedding punya photo shoot .. membazir katanya..

Permandangan laut dan kapal kapal nelayan dapat dilihat sejauh mata memandang.. serius memang awesome, macam nak cabut je jeti tu bak balik rumah.. kah kah kah..

Masa kitaorang pegi ombak macam tak nampak langsung, tenang je air laut.. menggamit rasa ombak rindu..fuh!

Tengok la 'kesiukan' jumpa air laut.. sampai sampai je tak baca bismillah terus nak main air pegi berendam bajet putri berendam, nampak macam ikan dugong ada la haha.. kawasan tepi memang la tak dalam, untuk yang kanak kanak ja...

Ni antara anak buah aku, termasuk diorang diorang yang ada dalam gambar kat bawah.. dulu kecik je diorang ni semua, sekarang makaigh.. tak boleh dah nak sekeh sekeh kepala diorang macam dulu lagi sebab semua badan dah besar banding dengan aku, tak pe yang penting korang ada pakcik yang kacak macam aku ngeee.. mintak puji betol aku ni..

Daripada jeti boleh loncat tambling tambling bagai..aku la yang paling hebak kalau tambling belakang.. korang percaya tak? hehe.. oh! aku saja tak bagi nampak gambar aku time mandi.. seksi sangat, kang korang nampak pulak six pack aku.. segan la...

Tengok even di kocok kocok pun air dia still jernih lagi kan kah kah kah.. memang la bah air laut.. tapi air dia memang jernih pun.. daripada atas aku ada nampak beberapa ekor ikan bentuk macam bunga berwarna warni.. tak pasti ikan apa pulak nama dia..

Yang kecik tak reti berenang duduk kat tepi, ingat macam tu la.. padahal dua orang ni pun pagi kat tempat yang dalam.. haha tapi kena angkat la.. kang lemas lagi panjang certa..

Boleh main tanam tanam badan lagi.. budak budak macam ni la.. sesuai tuk yang rebina ja..

Ikan yang fresh.. kalau nak ke Felda Sahabat ada banyak pondok jual ikan ikan yang segar.. so masa ke pantai hari tu kitaorang singgah kejap beli ikan tuk di bakar..

Ni la dia.. nama ikan? aku tak tahu.. seperti biasa makan je aku tahu.. mandi mandi penat pastu pegi makan, kenyang turun lagi pegi mandi.. pastu naik lagi makan.. macam tu la, kejadiannya berulang kali hahahahaha..

Banyak betul makanan yang di bawa.. sampai tak larat nak habiskan..

Jumaat, 9 Disember 2011

Muzium Agop Batu Tulug - Keranda Gua Batu Tulug

Ok ini entry last dari Sandakan.. bosan dah aku asyik cerita pasal benda macam ni.. jangan pulak ada yang cakap "apa la Abu ni balek balek cerita pasal cuti dia kat Sandakan, bosan ah!!".. aku sekeh kang baru tau..hahaha.. padahal ada satu lagi tempat aku nak tunjuk kat korang, pantai terbiar yang tak kurang canteknya di LD.. nantikan di episode seterunya, Pantai Kahapan..

Eh! baru mula dah nak bersambung pulak.. ok kita teruskan, memperkenalkan ini dia Muzium Agop Batu Tulug.. terletak di daerah Kinabantangan, gua batu kapur yang menarik menyimpan lebih daripada seratus buah keranda menjadi bukti sejarah awal Sabah 500-690 tahun dahulu..

Dalam bahasa Orang Sungai "agop" bermaksud sungai.. gua batu kapur ini sangat unik lebih kurang macam gua batu kapur Baturong, Gua Gomantong, Gua Madai, Miasis dan sebagainya.. gua batu tulug ini mempunyai ketinggian 39 meter.. formasi batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun..

Agop Batu Tulug mula diteroka pada 1894 dalam ekspedisi yang diketuai oleh En P. Brientag pengurus estate tembakau di Batu Putih.. dan pada 1965 Puan Barbara Harrisson daripada muzium Sarawak beserta rombongan muzium Sabah membuat tinjauan awal dan kajian di Agop Batu Tulug..

Kat mana Batu Tulug ni?.. terletak di Kg Batu Putih, 41km daripada pekan Kinabantangan dilawati melalui jalan raya.. guna kereta kelaujan bukan luar biasa 1.30 jam daripada bandar Sandakan, 45 minit daripada Lahad Datu, 6 jam daripada Kota Kinabalu.. dapat dilihat dengan jelas kat tepi jalan raya Sandakan-Lahad Datu..

Ini la dia anak tangga yang tinggi terpaksa di panjat kalau nak naik ke puncak batu tulug ni.. nak sangat tengok keranda lama kan.. kat batu ni ada tiga gua utama, gua Agop Suriba, Agop Lintanga dan Agop Sawat..

Kalau korang nak tahu memang basah gila la ketiak nak sampai puncak batu ni.. dekat dua ratus lebih anak tangga plus batu batu yang terpaksa dipijak tuk sampai ke puncak dan ke gua gua yang ada..

Kalau dah sampai kat puncak permandangan indah desekitarnya dapat di lihat dengan jelas.. Jambatan, dan Sungai Kinabatangan, perkampungan hutan semulajadi serta macam macam lagi.. kalau bertuah dapat tengok monyet bangkatan, burung enggang, orangutan dan sebagainya.. lagi bertuah kalau dapat jumpa momok kat dalam gua hahaha..  

Kat atas disediakan pondok yang agak luas dan selesa, boleh la keringakan ketiak kat situ.. sambil bergambar gambar muncungkan bibir kalau nak.. kalau tak gayat boleh tegok bawah tu macam gambar kat atas.. cantek kan.. angin pun kuat sejuk je rasa.. memang best la..

Ini pulak masa kat Agop Sawat.. kat sini terdapat lima keranda lengap dan 41 bahagian penutup atau badan dan serpihan keranda yang diperbuat daripada kayu belian, dihiasi dengan ukiran flora dan fauna seperti paku pakis, kepala biawak, buaya, monyet, ular dan lembu..

Nampak tak tiang tengah kat atas? terdapat goresan kat tiang tu menunjukkan bilangan mayat yang telah dikebumikan kat situ.. hehehe scary tak? tak kan... keranda keranda ini dipercayai mempunyai status tinggi terdiri daripada orang bangsawan atau ketua kampung..

Nasib baik keranda ni berat.. kalau tak aku pegi angkat buka nak tengok apa yang ada kat dalam, belagak kan.. dah duduk depan lappy boleh la cakap hahaha.. jelas nampak bentuk bentuk ukiran pada penutup keranda tu kan..

Ukiran melambangkan mitos dan lagenda masyarakat Kinabatangan, contohnya buaya di kaitkan dengan kuasa kegelapan sementara burung, anjing, ayam jantan dan rusa pulak sebagai sahabat wira.. tapi bentuk kepala kerbau/ lembu pulak tidak jelas tergambar dalam cerita rakyat setempat..

Asal usul perkuburan ini masih tidak jelas, ada yang berpendapat ia perkuburan masyarakat Cina yang pernah membuat penempatan di Kinabantangan.. rangka tulang manusia, dan beberapa gong, sumpitan, lembing, artifak cina, seramik dan perhiasan diri telah di temui di dalam keranda keranda tersebut..

Persoalan bagi saya ialah bagaimana diorang boleh naikkan keranda sebarat beraus ratus kilogram kat atas batu setinggi itu? tak de tangga tak de apa.. cuma ada lubang gua tetiba ada keranda tu kat situ.. pelik bin ajaib..

Ini pulak ialah pintu masuk ke Agop Lintanga.. kecik kan, aku pun muat muat je.. kat sini terdapat 41 keranda lengkap dan 25 penutup badan dan serpihan keranda..Agop Lintanga adalah gua terbesar kat sini..

Kat dalam jangan cakap la.. seram gila, kalau ramai orang aku berani la sikit.. masalah sebab time ni kami dua orang je yang masuk.. ada dua orang cina tu blah.. takut la kot hahaha.. lain lagi dengan bau busuk dia, sebab kat dalam banyak kelawar.. bau tahi kelawar..

Jeng jeng jeng... tengok betul betul kot kot aku tertangkap gambar hantu hahaha.. ini la dia dalam Agop Lintanga.. kitorang tak masuk dalam dalam.. sebab errr.. kazen aku pun cakap tangkap gambar kat luar luar je la, cepat!!.. memang seram la kat dalam time tak ramai orang, busuk dan macam macam lagi yang aku fikir.. tempat ni gelap sebenarnya, tapi sebab flash "setiap gambar ada lagu" nampak terang la sikit.. keranda yang ada kat dalam tu pun aku tak sempat nak pegi buka.. belagak lagi aku hahahaha

Itu la sedikit pasal Muzium Agop Batu Tulug.. mari la sini datang melawat momok kalau berani.. seperti biasa under Muzium Sahah masuk rm 2 tuk orang tempatan dan rm 15 tuk pelawat asing.. dibuka setiap hari jam 9am-5pm.. call 089-565144 for more info, jangan momok yang angkat sudah hahahaha..

Kalau boleh jangan datang sekarang sebab Rumah Muzium yang menyimpan gambar gambar lama, artifak dan keranda terbesar tengah dibaik pulih.. semua barang barang tu diorang hantar pegi KK tuk di simpan sementara.. soon dah siap baru diorang pulangkan balik..
Amacam menarik tak?.. ke takut? siapa tak baca habis rugi hahahaha..

Rabu, 7 Disember 2011

Jalan-Jalan Di Rainforest Discovery Centre (RDC)

Wah ini entry pertama sejak balik kampung bercuti kat Sabah hari tu.. dua hari bekerja mode masih feeling feeling kekampungan, tak nak buat OT lagi konon hahaha.. masuk opis 400 lebih email tak baca.. full, terpaksah pindahkan kat archive dulu.. baca mana yang penting ja.. ok aku dah cakap pasal microsoft outlook pulak.. sila ignore ya..

Entry ini adalah sequel daripada entry yang ini dan yang ini.. kan ada cakap nak tulis pasal Rainforest Discovery Centre (RDC).. ha ini la dia, sedikit gambar tuk paparan korang.. RDC ni dekat dengan hutan sepilok kat sandakan.. siapa yang minat dengan alam flora, hutan dan haiwan rimba, ini la tempat dia..

Ia adalah satu kawasan hutan semulajadi.. pastu diorang buat macam jambatan daripada besi atau disebut sebagai canopy walkway yang menyusur masuk kedalam hutan.. jambatan dia agak panjang dan tinggi sebab dia dibina khas tu pelawat melihat pokok pokok hutan dan haiwan haiwan seperti jenis burung, monyet, orangutan, serangga dan banyak lagi la..
Macam dalam gambar atas tu.. siap ada beberapa menara, kalau ada DSLR yang boleh zoom tangkap gambar gambar yang lawa buat join pertadingan hahaha.. kalau ada binocular pun best jugak.. boleh tengok haiwan dan pokok pokok dengan jelas.. 


Sebenarnya kawasan ni amat dijaga dengan rapi untuk memastikan keasliannya terpelihara, dekat dengan kawasan ni ada beberapa station kajian dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).. tapi yang gambar kat atas tu adalah bangunan pelawat... nak dapatkan info boleh la pegi kat opis tu..

Walaupun hutan tapi kat sini ada banyak kemudahan.. selain canopy walkway, visitor building, cafe dan toilet, di sini jugak ada kemudahan paddle boats.. seronok kan.. tapi paddle boats ni buka cuma sabtu ahad dan public holiday sahaja.. bayaran 5 ringgit tuk 15 minit.. mengayuh masuk ke tengah tengah kolam besar tu.. tak de buaya, jangan risau..

Ini adalah antara view daripada atas menara tu.. kat menara ada disediakan poster besar tuk pelawat mengecam jenis jenis pokok dan nama saintifik dia.. dia dah tunjuk nama dan real pic, cuma cari je mana satu pokok dia, pakai teropong senang la.. ala ala macam Dora The Explorer gitewwww..hahahaha.. 

Ini pula cousin si Dora The Explorer.. si Go Diego Go hahahaha.. best tau kat atas menara tu.. boleh tengok seluas luas alam hutan hujan tropika.. boleh muhasabah diri menginsafi kejadian ciptaan tuhan.. alam semulajadi yang sangat berharga dan perlu di pelihara.. tak ke gitu kawan kawan.. mode imam muda tiba tiba hadir ya..hehehe..

Dan antara yang sangat penting bagi aku.. ada cafe, kalau dah penat menyusuri hutan boleh la singgah basahkan tekak atau lunch sekali.. makanan agak mahal, sedap ke tak aku kurang pasti sebab masa tu kitaorang tak makan pun, minum soft drink je.. kola tin kecik tu rm 3 sebiji ok.. 

Time ni tak ramai orang, pelancong pun dua tiga orang je.. mungkin diorang masih kat dalam hutan kot, gigih kitaorang nak explore semua.. jauh kot, sampai malam pun tak habis hahaha.. tak rugi apa pun sebab masuk free ok.. btw, tajuk entry ni macam propaganda la.. hahahahahaha..

Isnin, 5 Disember 2011

Disebalik Rumah Lama Agnes Newton Keith "Agnes Keith House"

Entry ni agak lewat kena post.. disebabkan aku nak share jugak kat korang so aku post je la.. Khamis baru baru ni aku temankan kazen aku pegi Sandakan.. sebab nak hantar pakcik dan makcik aku (mak bapak kazen aku) pegi airport.. diorang nak pegi semenanjung lawat cucu, anak dan menantu diorang kat sana..


Balik daripada airport tinggal la aku dan kazen aku tu.. so sebelum balik LD kitaorang pegi berjimba jimba dulu ke tempat tempat yang best kat Sandakan yang tak sempat aku pegi masa trip ke sana seperti yang aku ceritakan dalam entry ini..


Kitaorang telah pegi ke empat tempat iaitu Rumah Agnes Keith, Rainforest Discovery Centre, Mini Zoo Sandakan dan di Kinabatangan masa otw balik kat Muzium Agop Batu Tulug, semua tempat ni best dan mempunyai keunikan masing masing.. tapi untuk kali ini aku cuma nak cerita pasal Agnes Keith House je la, entry macam biasala bergambar.. yang lain aku sambung nanti kat Puchong.. esok aku dah nak balik KL arghhh damn damn dammmmmn...


Ini la dia Rumah Agnes Keith yang terletak kat tepi bandar Sandakan.. siapa Agnes Keith ni? dia adalah isteri kepada seorang Konservator Hutan iaitu Henry.. Henry berada kat Sabah sejak 1925 kemudian berkahwin dengan Agnes Newton Keith dan membawanya (Agnes) ke Sabah pada 1934..


Rumah kayu "Newlands" dibina semula pada 1946-1947 dan merupakan rumah kayu pertama kat Sandakan ni dibina selepas Perang Dunia Kedua disebabkan tapak asalnya musnah masa peperangan.. cuba korang bandingkan dalam gambar lama kat atas dengan gambar baru kat bawah yang ada budak tenga berak tu.. tak banyak beza sebenarnya...


Rumah ni terletak di atas bukit.. aku dapat bayangkan memang family si Agnes dapat melihat bandar Sandakan daripada rumah dia ni yang menghadap ke Laut Sulu, cuma dia dah dilindungi oleh pokok pokok besar.. seperti yang diungkapkan oleh Agnes "adalah menjadi impiannya untuk menetap disebuah rumah yang terletak di kemuncak bukit".. Agnes, Henry dan anak diorang George meninggalkan Sabah pada 1952 dan tidak kembali lagi..


Rumah ni telah dijadikan muzium pada 2001 dan diselenggarakan oleh Jabatan Muzium Sabah.. kalau nak masuk kena bayar rm 2 tuk rakyat Malaysia, kalau orang asing kena rm 15, sapa suruh nilai matawang tinggi sangat hahaha.. dalam dia ada banyak detail pasal rumah ni sejarah, barang antik dan gambar gambar lama.. sorry, macam biasa tak boleh tangkap gambar dalam muzium..


Memang awesome la, aku pun teruja bila berada kat dalam.. banyak yang bermain dalam kepala hotak aku.. ada artikel tu cerita pasal kronologi penghuni rumah ni.. selapas keluarga Agnes ia didiami oleh Konservator Hutan yang lain, pegawai perhutanan dan pekerja sukarelawan daripada luar negara.. ia pernah terbiar didiami oleh penagih dadah dan tak terurus sehingga hampir musnah oleh serangan anai anai sebelum diselamatkan oleh Jabatan Musium.. 


Baca punya baca aku jadi seram selapas dapat tahu rumah ni juga dikenali sebagai rumah berhantu.. disebabkan terdapat orang mati kat situ, penagih penagih tu la tak silap aku.. dah la masa tu kami dua orang je kat dalam.. sunyi pulak tu, banyak bilik bilik dan gambar gambar lama..


Apa yang membuatkan Agnes terkenal ialah disebabkan buku hasil karyanya.. buku pertamanya "Land Below the Wind" membuatkan dia terkenal pada pada 1939 dan buku ini telah memahsyurkan Sabah sehingga ke hari ini.. buku itu ditulis secara jelas dan penuh jenaka menceritakan mengenai kehidupan terutama di kalangan masyarakat tempatan semasa pemerintahan British..


Selepas tu dua lagi buku hasil tulisannya menyusul bertajuk "Three Came Home" 1946 dan "White Man Returns" pada tahun 1951.. kedua dua buku tu ditulis dia atas rumah ini.. 


Para penduduk tempatan sehingga ke hari ini mengganggap Agnes sebagai "Duta" kepada Negeri Sabah yang juga dikenali sebagai "Negeri di Bawah Bayu" melalui hasil karya bukunya.. buku buku dia masih lagi dibaca di seluruh pelusuk dunia..


Oh dekat dengan Agnes Keith House ni ada restoran pulak.. nama dia English Tea House and Restaurant.. tengok memang english style la.. harga pun macam english jugak hahahaha


ps: sumber diolah daripada pembacaan dalam muzium, pemerhatian disekitarnya dan brochure yang kakitangan muzium bagi kat kitaorang serta di setiap gambar ada lagu..

Jumaat, 2 Disember 2011

Terputus Pahala Amalannya

"Apabila matinya seorang anak Adam maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa daripada anaknya yang solehHadis Riwayat Muslim

Sentiasa beringat bahawa yang hidup pasti k n mati. Kita akan kembali ke maha pencipta. Bersedia kah kita.

Kepergian orang yang tersayang juga perlu direadai. 

Al Fatihah kepada orang-orang yang telah dahulu meninggalkan kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. amiinn.. 

Gambar: Kanak Kanak Dan Penempatan Masyarakat Palau' Di Lahad Datu Sabah

Sebelum tu nak bagi amaran, "awas trailer panjang dengan muatan berat".. banyak gambar dalam entry ini.. kalau lappy dah sangkut sangkut, pangkah terus.. sofar gua pakai berokbeng line HSDPA ok ja.. hahaha nak jugak bagi tahu kan..

Mintak maaf sat, sebab tiga empat hari ni tak online blog, first sebab biasa la tenet macam haram.. second bapak saudara gua baru baru ni telah kembali ke rahmatullah, tiga malam tahil.. dan sebab tu gua busy.. al-fatihah, kita yang masih ada ni hidup perlu diteruskan.. ok..

Untuk entry kali ini gua ingin membawakan kepada korang beberapa gambar kanak kanak dan tempat tinggal masyarakat palau' yang berada berhampiran dengan bandar LD.. nak share benda ni empat hari yang lalu tapi tak done.. malam ni baru sempat ok.. cekidaut!!

Taraaaaa.. yang ini bukan perahu ya.. harap korang boleh bezakan antara perahu dan juga jeti hahaha.. jeti ni betul betul berdekatan dengan pasar rakyat LD.. ia juga antara jeti persinggahan perahu public transport  menghubukan tanah besar dan pulau kat sebelah.. nampak tak dalam gambar tu.. yang tu adalah pulau.. gua tak ingat dah nama pulau tu, Pulau Sibutu barangkali.. tapi yang pasti kat sana ada penempatan.. sebenarnya even gua tinggal kat LD yang ada banyak pulau pulau berhampiran dengannya, tapi gua pun tak pernah explore lagi..huhu..

Mula mula ingat budak ni adalah palau', setelah gua bertanya rupa rupanya dia adalah penunggang (betul er kata nama yang gua gunakan ni? ke nakhoda? pembonceng?) perahu kecil itu, menghantar passenger dia ke pulau sebelah.. kira macam taxi driver jugak la.. tapi ini kat atas air punya..

Ini la dia masyarakat palau' yang tinggal di atas perahu.. perahu diorang tu disebut sebagai bogok ataupun lepa lepa.. dalam bogok tu la diorang tinggal anak beranak.. untuk pengetahuan korang segala aktiviti dilakukan diatas perahu ya, memasak, tidur, membesarkan anak dll.. kadang kadang gua terfikir jugak macam mana kalau ehem ehem.. anak anak diorang ada kat situ kot..

Lagi satu diorang ni tidak mempunya agama, diorang mengamalkan kepercayaan animisme barangkali.. most of them rasanya tidak mempunyai kewarganegaraan.. tak de nya diorang nak fikir nak buat aktiviti aktivit seperti orang orang yang duduk kat darat macam ke JPN nak dapatkan IC, pegi Masjid solat berjemaah, pegi CC online buka blog ashgive.com, pegi kedai cuci gambar 5R atau apa apa la.. diorang cuma kedarat tuk menjual hasil tangkapan, meminta sedekah dan membeli makanan barang keperluan..

Tapi sejak akhir akhir ini sepertinya kelihatan mereka membina penempatan sementara di tepi laut, ini barangkali disebabkan musim tengkujuh, ombak bergelora membawa bahaya kepada perahu perahu kecil ..

Cuba korang bayangkan bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan macam tu.. gua bersyukur sangat ada rumah yang bagus untuk berlindung even tak seperfect mana.. korang beryukur tak? sekurang kurangya boleh online kan..

Anak anak masyarakat palau' yang berada di atas darat.. diorang selalu muncul di tepi deretan kedai bandar LD berhampiran dengan laut.. sementara ibu bapa diorang sibuk dengan aktiviti seharian seperti membaiki perahu, menangkap dan menjemur hasil laut.. anak anak diorang pulak sibuk bermain buayan dan berlari lari ditepian laut yang berombak macam Ombak Rindu..

Lagi, kanak kanak ini suka sangat kena gambar oleh gua.. siap posing maut lagi sebenarnya.. tapi gua letak gambar yang tak maut je la.. kang korang tegelak pulak.. tak baik tau..

Untuk pengetahuan korang kanak kanak ni mempunya masa depan yang kurang jelas.. kasihan juga sebab setahu gua diorang ni tak pegi sekolah, banyak menghabiskan masa macam tu je la.. diorang mungkin cuma mewarisi cara kehidupan seperti mak bapak diorang hari ini..

Dua budak ni gua biasa nampak kat bandar LD berlegar legar..

Gua tak pasti samaada kerajaan membantu diorang ni ke tak.. tapi apa yang gua tahu diorang suka dan selesa dengan cara hidup diorang sekarang ni, kebanyakan orang kat sini pun berpendapat seperti itu.. tak de hutang kat PTPTN, loan bank rumah kereta bagai.. tak perlu fikir pasal politik, ekonomi serantau, dan kehidupan bermasyarakat.. best kan..

Ok itu je la untuk kali ini.. harap korang dapat info baru.. even korang tak datang LD lagi tapi gua bawakan terus terbaik daripada ladang untuk paparan apa yang korang tak pernah tengok lagi kat sabah hehe.. berinformasi tak blog aku ni hahaha..