Jumaat, 9 Disember 2011

Muzium Agop Batu Tulug - Keranda Gua Batu Tulug

Ok ini entry last dari Sandakan.. bosan dah aku asyik cerita pasal benda macam ni.. jangan pulak ada yang cakap "apa la Abu ni balek balek cerita pasal cuti dia kat Sandakan, bosan ah!!".. aku sekeh kang baru tau..hahaha.. padahal ada satu lagi tempat aku nak tunjuk kat korang, pantai terbiar yang tak kurang canteknya di LD.. nantikan di episode seterunya, Pantai Kahapan..

Eh! baru mula dah nak bersambung pulak.. ok kita teruskan, memperkenalkan ini dia Muzium Agop Batu Tulug.. terletak di daerah Kinabantangan, gua batu kapur yang menarik menyimpan lebih daripada seratus buah keranda menjadi bukti sejarah awal Sabah 500-690 tahun dahulu..

Dalam bahasa Orang Sungai "agop" bermaksud sungai.. gua batu kapur ini sangat unik lebih kurang macam gua batu kapur Baturong, Gua Gomantong, Gua Madai, Miasis dan sebagainya.. gua batu tulug ini mempunyai ketinggian 39 meter.. formasi batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun..

Agop Batu Tulug mula diteroka pada 1894 dalam ekspedisi yang diketuai oleh En P. Brientag pengurus estate tembakau di Batu Putih.. dan pada 1965 Puan Barbara Harrisson daripada muzium Sarawak beserta rombongan muzium Sabah membuat tinjauan awal dan kajian di Agop Batu Tulug..

Kat mana Batu Tulug ni?.. terletak di Kg Batu Putih, 41km daripada pekan Kinabantangan dilawati melalui jalan raya.. guna kereta kelaujan bukan luar biasa 1.30 jam daripada bandar Sandakan, 45 minit daripada Lahad Datu, 6 jam daripada Kota Kinabalu.. dapat dilihat dengan jelas kat tepi jalan raya Sandakan-Lahad Datu..

Ini la dia anak tangga yang tinggi terpaksa di panjat kalau nak naik ke puncak batu tulug ni.. nak sangat tengok keranda lama kan.. kat batu ni ada tiga gua utama, gua Agop Suriba, Agop Lintanga dan Agop Sawat..

Kalau korang nak tahu memang basah gila la ketiak nak sampai puncak batu ni.. dekat dua ratus lebih anak tangga plus batu batu yang terpaksa dipijak tuk sampai ke puncak dan ke gua gua yang ada..

Kalau dah sampai kat puncak permandangan indah desekitarnya dapat di lihat dengan jelas.. Jambatan, dan Sungai Kinabatangan, perkampungan hutan semulajadi serta macam macam lagi.. kalau bertuah dapat tengok monyet bangkatan, burung enggang, orangutan dan sebagainya.. lagi bertuah kalau dapat jumpa momok kat dalam gua hahaha..  

Kat atas disediakan pondok yang agak luas dan selesa, boleh la keringakan ketiak kat situ.. sambil bergambar gambar muncungkan bibir kalau nak.. kalau tak gayat boleh tegok bawah tu macam gambar kat atas.. cantek kan.. angin pun kuat sejuk je rasa.. memang best la..

Ini pulak masa kat Agop Sawat.. kat sini terdapat lima keranda lengap dan 41 bahagian penutup atau badan dan serpihan keranda yang diperbuat daripada kayu belian, dihiasi dengan ukiran flora dan fauna seperti paku pakis, kepala biawak, buaya, monyet, ular dan lembu..

Nampak tak tiang tengah kat atas? terdapat goresan kat tiang tu menunjukkan bilangan mayat yang telah dikebumikan kat situ.. hehehe scary tak? tak kan... keranda keranda ini dipercayai mempunyai status tinggi terdiri daripada orang bangsawan atau ketua kampung..

Nasib baik keranda ni berat.. kalau tak aku pegi angkat buka nak tengok apa yang ada kat dalam, belagak kan.. dah duduk depan lappy boleh la cakap hahaha.. jelas nampak bentuk bentuk ukiran pada penutup keranda tu kan..

Ukiran melambangkan mitos dan lagenda masyarakat Kinabatangan, contohnya buaya di kaitkan dengan kuasa kegelapan sementara burung, anjing, ayam jantan dan rusa pulak sebagai sahabat wira.. tapi bentuk kepala kerbau/ lembu pulak tidak jelas tergambar dalam cerita rakyat setempat..

Asal usul perkuburan ini masih tidak jelas, ada yang berpendapat ia perkuburan masyarakat Cina yang pernah membuat penempatan di Kinabantangan.. rangka tulang manusia, dan beberapa gong, sumpitan, lembing, artifak cina, seramik dan perhiasan diri telah di temui di dalam keranda keranda tersebut..

Persoalan bagi saya ialah bagaimana diorang boleh naikkan keranda sebarat beraus ratus kilogram kat atas batu setinggi itu? tak de tangga tak de apa.. cuma ada lubang gua tetiba ada keranda tu kat situ.. pelik bin ajaib..

Ini pulak ialah pintu masuk ke Agop Lintanga.. kecik kan, aku pun muat muat je.. kat sini terdapat 41 keranda lengkap dan 25 penutup badan dan serpihan keranda..Agop Lintanga adalah gua terbesar kat sini..

Kat dalam jangan cakap la.. seram gila, kalau ramai orang aku berani la sikit.. masalah sebab time ni kami dua orang je yang masuk.. ada dua orang cina tu blah.. takut la kot hahaha.. lain lagi dengan bau busuk dia, sebab kat dalam banyak kelawar.. bau tahi kelawar..

Jeng jeng jeng... tengok betul betul kot kot aku tertangkap gambar hantu hahaha.. ini la dia dalam Agop Lintanga.. kitorang tak masuk dalam dalam.. sebab errr.. kazen aku pun cakap tangkap gambar kat luar luar je la, cepat!!.. memang seram la kat dalam time tak ramai orang, busuk dan macam macam lagi yang aku fikir.. tempat ni gelap sebenarnya, tapi sebab flash "setiap gambar ada lagu" nampak terang la sikit.. keranda yang ada kat dalam tu pun aku tak sempat nak pegi buka.. belagak lagi aku hahahaha

Itu la sedikit pasal Muzium Agop Batu Tulug.. mari la sini datang melawat momok kalau berani.. seperti biasa under Muzium Sahah masuk rm 2 tuk orang tempatan dan rm 15 tuk pelawat asing.. dibuka setiap hari jam 9am-5pm.. call 089-565144 for more info, jangan momok yang angkat sudah hahahaha..

Kalau boleh jangan datang sekarang sebab Rumah Muzium yang menyimpan gambar gambar lama, artifak dan keranda terbesar tengah dibaik pulih.. semua barang barang tu diorang hantar pegi KK tuk di simpan sementara.. soon dah siap baru diorang pulangkan balik..
Amacam menarik tak?.. ke takut? siapa tak baca habis rugi hahahaha..

40 ulasan:

  1. len kali bwk sy jalan2 g sandakan jgk..air asia kan 10sen dh ni..hehe

    BalasPadam
  2. Aku xmau !!! Satg malam xleh tido !! Hahah

    BalasPadam
  3. tingginya abu wooiii! x larat la nk naik canie haha :P

    BalasPadam
  4. kalau tinggi gitu kena daki, kuruslah...ahaaa..
    nampak cam seram sikitkan..

    BalasPadam
  5. style la...gua pon nampak gerun..hehe

    BalasPadam
  6. hijaunya pemandangan. nak pergi jelajah gua batu tulug jugak :D hehe.

    BalasPadam
  7. belagak tul ko.kang ade gak yg 'ikut' balik baru tao..hehe~ =p

    BalasPadam
  8. syoknye asik berjalan2. jeles.

    dill.

    BalasPadam
  9. boleh la ko ambil keranda tu,,buat perniagaan keranda ABu! boleh untung..hihi


    cantik,,ko buat aku rasa nak pergi sana!

    BalasPadam
  10. abu dah boleh join pengacara 3 hari 2 malam lah lepas nie.
    :)

    BalasPadam
  11. aku dah baca sampai hbis...x rugi la gitu.haha...
    yg ni menarik...
    kat semenanjung ni, xde tempat mcm ni rasanya...
    mesti ada mengangkung kat situ.haha...

    BalasPadam
  12. percutian yang menarik..lagi thriller kalau tiba2 ko dngan member ko tak dapat kuar dan bermalam kat situ dan berjumpa dengan hantu keranda hehe..fuhh seram beb..

    BalasPadam
  13. beran gila abu..takot alia kalau p..tpi harus beranikan diri jgk..ahaha ! nk jgk tgok depan2 mata..

    BalasPadam
  14. err.. na sekeh?
    larrrrrrrrriiiiiiiii..


    bila la nk g sandakan ni

    BalasPadam
  15. eemmm dah macam dalam cerita mummy return pulakk... siap ada keranda .. kalau kat piramit ramses di kebumikan dalam keranda emas cuma bezanya kat sana pun dalam keranda tapi kayu lahh

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip hilangkan getah pokok d. tahi burung pd kereta

    BalasPadam
  16. abu, awak mmg ade talent lah nak jadi tourist guide. lengkap n jelas gile penjelasan awak. haha kang kalau emy nak g oliday leh la calling2 awk..mintx jd tourist guide :)

    BalasPadam
  17. Bro..5 tahun aku duduk Sandakan, Sabah...berkerja di sana...kau punya penjelasan detail macam ko orang situ...good work bro....

    BalasPadam
  18. Untunglah dapat pergi sinun.. hahaha..

    BalasPadam
  19. wah! mcm best je..

    dh la tempat lawo

    BalasPadam
  20. bestnya....
    jom2 lawatan ke sandakan tajaan abu..
    haha...

    BalasPadam
  21. Hahaha berani sgt ye nk bukak keranda tu XD

    BalasPadam
  22. ni namanya pelancong yang betul-betul melancong. Memahamo bende yang di apergi..
    Aku suka baca entri kau ni...
    Lengkap dengan kajian...hehehhe

    BalasPadam
  23. bawak saya tengok keranda tu okeyh...=]

    BalasPadam
  24. scary tgk keranda tu....


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/hanya-5-perkara.html

    BalasPadam
  25. abu dah cam ahli sejarawan skrg!
    thumbs up

    BalasPadam
  26. tempat bro ada juga gua terkenal.. pernah dengar gunung senyum = ='

    ambil link..terpadam itu hari,

    blog baru bro..cari sendiri hahaa ada klu kt entri tu XD

    BalasPadam
  27. aku pernah tengok dokumentari pasal org Indonesia yg disimpan dalam gua (mayat la).

    diorang guna tali utk naikkan dan bawa masuk ke dalam gua. orang yg luar ni, diorng guna buluh dan buat tangga yg banyak2 tu (biasa dalam filem hong kong kung fu ada). memang memerlukan tenaga yg banyak..

    BalasPadam
  28. Boleh tahan tinggi, memang patutlah ketiak boleh basah kan.. haha


    Kalau kau dapat bukak dan tengok isi dalam keranda tu mesti entri ni jadi lebih hebat!! ;D

    Tak berapa seram sebab gambar berlagu kau terang terkena flash kamera mantap, bau pun tak ada ni..

    BalasPadam
  29. ko ni dh macam ahli arkeologi, dgn hari tu cta rainforest, ni guaa2 pulakk. haha

    BalasPadam
  30. wow.....menarekkkkk....tapi seremmmmmm =)

    *abu, aku nk mintak tulun..terjemahkan bhs sabah ke bhs mlayu.. bole?

    BalasPadam
  31. blh bah kalau kau...hehehehe mane nak trjemah? tunjuk kat aku..

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. menarik tapi takut tak muat masuk je..hiuhiuhiu

    BalasPadam
  34. ni batu tulug tak la brapa menakutkan.. biasa ja coz terjaga dan da lma tak da mayat kena hantar...
    lau mau tempat yg agak seram sikit ada d lahad datu... batu balos nma dia...na... di sana kmu bole nmpak la suasana yg agak sejuk dan menyeramkan...sampai skrg pun masih ada lg mayat yg di hntar...

    BalasPadam
  35. dlm bhsa mlyu 'lintanga' mksudnya tengah...

    BalasPadam