Sebelum tu nak bagi amaran, "awas trailer panjang dengan muatan berat".. banyak gambar dalam entry ini.. kalau lappy dah sangkut sangkut, pangkah terus.. sofar gua pakai berokbeng line HSDPA ok ja.. hahaha nak jugak bagi tahu kan..
Mintak maaf sat, sebab tiga empat hari ni tak online blog, first sebab biasa la tenet macam haram.. second bapak saudara gua baru baru ni telah kembali ke rahmatullah, tiga malam tahil.. dan sebab tu gua busy.. al-fatihah, kita yang masih ada ni hidup perlu diteruskan.. ok..
Untuk entry kali ini gua ingin membawakan kepada korang beberapa gambar kanak kanak dan tempat tinggal masyarakat palau' yang berada berhampiran dengan bandar LD.. nak share benda ni empat hari yang lalu tapi tak done.. malam ni baru sempat ok.. cekidaut!!
Taraaaaa.. yang ini bukan perahu ya.. harap korang boleh bezakan antara perahu dan juga jeti hahaha.. jeti ni betul betul berdekatan dengan pasar rakyat LD.. ia juga antara jeti persinggahan perahu public transport menghubukan tanah besar dan pulau kat sebelah.. nampak tak dalam gambar tu.. yang tu adalah pulau.. gua tak ingat dah nama pulau tu, Pulau Sibutu barangkali.. tapi yang pasti kat sana ada penempatan.. sebenarnya even gua tinggal kat LD yang ada banyak pulau pulau berhampiran dengannya, tapi gua pun tak pernah explore lagi..huhu..
Mula mula ingat budak ni adalah palau', setelah gua bertanya rupa rupanya dia adalah penunggang (betul er kata nama yang gua gunakan ni? ke nakhoda? pembonceng?) perahu kecil itu, menghantar passenger dia ke pulau sebelah.. kira macam taxi driver jugak la.. tapi ini kat atas air punya..
Ini la dia masyarakat palau' yang tinggal di atas perahu.. perahu diorang tu disebut sebagai bogok ataupun lepa lepa.. dalam bogok tu la diorang tinggal anak beranak.. untuk pengetahuan korang segala aktiviti dilakukan diatas perahu ya, memasak, tidur, membesarkan anak dll.. kadang kadang gua terfikir jugak macam mana kalau ehem ehem.. anak anak diorang ada kat situ kot..
Lagi satu diorang ni tidak mempunya agama, diorang mengamalkan kepercayaan animisme barangkali.. most of them rasanya tidak mempunyai kewarganegaraan.. tak de nya diorang nak fikir nak buat aktiviti aktivit seperti orang orang yang duduk kat darat macam ke JPN nak dapatkan IC, pegi Masjid solat berjemaah, pegi CC online buka blog ashgive.com, pegi kedai cuci gambar 5R atau apa apa la.. diorang cuma kedarat tuk menjual hasil tangkapan, meminta sedekah dan membeli makanan barang keperluan..
Tapi sejak akhir akhir ini sepertinya kelihatan mereka membina penempatan sementara di tepi laut, ini barangkali disebabkan musim tengkujuh, ombak bergelora membawa bahaya kepada perahu perahu kecil ..
Cuba korang bayangkan bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan macam tu.. gua bersyukur sangat ada rumah yang bagus untuk berlindung even tak seperfect mana.. korang beryukur tak? sekurang kurangya boleh online kan..
Anak anak masyarakat palau' yang berada di atas darat.. diorang selalu muncul di tepi deretan kedai bandar LD berhampiran dengan laut.. sementara ibu bapa diorang sibuk dengan aktiviti seharian seperti membaiki perahu, menangkap dan menjemur hasil laut.. anak anak diorang pulak sibuk bermain buayan dan berlari lari ditepian laut yang berombak macam Ombak Rindu..
Lagi, kanak kanak ini suka sangat kena gambar oleh gua.. siap posing maut lagi sebenarnya.. tapi gua letak gambar yang tak maut je la.. kang korang tegelak pulak.. tak baik tau..
Untuk pengetahuan korang kanak kanak ni mempunya masa depan yang kurang jelas.. kasihan juga sebab setahu gua diorang ni tak pegi sekolah, banyak menghabiskan masa macam tu je la.. diorang mungkin cuma mewarisi cara kehidupan seperti mak bapak diorang hari ini..
Dua budak ni gua biasa nampak kat bandar LD berlegar legar..
Gua tak pasti samaada kerajaan membantu diorang ni ke tak.. tapi apa yang gua tahu diorang suka dan selesa dengan cara hidup diorang sekarang ni, kebanyakan orang kat sini pun berpendapat seperti itu.. tak de hutang kat PTPTN, loan bank rumah kereta bagai.. tak perlu fikir pasal politik, ekonomi serantau, dan kehidupan bermasyarakat.. best kan..
Ok itu je la untuk kali ini.. harap korang dapat info baru.. even korang tak datang LD lagi tapi gua bawakan terus terbaik daripada ladang untuk paparan apa yang korang tak pernah tengok lagi kat sabah hehe.. berinformasi tak blog aku ni hahaha..
ermm...syahdu pulak aku bc entry ni.. aku igt kat afrika je.. ko ni da mcm duta kemanusiaan plak,,good2. mgkn derang hepi tayah pk pasal utang bagai, tp pasti derang mengimpikan masa depan yg lebih bagus utk anak2 .. bace ni aku rasa mcm ada je kt tepi2 gigi air tu tgk budak2 ni..
BalasPadamentri yang best! ada ye orang hidup atas perahu. baru tau. tak dapat bayangkan kalau saya kena hidup macam tu. bersyukur sangat.
BalasPadameh eh.. datanglah keningau!
BalasPadamtakziah atas pemergian bapa saudara kamu.
BalasPadamp/s: gamba2 sangat cantik!
dill.
wpun kehidupan mereka sederhana tetapi mereka amat bahagia & ceria...cuma aspek kebersihan & kesihatan perlu diambil berat oleh pihak berkuasa
BalasPadamAbu,kalau si Aki tiada internet ah,kuyak trus oh.. Ha ha ha..
BalasPadamkehidupan budak2 tu mmg dgn laut je kan.
BalasPadamkan..best jadi kanak2..tak yah pikir ptptn...
BalasPadamtakziah atas pemergian bapa saudara..
BalasPadamal-fatihah..
mmg berinformasi lah blog ko ni abu..buka blog pok pek mcm blog akak tu haha...
tp baca psl masyarakat palau ni mcm kasihan pula..masih hidup mcm org zaman nomad dulu..tp best juga kan..hidup makan tido main laut dah..
sedih mengenangkan hidup diorang..habis itu jalan yang mereka pilih
BalasPadamemmm..aku takleh degnar la cerita macam ni..kalau la aku ada banyak duit...ehmmmm
BalasPadamYup, kita yang masih hidup ni kena perbanyakkan amalan untuk dibawa ke sana.. Al-fatihah untuk semua saudara kita yang dah pergi.
BalasPadamMula² tengok perahu tu aku terus terfikir macam mana kalau diaorang nak berak ek. Syukur hidup kita jauh lebih baik dari diaorang..
Kesian tengok budak² tu, terpaksa mewarisi cara hidup mak bapak diaorang..
bca entry ko kali ni buat aku rasa mcm tengok majalah 3 !! satu perkara yg aku tertanya2.. kat mana diorg buang air besar air kecil ? melepas dlm laut ke cane ?? ;p
BalasPadamdiorang habiskan masa semua kat atas laut??camne lah tu,,tak tercapai dek akal,,botnya dah la kecil.
BalasPadamp/s:gambar2 kau semuanya mengkagumkan..sangat semulajadi..;)
kalau pegi sabah,satu tempat aku nak pegi,sepilok.
BalasPadamhahahh.err.cantik gambar2.
jom tgk ombak rindu :p
sngt suka dngn komen2 kalian semua.. thanks singgah
BalasPadamgua lawat mana yg sempat je dulu, malam sikit gua bw lagi ya.. sat lagi nak kuar dgn family..
abu buat apa kt sini
BalasPadamJAKIM harus berdakwah kat situ memandangkan dorang takde agama..aku percaya dengan adanya agama Islam yang mengajar erti hidup dengan lebih baik dan sempurna dari segi pengurusan hidup, pasti mereka akan lebih survive dalam meneruskan kehidupan yang daif..
BalasPadammenerokai kehidupan mereka, aku jamin ianya pasti akan memberikan sejuta kenikmatan merasai pengalaman yang unik..yang paling bernilai dalam gambar2 ini ialah kedamaian..:)..
gambaran awal utk aku g sabah ni..hekhek~
BalasPadamada lagi orang mcm ni ye.still hidup atas bot.tengok gaya bot xde la beso sangat.kalau anak ramai mcm mana la tu, nak masak, nak tido....payah2...
BalasPadamxkan orang atasan xtau kot pasal dorang ni.x cuba bagi rumah atau pendidikan ke kat dorang.sampai bila la nak idop mcm tu ma...
ko kena report bro...
dalam kemajuan negara kita sekarang, masih ada penempatan macam tu?
BalasPadamakak tengok bot2 tu cam seronok pulak..
al fatihah untuk femili.
BalasPadammemang,bila tengok orang yang hidup serba kekurangan tu mmg rs cukup bagus kita dapat nikmat dariNya hidup senang, makan senang, tempat slesa, nak apa boleh dpt.
depa boleh senyum dgn bahagianye wlpun duduk kt kwsn mcm tu...
BalasPadamview cantik gile..
BalasPadambandar penuh sesak..
dorang aman bahagia je :)
luv,
cik ana
nak rasa jugak pergi sabah, sponsor bah? :P
BalasPadamkesian depa :'(
BalasPadamweyhhhh..giler semart gambor lu!!!
BalasPadambtw, nice citer..
tak pernah sampai sabah lagi..
BalasPadamMenarik entri ni. Aku tersentuh
BalasPadamBN tak nak tolong ke??cakap je byk...
BalasPadamni nak dekat pilihanraya ni tk reti nk turun padang ke?
Berjaya Puaskan Nafsu Sendiri
mana lah pembelaan diorang tuh semua..tuhlah kalau org luar negara cepat je nak tolong..org kita sendiri yg duduk negara sendiri pulak mcm mane?haishh..dunia dunia..
BalasPadamKesianny tgk dorg.. Eh upload la gambo yg maut2 ni mau lihattt.. Sabah mmg alienated banyak.. Compared to sarawak.. Lifestyle dorg much more beter.. Btol ke nih? Men sesah je fakta ni.. HEHEHE..
BalasPadamsedih plak baca cerita ni~ sgt bersyukur mempunyai kehidupan yg selesa, rumah ada pelajaran etc~
BalasPadammacam mana masa depan mereka nanti ye...sepatutnya kerajaan kena la bantu golongan macam ni...
BalasPadamlama nya sudah tak main di atas jambatan bawah air..
BalasPadambudak2 ni buat aku ketawak oh.. teringat zaman kecik2...
hahahahah
Masyarakat Palau' merupakan salah satu etnik kecil daripada rumpun Bajau Laut... Mudahan suatu masa nanti ada anak-anak dari masyarakat Palau ni yang mengubah nasib masyarakat mereka ni.... menjadi lebih baik dari sebelum ni
BalasPadamMasyarakat Palau' merupakan salah satu etnik kecil daripada rumpun Bajau Laut
pernah tahu kisah kehidupan mereka ni, cuma dekat sini lebih jelas, baguslah...blog yang berinformasi...hehehe...
BalasPadamcara hidup sebegini akan berterusan selagi diwarisi...
rambut dorang semua sepesen kan.
BalasPadamCool !
tak pernah dengar pula kaum ni. rasanya ciri2 diorang macam Bajau Laut jer. berumah dalam perahu.
BalasPadamYang Bajau Laut, kerajaan ada juga ambik tau, diorang ada IC <-- tengok paparan tv3.
wah,ada entry pasal palau jgk blogger LD buat ya..by the way,palau ni mmg xmau maju..kdng2 rasa geram jgk bila tgk dorg buat pnempatan d dkt darat 2 pas2 mgotorkn kwasan skeliling..mgkin mmg dorg yg xmau ubah cra hdup dorg 2..
BalasPadamkesian 2 aku boleh setuju..tpi hal lain pasal palau ni kamu orang x tau..setengah dorg ni ada yg mintak sedekah..langsung tiada hal-hal dorg ni..dorg ni buat kebanyakan orang di ld macam mau menampar jak...huhuhu
BalasPadam