Isnin, 19 Disember 2011

Hari Keluarga Di Felda Sahabat

Memikirkan nasib kalau hujung tahun.. memang busy gila babi hahaha.. bajet aku kerja dalam Finance Department pulak kan, kalau hujung tahu diorang ni la yang paling busy..

Yang lain busy jugak apa!? macam Quality Department, aku kena siapkan audit dan product sampling yang still outstanding, report dia lagi, kalender tuk next year dan yang ni pulak Carrefour punya requirement..arghhh.. ok!! busy la sangat kan, padahal asyik dok online ajer kerjanya hahahaha..

Penat bekerja kalau tengok gambar gambar lama pun syok jugak, upload dalam blog baru la best, ada orang cakap "kegembiraan yang sebenar hanya dapat dirasaai apabila ianya dikongsi".. ok fine fine aku nak kongsi la ni..
Layan la gambar aku di saat waktu terhenti..

Big family.. orang dia pun kebanyakannya big big jugak.. aku selalu cakap aku kuat makan, sebenarnya sifat kuat makan aku tu adalah sifat warisan turun temurun, kitaorang semua kuat makan tau..

Asal bekumpul je mesti nak makan, mulut mesti mengunyah 24 jam macam haiwan ruminan.. tahu tak apa tu haiwan ruminan? haiwan macam kambing lembu kerbau rusa tu la.. perasan tak diorang asyik mengunyah je kerjanya..

Btw, ni ramai lagi ni yang tak join.. dua tiga keluarga lagi tak dapat sebab busy..

Time aku kat Sabah hari tu musim buah, tapi musim buah pun yang aku tengok rambutan ajer yang ada.. buah terap pun ada tapi tak masak lagi, pokok terap jiran sebelah rumah pakcik aku hahaha.. nasib baik tak masak kalau tak sudah tentu aku dah curi kah kah kah... mesti korang tak tahu buah terap kan? buah tu tak de jual kot kat semenanjung, rasa dia sedap.. cuba tengok kat sini..

"aku cari kau sampai ke lubang cacing!!" yang ni pelik, lubang dan taik ada tapi cacing dia tak de, jumpa anak cacing pun tapi yang masih freshies lagi..

Sebenarnya kitaorang pegi memancing kat kolam pakcik aku.. dekat je daripada rumah, beguling guling pun boleh sampai.. kolam tu pun saja saja, tak besar mana.. daripada dibiarkan kosong baik dia masukkan ikan.. boleh jugak kitaorang main mancing mancing kalau datang..

Memancing bukanlah minat aku.. bosan la, nak tunggu dapat ikan.. sebab tu aku pelik dengan orang gila mancing, ada yang datang daripada KL gih Sabah sebab nak mancing.. emmm kalau dah hokbi, nak cakap apa kan..

Tengok la aku nak ikat tali pancing pun payah kah kah.. seronok mancing pun sebab ramai ramai, siap ada pondok lagi pakcik aku buat.. ni ramai ramai kat pondok buat bising hahaha.. cam mana aku nak dapat ikan..

Ini gambar censored sebenarnya, berat rasa nak upload, censored sebab apa? hehee.. tapi nak tunjuk jugak even aku tak minat mancing.. gigih aku nak dapatkan ikan merah yang sebesar meja komputer dalam kolam tu hahaha.. oh aku tipu sebesar kaki saiz 6 aku tu je kot.. ops!! tersebut saiz kaki disini..

Pakcik aku lucu.. dia cakap "korang pegila mancing tapi kalau dapat ikan besar yang merah tu korang jangan ambil, lepasakan balik ke dalam kolam" hahahaha.. aku kalau dapat terus aku masukkan keta aku, tak nak tunjuk kat dia hahahaha nasib baik aku tak dapat.. satu apa ikan pun aku tak dapat..

Menang gaya aje la aku kalau bab bab mancing ni.. tapi gaya macam nak cocok apentah hahahaha macam tu ke gaya orang kaki pancing..

Tak de sorang pun yang dapat ikan merah tu ya, pakcik aku cakap diorang dah didik "kalau nampak mata kail jangan makan" katanya ciss.. semua pun dapat ikan talapia sebesar penampar.. malu nak tunjuk kecik aje, tapi goreng pun sodap.. err aku tak bak balik rumah, first sebab aku memang tak dapat, second aku tak seberapa dengan ikan air tawar..

Makigh malas nak cakap banyak tang gambar ni.. budak budak suh suh! pegi main petik petik bunga sana...


Wah ni cawboy sudah mari mau tangkap itu kambing hahahaha yariba yariba.. amacam ada gaya tak aku kah kah kah.. aku dah boring sebab tak dapat ikan, mula la aku buat kerja kerja lain.. tangkap gambar sana sini even tak reti mana... setai abu!! kata Onie

Jangan terkejut kalau aku sebut diorang tengah buat apa.. tak pasti pulak kat KL ni ade ke tak.. diorang tengah buat "Jalan Kote".. buat macam karipap tapi isi dia kat dalam mee hoon goreng, makan dengan kuah cili api.. ya cili api.. orang bugis kuat makan pedas, tapi aku pulak sakit perut kalau makan pedas banyak sangat.. bugis murtat barangkali aku ni hahahaha

Tak plan pun nak buat kueh, mee hoon balance daripada picnik kat Pantai Kahapan, tengah rehat rehat tengok tv tetiba diorang pagi buat kueh pulak.. apa lagi makan je la..

Habis semua makan makan, rambutan, mancing, buat jalan kote bagai tiba masanya tuk pulang.. sebelum pulang begambar dulu ramai ramai.. aku kat mana? yang ambek gambar ni la.. aku ni tak de la nak interframe je kan huk huk..

Cerita panjang panjang aku tak sebut pun mana rumah pakcik aku ni.. ni kat Felda Sahabat 2 Anjung Teduh, daripada pantai terus pegi buat lawatan sambil belajar secara mengejut kat sini.. seronok memang seronok..

Aku tahu kauorang bukannya baca pun kan.. sebab entry panjang sangat, korang tengok gambar je kan hehehe.. tak pe la, pas ni aku nak post link blog ni kat fb diorang.. kegembiraan aku dan mereka..

36 ulasan:

  1. buah terap tu memang takde kat semenanjung..btw kami pronounce buah terap tu..tarap..with the 'a' instead of 'e'..hahaha..kat kampung ak depan rumah je pokok tarap tu..hehe

    BalasPadam
  2. waahhh..bestnye...kumpul ramai2..mkn ramai2...

    BalasPadam
  3. walaupon entri ko pjg lebar tp akak baca semuanya tahu!


    1) buah terap tu akak cam penah dgr tp ingat-ingat lupa lah rupanya..


    2) saiz kaki ko keciknya mcm pompuannn..mujur kaki akak lg kecik dr ko haha


    3) yg ko censored tu hape? perut ko buncit atau pusat ko tersembul? haha


    4) nama kuih "jalan kote" tu macam peliklah namanya kalau huruf "e" disebut spt menyebut epal. haha

    BalasPadam
  4. oii aku bace sebutir-sebutir ape ko tulis tahu ?.. haha besarnya family ko.. seronok kan dpt kumpul ramai-ramai camni.. semalam pn family sblh mak aku semua balik kg buat bubur asyura.. aku je la selalu miss stiap kali kenduri or family gathering.. sobss.. tu la gatal nk stdy jejauh.. padan muke aku kan.. haha

    oii ko mmg xde gaya memancing langsung ko tahu.. ! hahaha aku tengok ko macam ngan hulur kayu kat orang yg tengah lemas nak tarik ke tebing.. keh3..

    ikan talapai sedap wehh !! buat sweet sour sedap gila !! goreng cmtu pn sedap !! ko tak nak kasik kat aku ! haha

    BalasPadam
  5. erkk byk pulak typo aku.. excited sgt nk komen cenggitu lah jadiknye.. ko paham2 sdri la wehh.. hahaha :D

    BalasPadam
  6. prot boroi letteww :P hahah

    ewahh, meriah kemain. mmg dirasai sungguh kegembiraannya XD

    BalasPadam
  7. yuppp pernah merasa buah terap ni tapi kat semenanjung ni tak ada lahhh...


    uihhh sensore bebenorrr apa yang di tutup tu....


    memancing ni sebenarnya menguji tahap kesabaran.... tetapi kalau dah dapat tangkapan itu satu nikmat namanya


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip pilih sport rim

    BalasPadam
  8. sonot nye... kalau ada rejeki g sabah, siap sedia la umah felda sahabat 2 tu,, hihi =D

    gaya ko mancing tu benar2 mbuktikan seorg pemancing tegar..hahaha

    BalasPadam
  9. rasa mcm nk duk je umah ash ni...haha^^

    BalasPadam
  10. abah aku ada bela ikan tu kat kolam blakang umah.....

    BalasPadam
  11. Happening habis family kau! Serius best kecoh², makan², ketawa², mancing² di kolam sendiri... Dapat ikan sebesar penampar pun dah cukup ok, lebih kurang besar kaki kau jugak.. ;D


    Tapi aku pun tak minat memancing ni. Kalau minat makan tu dari dulu ada.. haha

    Felda tu ada sampai berapa Abu?


    Gambar macik kau pasang 'tanduk' dekat pakcik kau tu lucu.. hehe

    BalasPadam
  12. halamak! syoknye! makan! makan!

    dill.

    BalasPadam
  13. bro! seronoknya lepak ramai2 dgn ahli keluarga.... huhuhu.... buat saya rindu rumah jea....

    BalasPadam
  14. -reramai memang seriyes best wo~
    -nape ko censoredkan?? tyg jela! ahaks
    -"Jalan Kote" tu seriyes aku pronounce die as E in epal =P





    luv,
    cik ana

    BalasPadam
  15. terap tu sedap kalau buat cucur atau sup dgn ikan masin... (:

    BalasPadam
  16. mana bley x baca weh..ko ni mmg da layak masuk maharaja lawak da.kah2..

    aku mcm da menompang kegembiraan ko baca n tgk gambo2 kat atas tu..mmg bersesuaian sgtla tajuk entry.. =p

    BalasPadam
  17. saya baca dari mula sampai habis ok. hehe. meriahnya berkumpul ramai2. 1st time tau n tengok buah terap. haha.

    BalasPadam
  18. ehh bersangka buruk anda niehhh
    orang baca dari mula smpai habis taw naik juling dah mata ni, hek3

    asal meriah sangat ampa eh, big family betui :>

    BalasPadam
  19. buah terap tu cam buah cempedak lah abu .. huhu ~ eh eh teringin benar rasenye nak makan kueh jalan kote tuh . mcam sedap jer dalamnye letak bihun goreng . hehe ~~

    Jap2 ! abu ...... orang lau kaki mancing dia rilex jer taw .. xdenye smpai nak tertonggeng2 bgaai lah . haha !

    BalasPadam
  20. eh,,aku baca sampai habis la..hehe

    seronok betul. kuih jalan kote??1st time dengar.

    BalasPadam
  21. kegmbiraan mmg harus dikongsi.. lg2 alo dh lama xblik kgan.. hoho

    BalasPadam
  22. gaya kau mmg pemancing profesional pun kalah la abu.hahahah..posing maut.bkn sebarang ikan klu da seksi mcmtu,duyung yg sangkut.hahahahah ;D

    BalasPadam
  23. mmg seronok bila dpt berkumpul bersama2...

    BalasPadam
  24. memang seronok klau family besar berkumpul rmai2..
    tapi apesal ko tertonggeng lak mancing ikan 2..
    seksi sgt, ptt xdpt ikan
    hoho

    BalasPadam
  25. best2 kan kalau ada makan2 je. haha~ tapi orang dapur tu yg penat, ye la masak tak henti..

    BalasPadam
  26. waahhh !! nampak kecerian tuu.. syyiiokknyyeeee :DDDD

    BalasPadam
  27. seronok la tengok family ramai2 mcm ni. mesti syok habes nih ^_^

    BalasPadam
  28. wei abu.. enjoy aku baca entri ni.. paling lawak part pancing ikan.. ikan sebesar meja komputer.. kau gila kah..! hahaha..

    BalasPadam
  29. abu pakai seluaq bebunga gituhhhh!ekekekekeke... :P

    BalasPadam