Sabtu, 16 April 2011

Tukar tiket kapal terbang Air Asia

Ok memandangkan orang dok balek balek search cara nak tukar tiket kapal terbang, meh sini aku explain sikit, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok.. tukar tiket kapal terbang untuk air asia je.. sebab aku lebih suka syarikat penerbangan tambang murah ni.. Tawau - Kuala Lumpur. kalau nak naik MAS ke Tawau, haram J la nak dapat murah..

Tagline dulu.."Now Everyone Can Fly"..keh keh..

Untuk info korang, lain syarikat lain polisi dia, so jika anda ingin mengetahui pengalaman aku dengan air asia sila la teruskan membaca,..ini adalah sequel daripada entri aku yang lepas.

Ada banyak sebab mengapa orang nak tukar flight.. kalau aku kejadian berlaku dah dua kali..first salah PICIT tarikh masa beli online and yang second sebab cuti tak approve oleh boss.

First yang korang perlu tahu ialah penukaran tarikh dan destinasi boleh di buat 48 jam sebelum penerbangan..itu peraturan nombor satu..even korang terlewat 1 jam pun memang dorang tak nak bagi punya.. pernah sekali aku siap memujuk rayu lagi dengan orang kat kaunter tu.. tapi dia cakap "tak boleh encek..komputer kami tak dapat bagi respon" cit!!..then tiket aku burn cem tu je..

Second, jika korang dah bayar tiket tu..status penerbangan korang adalah SAH/ Conformed, cuba tengok betul betul kertas yang diorang bagi atau korang prin, besar besar kat atas tu..so nak tak nak korang kena ikut flight tersebut dan sebarang penukarna akan dikenakan charge..

Sama seperti nak beli tiket, ada dua cara nak tukar flight, sama ada korang tukar kat internet dalam airasia.com atau korang terus pegi kaunter air asia..kalau nak beli online korang kena ada kredit kat ataupun boleh direct debit daripada akaun bank (ctn CIMB kliks/ Mybank2U).. by call aku tak tahu pulak, sebab aku tak perna buat lagi..

Kalau korang nak tukar dalam internet korang masuk je airasia.com...pastu tekan Penerbangan Saya > Hantar Semula Jadual Perjalanan > tekan Ubah > pilih butang Ubah Suai/ Naik Taraf Penerbangan...pastu korang follow je la arahan seterusnya..ingat tengok betul betul, jangan silap..hehehe..

Aku advice korang supaya tukar tiket kat kaunter air asia, aku tak tahu macam mana diorang kira, tapi pengalaman aku buat perbandingan harga masa nak tukar flight, tukar internet lagi mahal berbanding tukar kat kaunter..kalau korang tukar kat internet, kos penukaran termasuk tiket sama seperti korang membeli tiket baru, malah di tambah pulak dengan charge panelti penukaran tu sekali..bengong tak!!..ka aku yang silap..Awan Dania sila betulkan aku..Charge penukaran dan contoh, sila baca entry aku tentang tips nombor 6..ok..good luck!

14 ulasan:

  1. tggu gak awan dania komen..xde pon abu

    heheheh :)

    nk ikot! blk Sabah,buley dok?

    hehe

    BalasPadam
  2. bolh sajoh!! hahaha..jom la jalan jalan..:)

    BalasPadam
  3. yang penting, kene ade kad kredit. hehe

    Miss Dill^^

    BalasPadam
  4. yup..tap debit trus drpd bank pun blh jugak :)

    BalasPadam
  5. alo xpernah nek kapal terbang... :((

    BalasPadam
  6. Klw Air Asia (AK) charge tukar date dlm 70 0r 80 sekali tukar,dlm internet..myb same gak kat kaunter.. klw kita xdpt pergi, mean tiket tu bakal burn leh gnti atas nama org lain.. coz xleh refund walaupun kita xg.yg penting 48 jam b4 depart. sometimes MAS ada offer murah, lg2 klw g sabah n sarawak... tegok date la juga, kdg lg berbaloi dr naik AK. Coz AK nie ada hidden charge, coz yg kita nampak tu bukan total sbnr...ape2 pun survey harga dulu dgn sume airlines.. mana yg ok.. So Happy booking! ;D

    BalasPadam
  7. azi..jom pgi kedah naik kapal..:)

    BalasPadam
  8. kimora..yup betul kadang2 tiket pgi sabah dgn sarawak lbh murah drpd AA..tp slalunya utk flight kk/sibu/kucing je..nak dirct flight ke tawau susah nak dpt murah.

    cas tuk tukar dia dikenakan rm90 samada on9 taupun kaunter + beza harga tiket + insuran baru dll..:)

    BalasPadam
  9. ko ni mmg duta Airasia la...^^
    papepon
    info ko ni mmg tebaek...
    bguna juga tuk kitorg...=P

    BalasPadam
  10. duta AA kan..harapan mau dapat tiket free hahaha

    BalasPadam
  11. boleh ke kalu aku dah beli tiket tapi kawan aku nk gune sgt2 time tu, die gune tiket tu tanpa tukar name, bleh ker?

    BalasPadam
  12. tq for sharing this information...membantu saye...hehe..

    BalasPadam
  13. aku da silap booking , tolonggg , aku cari tak jumpakk nie tukar jadual penerbangan

    BalasPadam
  14. Nk Tanya kalau tersilap isi jantina 2 mcm mn ekk

    BalasPadam