Rabu, 29 Jun 2011

Mari Menderma Darah: Mitos Derma Darah Jadi Gemuk

Tengok..baru jak hari tu aku cakap pasal derma darah.. hari ni aku derma darah dah tadi kat office.. borak borak dengan rakan sekerja rupanya ramai jugak yang takut nak derma darah, tapi ada jugak yang first time menderma.. kenapa nak takut, sebenarnya tak skit pun, macam kena gigit semut jak..hehehe..

Aku nasihatkan, baik korang derma darah, besar jasa yang korang buat, mungkin darah yang korang dermakan itu akan menyalamatkan nyawa orang lain.. tahu tak, pusat darah negara mengalu alukan korang berbuat demikian.. pernah sekali hospital daripada Kota Kinabalu call aku kat sini supaya mendermahkan darah aku ni.. see, betapa diroang memerlukan darah..

Aku ni jenis darah O.. orang yang pemurah la agaknya, boleh bagi darah kat semua jenis darah lain, tapi bersifat memilih, ia cuma boleh menerima jenis darah daripada O sahaja.. kasihan kan..hahaha..

Perlu korang tahu:
Keriteria utama orang yang boleh menderma darah ialah
  • berat badan melebihi 45kg
  • berumur 18-60 tahun
  • anda sihat pada hari itu
  • tidak berada dalam pengaruh alkohol atau ubat ubatan
  • tidur melebihi 5 jam
  • tidak mengandung
  • kali terakhir menderma 3 bulan yang lepas
Keistimewaan untuk penderma darah
1 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan 
2-5 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dan percuma bagi pelalian Hepatitis B 
6-10 kali - percuma rawatan pesakit luar untuk 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk 6 bulan
11-15 kali -  percuma rawatan pesakit luar untuk 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 1 bulan 
16-20 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 2 tahun
21-30 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 3 tahun
31-40 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 4 tahun

41-50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 6 tahun 
Lebih 50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.. 
Sumber: buku merah derma darah tu, daripada rujukan surat pekeliling KPK 5/2005 bertarikah 20 Julai 2005, aku salin jak daripada buku tu keh keh keh

Tengok gigih tak aku.. aku nak suruh korang derma darah ni.. derma darah cepat!!..
Oh ya.. masa dokter tu tenga cek kesihatan aku.. ada orang bertanya "betul ke kalau derma darah badan kita boleh jadi gemuk?"... dokter tu jawab "mitos!!"..

Berikut adalah gambar aku yang tampan ketika menderma darah bersama dua orang makhluk tuhan yang gedik datang menyebok..hahahahaha.


.
ps: entry auto publish, tak sempat nak bw, esok aku balas kunjugan korang ok.. tidur awal hari ni sebab badan agak lesu lesu..^^

Sabtu, 25 Jun 2011

Tips, Cara, Petua Ingin Menjadi Gemuk

Sapa nak jadi gemok? hahaha...Sebelum korang teruskan memebaca ada baiknya korang tengok enrty aku yang ini dahulu..hensem kan hahaha.. ade ke orang nak jadi 'gemuk'? selalu orang nak jadi kurus jak kan.. jawapanya ialah ada.. aku pernah berada di situasi itu.. maksud gemuk disini ialah berisi tak keding macam yang pernah aku alami.. gemuk sikit sikit jak la..hahahaha..

Tapi aku rasa cara aku ni bukanlah mengikut fakta sains semata mata.. macam auta pun ada jugak, kalau nak terangkan secara saintifik mungkin cara aku ni tak seberapa nak betul.. tapi kalau orang tanya macam mana aku boleh jadi berisi aka 'gemuk'.. inilah jawapan aku..hek keh keh.. sebelum tu mari tengok gambar aku masa 2006 dahulu..

ini adalah gambar aku dan kawan aku bersama sekelompok gadis gadis hehe

Tengok la gambar kat atas tu kurus kan.. tapi kalau korang tengok yang kat sini lagi scary.. dulu aku nak sangat jadi gemuk berisi.. at least, tak de la keding sangat.. ni nampak macam tengkorak hidup jak bejalan kesana kemari hahaha.. aku start mengalami kegemukan masak aku satdy kat Shah Alam, final year..

Tahu apa yang aku buat? macam ni.. korang pernah tak dengar orang cakap kalau kita dermah darah berat badan kita boleh naik, sama ada betul atau tidak aku tak tahu sangat.. tapi itula target aku, nak sangat buat dermah darah supaya berat badan aku boleh naik.. sebab masa aku keding aku tak boleh nak dermah, berat badan aku tak lepas.. tahu tak berat aku masa tu berapa.. cuma 42 kg you.. berat model tu..hahahaha.. 

Syarat dermah darah kena 45kg ke atas.. tapi hasil usaha gigih masa hujung tahun 2007 berat badan aku naik ke 44kg, awal pagi tu memang aku makan banyak pun hahaha.. aku ingat lagi pegawai kesihatan tu (kat PKNS) cakap tak boleh, sebab berat tak lepas.. tapi aku nak jugak plez plez plez.. aku okay.. ha sampai macam tu sekali hahaha.. darah memang lambat kuar, tak silap aku satu bag pun tak penuh macam bag darah orang lain yang aku tengok..

Dan selapas tu aku, aku mula mengamalkan pengambilan supplement, aku makan Multivitamin Appeton dan vitamin C.. kadang kadang tu aku mintak malti kat klink UiTM.. docter kat situ bagi jak.. kawan aku selalu cakap kat aku..'ko ni kurang vitamin, sebab tu ko kurus tahu..!!'  ok fine, dan dengan tu aku pun makanla vitamin banyak banyak..hahaha..


Selain tu aku aku mengamalkan pengambilan minuman berkultur.. aku tak tahu logik ke tak tapi aku rasa minuman tu sangat bagus.. kan minuman ni mempunyai banyak bakteria baik.. sila maca kat sini untuk info lanjut.. bagi aku bakteria ni kena dimasukkan dalam perut aku biar dia makan bakteria jahat dan memperbaiki sistem penyerapan dalam usus aku.. betul ke apa yang aku cakap ni? ahahaha.. dulu aku rasa usus aku ni tersumbat, aku makan banyak pun berat badan tak naik.. aku beranggapan ini disebabkan kebanyakan vitamin ke apa apa keperluan dalam badan aku tidak di serap sepenuhnya oleh usus.. so aku minum la Vitagen/ Yakult ni...

Selapas dermah darah, mengamalkan pengmbilan malti dan minum vitagen selera makan aku bertambah.. aku jadi kuat makan dan kuat tidur sekali hahaha... lebih kuat daripada sebelumnya, nafsu semakin menjadi jadi.. then aku follow jak nafsu aku tu, aku tak kesah dah, dan yang paling penting aku tak biarkan perut aku kosong atau berasa lapar.. dan hasilnya.. taraaaaa.....

ini gambar aku dan kawan kawan kat Putrajaya

Gambar ni masa tahun 2008 final semester.. see nampak lain kan dengan gambar aku yang first.. itu la aku.. paling kurang pun tak la kurus sangat macam dulu.. nak terbang jak kalau ditiup angin..hahaha.. sebab tu aku cakap aku dah bosan dengan soalan kawan kawan lama yang selalu bertanyakan pasal kegemukan aku ni.. sekarang ni aku mempunyai potensi untuk menjadi lebih gemuk daripada ni kalau tak kotrol nafsu aku..

So, korang yang nak naikkan berat badan jangan takut nak dermah darah, selain membatu orang lain, korang jugak akan mendapat faedah daripadanya.. kebaikan mendermah darah kepada kesihatan kita ada banyak okay.. selain tu amalkan pemakan yang sihat, makan supplement dan bersihkan perut korang dengan minuman kesihatan.. ceh ceh!! hahaha..

opocohott!! hahaha.. ini masa kat ulu kenas perak last 3 months, gambar aku yang terbaru ada kat sini..


Babab.net