Jumaat, 18 Januari 2013

Restoran Alicafe Tiga Rasa USJ Sedap Boleh Tahan


Dulu blog ini banyak berkongsi pasal makan makan.. tapi sekarang dah jarang sangat.. bukanya tak de bahan, cuma macam dah malas sikit nak kongsi story tempat makan.. seiring dengan kemalasan mood nak blogging..

Memandangkan malam ni angin ada baik sikit..so ini dia aku nak story satu tempat makan yang sedap kat  USJ Subang.. kat Subang ada banyak tempat makan yang best sebenarnya..

Retoran ni di namakan Restoran Alicafe Tiga Rasa.. ha! jagan hengat Alicafe 3 in 1 je yang ada.. restoran pun ada jugak ok..

Menu masakan adalah berasaskan masakan melayu.. sedap boleh tahan jugak rasa dia.. 

Asam laksa, bihun susu ikan, bihun tom yam dan banyak lagi boleh menjadi pilihan korang.. masa ni aku order bihun tomyam..

Restoran Alicafe 3 Rasa.. kat area Subang.. tempat makan selesa dan bersih, boleh makan kat dalam kawasan beraircond atau kat luar bagi yang smoking..

Nasi Goreng Kampung dia pun meriah..

Bihun tom yam aku.. ada beberapa ekor udang berenang renang.. pedas kemain..


Ada muka Haniz Zalikha tampal kat dinding kedai makan dia.. boleh menaikkan nafsu makan korang supaya makan banyak banyak dan datang lagi next time hahaha..

Sapa nak cari restoran ni, nah alamat.. masukkan dalam google map/ GPS korang..
Alicafe TigaRasa Restaurant 
No.8 Jalan USJ 10/1H,
Subang Business Centre,
47620 Selangor.
Tel: 03-80119412


Tag: tempat makan yag best kat selangor, tempat makan yang best kat subang, jalan jalan cari makan di subang, masakan melayu di lembah klang, bihun sedap, gambar masakan melayu, gambar haniz zalikha kat dinding..


Selasa, 1 Januari 2013

Ambang 2013 Putrajaya: Countdown New Year 2013 (14 Gambar)

Selamat Tahun Baru 2013 saya ucapkan kepada korang korang.. semoga tahu ini akan lebih baik daripada tahun lepas.. yerrr tu je la yang aku mampu cakap, tak payah lah nak tanyer azam orang lain.. tanam dalam hati azam masing masing, insha'Allah ia akan dimakbulkan olehNya.. tapi jangan azam je, ia perlu disulami dengan kesungguhan ok..

Beberapa tempat di Lembah Klang malam tadi telah menjadi tumpuan utama orang ramai untuk menyambut kedatangan tahun baru, Shah Alam, I-City, Menara Berkembar Petronas, Dataran Merdekan, Putrajaya dan ada lagi lah kot kat mane mane..

Memandangkan tempat paling dekat aku dan member nak pegi ialah Putrajaya.. so kat Dataran Putrajaya lah kitaorang ber countdown new year.. sedikit gambar seperti yang ada kat bawah ni, banyak lagi gambar dalam fb..be my friend kalau nak tengok hehehe.. retisenough..

Persembahan bunga api selama beberapa minit.. 

Aku, Faathir, Hamdan dan En. Fadir.. sorang tu tak kenal, tetiba enter-frame hahaha.. 

Persembahan bunga api kiri kanan dataran.. semua dok rakam dan tangkap gambar guna henpon bagai..

 Ramai pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya.. menunggu detik 2013 duduk sambil menonton screen besar di hadapan..

Kemain aku.. hahaha 

 Persembahan oleh Abang Jamal.. errr sejak bila Jamal Abdillah jadi abang aku ni hahaha

Persembahan oleh Papa Rock Ramli Sarip

 Canon delighting you always..

Errr tetiba je aku random bergambar dengan budak mane tah malam tadi hahaha 

Persembahan nyanyian oleh artis artis tempatan.. 

Time kumpulan Wings nyanyi paling best.. ramai yang meminati lagu lagu Wings termasuk aku sendiri..

Hamboi Pasukan RELA yang menjaga keselamatn, posing kena snep hehehe 

Crew yang menjaga lighting di hadapan stage dengan baby dia.. aku banyak tangkap gambar random sebenarnya, best semua sporting.. love Malaysian.. 

Balik rumah pukul 2am lebih.. habis konsert baru blah..hohoho..

Ambang 2013 Putrajaya ni ditaja oleh AmBank dan Majlis Perbandaran Putrajaya.. last time new year aku kat Putrajaya jugak, tapi tak de event besar.. malam tadi memang ramai gila..bersiaran terus ke TV7..

Bapa kepada Mizz Nina iaitu Tan Sri Dato' Azman Hashim Executive Chairman AmBank turut memberikan persembahan malam tadi.. lagu Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu..waaaahh suka sangat lagu tu, lama tak dengar.. 

Apa apa pun Selamat Tahun Baru 2013 kepada korang semua..have a good days ahead..


Tag: Tahun baru di Dataran Putrajaya, gambar countdown di dataran Putrajaya, gambar detik tahun baru di putrajaya, sambutan tahun baru di putrajaya, event terbaru di putrajaya, jalan jalan di putrajaya, putrajaya cantik, pertunjukan bunga api di putrajaya 

Babab.net